Saturday, 11 June 2016 By: Naemah

KERANA BELUM MENGERTI

Ummi tahu anak anak ummi masih terlalu kecil untuk mengerti.
Sering buat kesilapan itu perkara yang biasa.
Tak tahu adakala kesalahan yang dilakukan menguji kesabaran ummi.
Tak tahu ummi penat, tak tahu ummi sukar.
Bukan kesilapan itu disengajakan. Dan tak tahu pun itu sebenarnya salah. 
Tidak pernah menyangka apa yang dilakukan mengundang bahaya, atau mengundang marah ummi.


Anak anak ummi masih terlalu kecil. 
Belajar dari setiap kesalahan yang dilakukan.
Bila ditegur, atau dimarah, kala itu baru belajar untuk mengerti, apa yang dilakukan adalah salah di mata ummi.
Boleh jadi juga masih tidak mengerti, dan masih mengulangi, hingga akhirnya benar benar mengerti.


Adakala ummi tahu, setiap perbuatan yang menguji sabar ummi itu, hakikatnya sekadar untuk meminta perhatian ummi. Mungkin pada fikiranmu, buatlah sesuatu yang boleh membuatkan ummi mengalihkan perhatiannya kepadamu meski dalam bentuk kemarahan. Ya, mungkin kerana kala itu anak anak ummi jauh dari perhatian ummi.

Maafkan ummi sayang..
Adakala ummi silap bertindak.
Ummi tahu marah bukan penyelesaian,
Hanya membuat hatimu takut dan kecut
Hanya membuat ummi rasa menyesal.


Maafkan ummi sayang..
Doakan ummi menjadi ibu yang lebih baik,
Dan sentiasa terbaik buat anak anak ummi..



0 comments:

Post a Comment