BOOK REVIEW: MUDAHNYA AJAR ANAK SOLAT


hari ini ingin memberi sedikit pandangan tentang buku yang aku telah baca. ianya tentang solat, namun tetap ada kaitannya dengan homeschooling, iaitu ingin mengajar dan mengajak anak untuk bersolat. Sedar atau tidak, solat itu tersangatlah penting. ianya tiang agama, dan dengannya melahirkan manusia yang suci jiwanya serta mencintai kemakrufan. pertama sekali tanamkan di jiwa untuk menjadikan anak seorang yang teguh mendirikan solat, di samping kita sebagai ibubapa tak jemu mengajak mereka untuk solat dan tak lupa mendoakan mereka untuk rajin bersolat..insyaAllah.

buku ini menerangkan kepentingan solat, serta cara cara untuk mengajak anak bersolat dengan cara yang bijaksana dan kreatif mengikut peringkat umur anak anak. yalah, lain peringkat umur, lain juga cara tarikannya. kalau anak kecil seperti Anas (3tahun) dan Mussaab (1tahun) tak mungkin sama caranya dengan anak anak berumur 7 tahun. pada mereka ini, tak perlukan paksaan dan disiplin yang kuat pun. hanya biarkan mereka memerhati kita, dan menurut pergerakan solat kita setakat mahunya. tapi tugas kita jangan lupa untuk sentiasa mendedahkan mereka pada solat, tanpa dipaksa-paksa mereka untuk sempurnakan solat. lazimkan menyebut perkataan solat, sejadah, kiblat, rakaat, insyaAllah mereka sedikit demi sedikit akan mengenal solat dan kepentingannya. anak anak yang lebih besar sedikit, perlu lebih diberi penekanan, solat pada waktunya, berwuduk, ganti solat sekiranya terlupa, mengajar bacaan bacaan wajib solat, dan sebagainya...mengikut peringkat umur seperti yang diterangkan di dalam buku..

cara untuk menarik anak anak kepada solat juga perlu kreatif dan berhikmah, sehingga anak anak itu sendiri akan merasakan pentingnya solat, bestnya solat, ruginya meninggalkan solat, dan cukup 5 waktu solatnya meskipun tanpa disuruh dan diperhatikan ibubapa..siapa tak inginkan anak anak begini. syahdu dan sejuknya hati ibu yang melahirkan. rajin rajinlah ibu bapa menceritakan tentang keindahan solat, kasih sayang Allah tearhadap orang yang solat, ganjaran buat orang yang khusyuk solatnya, dan pelbagai lagi. andai dapat diselitkan bersama dalil quran dan hadis, itu lebih baik..

tugas ini juga bukan terletak hanya di bahu ibu sahaja, atau bapa sahaja..kedua duanya perlu ambil peranan. bapa, bawalah anak ke masjid bersama saat dia sudah mumayyiz, sekitar umurnya 5 tahun, dah boleh ikut solat berjemaah. ajarkan mereka berwuduk dan membaca bacaan wajib solat. ibu, sering seringlah bercerita tentang keindahan solat dan ganjaran buat hamba yang tekun bersolat. ketatkan disiplin apabila mereka semakin meningkat usia, sehingga perlu dirotan ketika usianya 10 tahun, sekiranya mereka enggan solat. itulah menunjukkan betapa pentingnya solat...

di akhir chapter buku ini disertakan bersama doa doa untuk diamalkan seperti doa memohon keampunan dan rahmat Allah, doa agar tetap mengerjakan solat, doa mendapat kebaikan dunia dan akhirat, dan banyak lagi. insyaAllah sangat bermanfaat.

apapun, sebelum mengajak anak untuk solat, perhatikan dulu diri kita sebagai ibubapa..sempurnakah solat 5 waktu kita, pergerakan solat kita, tepat waktukah solat kita, seringkah kita mengunjungi masjid..atau setakat solat ala kadar, solat pula di penghujung waktu, dan nak menjejak masjid jauh sekali...nau`zubillah...sekiranya ya, sama samalah kita bertaubat dan bertekad untuk berubah kerana Allah. kita sebagai ibubapa perlu menjadi contoh yang terbaik buat anak anak. 

sama sama kita didik anak anak menjadi hamba yang teguh menunaikan solat dan ikhlas bersolat kerana Allah..insya Allah.



0 comments:

Post a Comment