CETUSAN IDEA DAN TEKNIK HAFAZAN AL QURAN

Di entri ini, ingin dikongsikan sedikit tentang teknik/cara hafazan yang aku praktiskan di rumah untuk Anas. Tiada teknik khusus, dan tak pernah menghadiri mana mana seminar tentang hafazan juga (walaupun teringin sangat nak join). Syukur dapat join group whatsapp bersama ibu ibu hebat dan positif (group BBM Quranic dan group Quranic Homeschooling). Aku mendoakan agar setiap mereka diberi kehidupan yang baik dunia dan akhirat.. Terima kasih atas segala perkongsian dan tips yang membantu diriku untuk merealisasikan impian selama ini. Aku masih bertatih, namun mereka semua membuat aku terinspirasi. 

Impian untuk melihat anak menghafaz Al Quran memang sudah lama tersimpan. Sejak belum ada anak lagi.. Sehingga punya dua anak, impian tetap tersimpan, namun jalannya masih kesamaran, tak tahu bagaimana untuk mulakan buat anak kecil ku ini. Alhamdulillah Allah tunjukkan Jalan melalui mereka yang hebat.

Maka, awal Mac 2015 bermulanya projek hafazan buat anak sulungku Anas Zaydan (semoga adiknya juga mendapat input yang sama). Mengambil tips dari mereka, dan diusahakan dengan caraku tersendiri, Alhamdulillah hari ini aku dapat rasa kemanisan melihat anakku dapat menghafaz ayat ayat Al Quran...walaupun masih baru, tapi Alhamdulillah aku bersyukur... Dan tambah semangat untuk meneruskan...


Di sini aku ingin kongsikan sedikit caraku dalam menggalakkan Anas untuk menghafaz Al Quran. Aku percaya, ibu ibu hebat di luar sana boleh usahakan yang lebih baik lagi..insya Allah.


Pertamanya, saat mula berdetik niat untuk memulakan hafazan Anas, aku terus membuat target.  Anas perlu mulakan dengan juzuk Amma, iaitu juzuk 30, juga juzuk terakhir di dalam al Quran. Targetku, di penghujung tahun ini, Anas sudah berjaya menghafaz kesemua surah (38 surah) termasuk surah al Fatihah.  Bermakna, di usianya 4 tahun (12.01.16) Anas sudah menghafaz 1juzuk daripada 30 juzuk al Quran. Insya Allah..



Pembahagian surah untuk setiap bulan, bermula Mac hingga Disember 2015 

Alhamdulillah, setakat hari ini hafazan berjalan dengan baik seperti yang dijadualkan.  Hari ini, 16.04.15 Anas dalam usaha menghafaz surah al Humazah. Alhamdulillah :):):)


Bagaimana pula dengan cara Anas menghafaz??


Pertamanya, dengan cara memasang audio al Quran hampir setiap masa, ketika berada di rumah. Contohnya, esok nak mulakan hafazan surah al kafirun, maka malam sebelumnya, waktu nak tidurkan dia, bagi dia dengar dulu alunan bacaan surah tersebut. Diulang ulang sehingga dia tertidur.

Esoknya juga tetap memasang audio tersebut, sekadar untuk dia dengar. Untuk 3 hari pertama, biarkan saja dia dengar tanpa suruh dia membaca. Dalam tempoh itu sebenarnya ayat ayat tersebut sudah melekat di kepalanya. Seterusnya aku akan meminta dia mengikut aku membaca setiap ayat, satu persatu. Cari masa yang sesuai, ketika dia senang diajak membaca. Setiap sesi biasanya dalam1-3kali bacaan. Dan biasanya dia mudah diajak membaca di waktu malam sebelum tidur. kemudian, 1-2 hari Sebelum due date, aku akan meminta dia membaca sendiri mengikut apa yang dia ingat, di samping aku membetulkan mana yang silap. Alhamdulillah untuk surah pendek ini, dalam masa 6-7 hari dia sudah berjaya menghafalnya.


Adakalanya, tak boleh nak fokus pada hafazan juga, terutamanya ketika balik kampung atau keluar bercuti. Faham faham sajalah kalau dah keluar dari rumah.banyak benda lain yang nak difokuskan :) tapi setakat ini berjaya diatasi dan diimbangi dengan baik, hingga pencapaian Anas masih mengikut apa yang dijadualkan. Alhamdulillah ;) memang Allah jadikan anak anak syurga ini terang hatinya...


Tak kurang penting juga adalah alat/bahan bantu mengajar untuk menjadikan proses hafazan mudah dan menarik minat si kecil. Pertamanya adalah audio bacaan al Quran. Ia boleh berbentuk cd, atau audio yang disimpan di dalam handphone atau ipad.




Ipad yang setiap hari digunakan untuk memperdengarkan Anas surah surah yang perlu dihafal








Kedua, My Quran tracker workbook yang dimuat turun dari blog a Muslim Homeschool. Ada lengkap setiap surah dalam juzuk Amma dan ada ruang star untuk menandakan hafazan telah sempurna dibaca. 




Ketiga, menggunakan whiteboard untuk menulis surah yang sedang dihafal. Anas masih belum pandai membaca Al Quran, tapi aku perasan tiap kali suruh dia baca dia akan menjeling pada whiteboard. Sudah ada sesetengah perkataan yang mampu dibacanya.




Yang ini pula ialah Anas's Tree, di mana setiap kali sempurna satu surah berjaya dihafaznya, maka satu sticker buah akan ditampal pada dahan yang tertulis surah yang dihafal, sebagai reward di atas hafazannya. Alhamdulillah dia sangat suka, dan memilih sendiri buah apa yang dia mahu. 

*abaikan rupa Pokok yang kurang cantik itu, kerana ummu anas memang takde bakat melukis.  Sticker juga agak kecil, sebab cari yang besar tak jumpa. Tapi oklah, asal Anas suka :):):)



Tasmi' surah al fill 

Tetap masih ada bacaan Anas yang masih cacat,  dan perlu diperbetulkan. Insya Allah akan aku cuba yang terbaik untuk memperbaiki bacaannya.

Sehingga ke tahap ini, aku bersyukur dengan segala pencapaian Anas. Bersyukur sangat...kalau dulu aku tidak tahu bagaimana untuk mulakan, kemudian Allah tunjukkan Jalan dan arah untukku hingga ia menjadi mudah. Tinggal saja aku, yang perlu terus berusaha dan istiqomah...Alhamdulillah.. 

Aku benar benar mengharapkan setiap anakku membesar menjadi manusia yang mencintai al Quran, menghafalnya dan berakhlak dengan akhlak al Quran.. Sangat besar harapan ini meskipun aku sendiri terlalu jauh dari kebaikan itu... 

Insya Allah kita semua mencuba untuk menjadi yang lebih baik di sisiNya... Dan mendoakan anak anak menjadi yang lebih baik lagi dengan panduan al Quran dan assunnah.. 

Moga sedikit catatan di atas dapat memberi inspirasi dan idea buat ibu ibu di luar sana yang mahu memulakan hafazan pada anak anak. Insya Allah.. 

1 comments:

Anonymous said...

salam puan...saya ummi amsyar, boleh ke kalo saya nak join group wassap quranic and homeschooling...ada buat x...jika ada, boleh ke add sya 0199318384 & 0199528384. saya memang mencari group macam ni untuk dapat gali lebih ilmu dalam mendidik anak-anak

Post a Comment