Friday 17 February 2017 0 comments By: Naemah

MY INSTAGRAM

Sejak akhir-akhir ini terasa terlalu sibuk, hingga tak sempat nak update blog. Maklumlah, ada baby dan baru pindah rumah pulak. Memang tak ada masa sangat nak blogging. 

Tapi sejak akhir-akhir ini pula, aku aktif di instagram. Entahlah, suka pula nak update instagram. Just ambik gambar, dan tulis caption sikit. Mudah dan cepat. Tak seperti blog yang perlu lebih teliti.

Tapi, masih mencari masa juga untuk terus menulis di blog. Especially tentang life bersama anak-anak. Terasa setiap momen mahu dirakam dan dicoretkan. Namun apa daya, sekadar yang sempat saja :)

Selain instagram, aku juga ada akaun fb (sejak di university lagi). Tapi, tak aktif juga, sekadar membaca perkongsian yang bermanfaat dan share jika perlu :)

Itulah serba sedikit tentang penglibatan diri dalam media sosial. Semoga dapat dimanfaatkan, bukan membawa kepada kemudaratan. 

My ig: ummu.anas.mussaab.miqdad
Follower tak ramai sangat pun. Bukan orang glamor :)
Thursday 16 February 2017 0 comments By: Naemah

TAHUN BARU TUGAS BARU

Tahun 2017, kami sekeluarga memulakan kehidupan di rumah sendiri. Sudah sebulan berpindah rumah, Alhamdulillah selesa dan tenang saja di sini. 

Tahun ini juga, ada sedikit perubahan dalam menjalani rutin harianku sebagai ibu. Memandangkan anak sulung sudah bersekolah, maka kini menjadi tugasanku setiap hari untuk menghantarnya ke sekolah, dan mengambil dia balik dari sekolah (1.30-4.30pm). 

Aku kini, selain mengurus rumah dan anak-anak, kini dah jadi driver juga :) bila cakap 'memandu' kereta, satu masa dulu perkara itulah yang paling menakutkan aku. Pernah mencuba memandu sendiri beberapa kali, namun perasaan takut masih tetap ada. 

Namun kini bila TERPAKSA, aku perlahan-lahan dapat hapuskan rasa takut berada di jalan raya. Memandu saban hari, pergi dan balik, rasanya dah boleh berbangga dengan diri sendiri, walaupun part 'parking' kereta masih selalu fail :b

Tak mengapalah, cuba lagi dan cuba lagi. Memang ia dah jadi tugas aku memandangkan suami selalu outstation dan jarang ada di rumah. Bila dia ada pun, memang aku yang akan hantar anak ke sekolah, sementara dia menjaga anak-anak yang dua orang lagi di rumah :)

Masa terus berlalu, kehidupan kita juga sentiasa berubah, dalam situasi yang berbeza, anak-anak juga makin membesar, tugas dan tanggungjawab kita juga semakin berubah. 

Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Dalam rasa tak mampu dan tak berupaya, Allah anugerahkan kekuatan dan kemampuan :)

Ummi dah boleh drive sendiri  ;)


 
Selalu sangat parking macam ni *~*


 
Teman setia :)

DIARI ANAKKU: 170217




Hari ini masih tinggal ummi bersama anak-anak di rumah. Masuk hari ke-4 abi di Labuan. Belum selesai kerja abi di sana, kerana cuaca yang kurang baik.

Miqdad seperti biasa, yang pertama bangun menemani ummi solat subuh, kemudian bergolek sendirian di karpet menanti ummi yang sedang memasak. Miqdad dah boleh meniarap, sesekali meniarap dan pusingkan badan. Kemudian Mussaab bangun, breakfast bersama ummi dengan nasi goreng. 

Anas yang terakhir bangun, makan donat dan nasi goreng bersama Mussaab. Kemudian mencari kertas dan pensel dan melukis. Miqdad juga masih baik tak menangis sementara ummi buat kerja. Ummi bukakan video 'a ba ta' untuk Miqdad dan Mussaab. Kemudian FaceTime dengan abi yang sangat dirindui.

Jam 9 pagi, Miqdad tidur seketika. Anas dan Mussaab main bersama. 9.30, Miqdad dah bangun dan tak nak tidur lagi. Ummi bukakan video LBB. Masing-masing asyik melayan lagu. Ummi juga dah selesai memasak untuk makan tengahari.

Jam 11 pagi, Miqdad sambung tidur kembali. Sempat ummi masak sedikit lagi dan hidangkan makan untuk Anas dan Mussaab. Belum sempat makan, Miqdad dah bangun. Mujur juga Miqdad tak meragam. Dapat ummi makan bersama Anas dan Mussaab. Miqdad dibiarkan di karpet.

Lepas makan, Anas melukis. Mussaab bermain. Ummi melayan Miqdad pula. Jam 12.30, bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Miqdad dah mula meragam tak mahu  diletakkan. Ummi naik mandi dan tukar pakaian, Miqdad dah menangis kuat. Susukan Miqdad seketika. Anas dan Mussaab masih tak berbaju. Puas disuruh akhirnya siap juga. Ummi gorengkan donat untuk Anas bawa ke sekolah.

Jam 1, hantar Anas ke sekolah. Seperti biasa, hantar sampai ke kelas. Kemudian balik, solat dan tidur bersama Mussaab dan Miqdad. Jam 3, ummi dan Mussaab dah bangun. Mussaab minum kopi dan makan roti bersama ummi. Miqdad masih lena. 

Jam 3.45, ke sekolah untuk ambil Anas. Miqdad yang masih lena diangkat ke dalam car seat. Miqdad terjaga dari lenanya. Jam 4, kelas Anas tamat. Terus balik ke rumah. 

Sampai di rumah, tak terus masuk ke dalam rumah, sebaliknya bermain di halaman rumah dulu. Anas dengan berpakaian sekolah bermain air, sambil menyiram rumput dan anak pokok. Mussaab juga. Hingga basah kuyup keduanya. Miqdad di pangkuan ummi hanya memerhati lagak abang berdua. 

Jam 5 petang, masuk ke dalam rumah. Anas dan Mussaab mandi dan kemudian menonton cerita 'finding dory'. Jam 6 petang, dinner sama-sama. Miqdad yang tak mahu diletakkan, terpaksa dipangku sambil ummi makan dan menyuap Mussaab.

Lepas makan, sambung menonton cerita dory sehingga tamat. Kemudian, naik ke atas sama-sama. Ummi susukan Miqdad hingga tertidur. Anas dan Mussaab leka bersama buku dan stickers. Sebaik azan Maghrib kedengaran, Miqdad terjaga dan menangis. Ummi tenangkan Miqdad dan kemudian solat maghrib. Miqdad memerhati abang-abang bermain pernainan vehicles. 

Lepas maghrib, Anas membaca al-Quran bersama ummi. Mussaab masih bersama mainannya. Miqdad juga ok tak meragam. Lepas isyak, ummi tidurkan Miqdad. Anas juga lena sekali. Mussaab melayan aeroplane imaginasinya. Lepas Miqdad lena, ummi angkat Anas ke biliknya. Mussaab juga ikut sekali dan baring di katilnya. Mussaab juga tidur akhirnya. Jam 9.30, ketiganya sudah lena. Alhamdulillah:)

Hari ini sudah berlalu buat anak-anak ummi. Semoga lena dan damai hingga ke esok pagi. Hari ini, ummi masih ibu tak sempurna buat Anas, Mussaab dan Miqdad. Terlalu banyak khilaf ummi, malu nak ingat kembali. Maafkan ummi ya sayang. 

Semoga esok akan lebih baik buat Anas, Mussaab dan Miqdad. Semoga ummi juga akan menjadi ibu yang lebih baik buat kalian, insya Allah.

Semoga abi di sana juga baik-baik hendaknya. Semoga Allah menjaga kita semua.

MIQDAD MENIARAP

Kini Miqdad sudah genap berusia 4 bulan. Akhirnya pada 15/02/17 Miqdad berjaya meniarap dengan jayanya setelah sebelum ini mencuba dan mencuba. Miqdad berjaya meniarap di usia 18 minggu. Alhamdulillah. Satu pencapaian baru buat Miqdad dalam fasa hidupnya.

Miqdad anak ummi yang sangat comel dan baik :) Mudah dijaga, mudah diuruskan, sering tersenyum manis, buat hati ummi mencair :)

Miqdad jarang sangat nak meragam, kecuali jika ada sebab-sebab tertentu seperti lapar dan sakit perut. Kalau mengantuk sekalipun, kadang-kadang lena dengan sendiri. 

Setakat umur 4 bulan ini, Miqdad pernah demam sekali di usia 2 bulan setengah. Sangat merisaukan ummi, kerana Anas dan Mussaab belum pernah demam di awal usia seperti itu. Tapi Alhamdulillah cuma sehari, dan kemudian sihat hingga ke hari ini. Semoga sihat-sihat sentiasa ya sayang.

Ummi sayang Miqdad, seperti juga sayangkan Anas dan Mussaab. Semoga membesar menjadi anak soleh dan berjasa pada agama. Aameen




Tuesday 14 February 2017 0 comments By: Naemah

SYNDROME ANAK KEDUA

 

Kata orang, anak kedua selalunya menjadi mangsa 'kurang kasih sayang'. Lepas tu mulalah dia merasakan diri kurang istimewa berbanding anak sulung, dan mulalah buat perangai macam-macam demi untuk meraih perhatian ibubapa. Memang begitukah??

Mussaab, anak keduaku yang 'mungkin' berada di situasi itu lantaran ummi yang jarang update pasal dia *_*. Yelah, asyik-asyik Anas je kan. Tahulah Anas pandai macam- macam dah sekarang. 

Hmm... mungkin juga apa yang ummi berikan pada Mussaab tak sama seperti yang ummi berikan pada Anas. Dari masa baby, hingga kini kian membesar. Maafkan ummi sayang. Tapi sedikit pun tak membezakan nilai kasih sayang ummi, baik pada Anas atau Mussaab. Keduanya ummi sangat sayang. 

Mungkin kerana dulu Anas seorang, ummi berikan segalanya untuk Anas. Dari kecil ummi dah ajar Anas macam-macam hingga Anas pandai banyak perkara hari ini. 

Pada Mussaab? Ummi tetap tak abaikan Mussaab. Mussaab juga istimewa di hati ummi. Cuma mungkin, perhatian ummi perlu dibahagi dua, maka ada banyak perkara yang ummi terlepas pandang. Apa yang pernah Anas dapat dulu, tidak pula Mussaab dapat yang sama. Especially bab belajar. 

Tetapi Mussaab tetap anak ummi yang hebat dan pintar. Ummi perhatikan Mussaab ada gaya belajar yang tersendiri. Tak seperti Anas yang sejak azali 'mudah' diajak belajar. Mussaab ada akalnya, yang buat ummi pening macamana cara terbaik nak memancing Mussaab belajar sama seperti Anas :)

Tapi honestly, Mussaab anak ummi yang bijak dan ada pencapaian tersendiri. Dan ummi sayang Mussaab sama seperti ummi sayang Anas. Tapi tetap ummi rasa bersalah, rasa berdosa, di atas kekurangan ummi dan ketidakmampuan ummi untuk memberi yang lebih baik untuk Mussaab. Cuma ummi boleh katakan, Mussaab dan Anas berbeza. Namun keduanya istimewa. Istimewa di hati ummi dan abi.

Mussaab baik-baik je sayang ye? You are special just like Anas and Miqdad.

GENIUS AULAD: SELEPAS SEBULAN SETENGAH




Kini sudah sebulan setengah Anas di Genius Aulad. Alhamdulillah, kehadiran masih penuh, tak tinggal walau sehari. 

Pemerhatian ummi: Anas suka ke sekolah. Tak pernah ada drama air mata untuk hantar dia ke sekolah setiap hari. Cuma biasalah, bila nak suruh bersiap memang mencabar kesabaran sikit :) tetapi tak pernah pula dia katakan 'tak nak' ke sekolah. Cuma, pastikan ummi hantar dia sampai ke kelas, dan tidak lewat mengambilnya di sekolah. Andai dua perkara itu tidak ummi penuhi, mulalah dia buat muka 'tak happy' ke sekolah :)

Anas bukan jenis yang suka bercerita sangat apa yang dia buat di sekolah, namun setiap hari mesti ada 'something' yang dia nak ceritakan pada ummi hal berkaitan dengan sekolahnya. Sikit pun kira oklah. Ummi suka mendengarnya :)

Bab membaca: Anas kini dah masuk reading book #4. Kerana setiap hari membaca bersama teacher di sekolah, bacaan Anas semakin lancar. Reading skill memang dah improve banyak. Malah semakin rajin pula membaca di rumah. Ummi tanya pun laju je nak jawab. 

Begitu juga bab menulis. Semakin cekap menulis, dan sangat berminat untuk buat buku aktiviti yang berlambak di rumah. Jika sebelum ini susah nak suruh Anas buat workbook, kini dia sendiri yang cari dan buat. Ummi pula yang tak boleh nak bergerak jauh sebab dia minta diajar ':)

Satu lagi ialah bab mengaji al-quran. Anas makin senang diajak membaca al-quran. Ummi sudah tak fokus pada hafazan, lebih kepada 'membaca' al-quran dari satu surah ke surah. Alhamdulillah, ada banyak improvement. Tambahan di sekolah, Anas diajar iqra' bermula dari awal. Peluang untuk dia ulangkaji apa yang dia dah belajar dengan ummi, dan memperbaiki lagi sebutan dan pengenalan pada huruf-huruf dan ayat-ayat al-Quran. Alhamdulillah:)

Itulah yang paling ketara untuk dinilai. Yang lain-lain insya Allah ok juga. Bab nak menghantar sampai ke kelas, ummi pun masih ok walaupun kena naik sampai tingkat 3 dengan mendukung Miqdad dan memimpin Mussaab. Naik ke atas, bukan terus ke kelas, tapi perlu teman dia ke toilet dulu dan biarkan dia berlarian di hall seketika. Then, barulah puas hati dan masuk kelas :)

Masih terlalu baru Anas bersekolah. Namun as long as Anas suka ke sekolah, ceria di rumah, ummi sudah cukup gembira. Semoga Anas sentiasa rasa seronok berada di sekolah bersama kawan-kawan, dan semoga Anas dikurniakan ilmu yang bermanfaat. Insya Allah. 




Saturday 11 February 2017 0 comments By: Naemah

PINDAH RUMAH LAGI

Kini sudah lebih 6 tahun membina rumahtangga. Dan sudah masuk kali ke-5 kami berpindah rumah. Boleh katakan setahu sekali :D

Tapi kali ini sedikit berbeza, kerana kami sudah berpindah ke rumah sendiri, bukan menyewa lagi. Alhamdulillah. 

Kali ni juga jarak rumah lama ke rumah baru tidak jauh.  Semenyih-Semenyih :) tak sampai 1km pun. Angkut barang sendiri je semua. Tapi barang masih belum diangkut kesemuanya. Insya Allah, bulan 3 akan kosongkan rumah sewa kami itu.

Dah cukup sebulan berada di rumah kami. Alhamdulillah, sangat terasa kelainannya. Bersyukur, teratak ini menjadi tempat kami anak beranak berteduh. 

2017, kami mulakan kehidupan di rumah ini. Suamiku masih setia bersama Xilog, Anas (5tahun) sudah pun bersekolah di Genius Aulad, Mussaab (3tahun) menemani ummi setiap hari bersama adiknya, Miqdad (4bulan) yang menjadi ahli baru dalam keluarga kami. Aku pula, kini dah boleh drive sendiri hantar dan ambil Anas dari sekolah :)

Alhamdulillah, di atas nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Terlalu banyak, tak terhitung. Semoga kami bahagia di sini hidup bersama. Semoga Allah memberkati keluarga kami, dan rezeki yang dikurniakan buat kami.

Ya Allah, pimpin langkah kami menuju redhaMu. Aku tahu, semua ini adalah pinjaman dariMu.


 
Monday 6 February 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 070217




Hari ini abi kembali ke tempat kerja di Labuan. Abi bertolak ke airport seawal jam 6.30 pagi, ketika anak3 masih tidur. Penerbangan abi jam 8.30 pagi. Semoga dipermudahkan segala urusan abi. 

Miqdad bangun paling awal, diikuti Mussaab dan Anas.   Breakfast hari ni hanya dengan roti butter. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan. Mussaab, di awal pagi dah menonton Dora the explorer dan movie cars. Kemudian Anas pula bangun, breakfast dan mendengar juzuk amma. Miqdad juga mandi dan baik menemani abang-abang. 

Kemudian Anas request nak menonton movie 'up' yang diulang tonton sejak semalam. Ummi penuhi permintaan Anas dengan syarat ikut baca surah yang sedia terpasang hingga habis. Anas akur. Ummi masak di dapur. Miqdad dah tak boleh ditinggal lama. Bergilir ummi memasak dan melayan Miqdad. Miqdad tidur seketika dan bangun menangis lagi. Abi dah sampai di Labuan jam 11 pagi. Ummi selesai memasak jam 12. Anas dan Mussaab masih asyik menonton movie. 

Makan tengahari sambil menonton cerita yang belum tamat. Ummi memangku Miqdad yang tak mahu duduk sendirian. Ummi makan kemudian. Lepas 'up' sambung pula movie 'ant bully'. 12.30, bersiap untuk ke sekolah. 

Sampai di sekolah Anas jam 1. Seperti biasa, ummi hantar Anas sampai ke kelas dan kemudian balik bersama Mussaab dan Miqdad. Miqdad menangis lagi, mahu ditukarkan pampers dan menyusu. Miqdad lena akhirnya. Mussaab yang tadi sedang menonton video, lena juga di sofa. Lepas solat zohor, ummi juga tidur bersama Miqdad.

Jam 3 petang, ummi turun ke bawah bersama Miqdad. Miqdad menyusu dan sambung tidur lagi. Mussaab juga masih tidur. Ummi menunggu masa untuk ambil Anas di sekolah sambil minum dan menonton tv. Mussaab bangun kemudiannya. Tengok movie planes pula, sementara tunggu nak ke sekolah along. Miqdad masih lena di depan tv.

4.30, ambil Anas di sekolah dan terus balik ke rumah. Anas dan Mussaab  menonton cerita planes sambil makan roti sosej+cheese. Lepas asar, naik ke atas main permainan kereta dan melayan Miqdad. Kemudian turun semula dan menonton lagi. Kali ni cerita 'up' dan 'ants bully' pula. Sambil dinner, mata masih asyik menonton cerita yang dah diulang tayang berkali-kali.

Maghrib, ummi tinggalkan Anas dan Mussaab di bawah. Miqdad yang asyik merengek disusukan dan tertidur akhirnya. Ummi solat dan baca al-Quran. Anas dan Mussaab kemudian naik ke atas dan mandi. Kemudian turun lagi sambung menonton video. 

Jam 9 malam, Anas mencapai work book sains dan menjawab soalan di buku. Mussaab melayan cerita 'up' lagi. Jam 10.30, Miqdad menangis minta susu. Ummi segera naik menyusukan Miqdad. Anas dan Mussaab ikut ke bilik. Ummi paksa semua tidur memandangkan sudah lewat malam. Anas menangis tak nak tidur lagi. Nak sambung buat work book. Ummi pujuk dan paksa juga tidur. Pukul 11 malam, baru terlena semuanya.

Semoga tidur disulami mimpi indah. Ummi sayang Anas, Mussaab dan Miqdad. Ummi sentiasa redha pada anak-anak ummi. Semoga redha Allah juga hadir bersama. Semoga Anas, Mussaab dan Miqdad sentiasa dikasihi Allah dan menjadi hambaNya yang hebat di sisiNya.

Aameen