MELAYANI MINAT SI KECIL

Anak anak kita, tak kira berapa ramai, pasti ada minat mereka tersendiri. Boleh jadi kita sedar, boleh jadi juga tidak, atau mungkin kita buat tak tahu saja minat mereka tu. yelah... sekadar minat si anak kecil :)

Sebenarnya, sangat penting untuk kita mengetahui minat si anak dan melayan minatnya. moga moga dengan minatnya itu kita mampu mendorong si anak untuk belajar dengan lebih cepat dan seronok. Tak kisahlah minatnya hanya 'bermain', kerana dengan bermain itulah dia sedang belajar. 

Meskipun namanya kanak kanak, mereka tetap berbeza. Minat berbeza, cara pendekatan juga berbeza. Ada yang minat superhero, ada yang minat kereta, ada yang minat bola, dan macam macam lagi. Hakikatnya kita lebih mengenal anak anak kita. adakalanya, minat juga boleh berubah mengikut peningkatan umur mereka...

Anak anakku tak terkecuali, mempunyai minat tersendiri. Anas (3.6 years old) sejak akhir akhir ini meminati kenderaan dan setiap hari menyusun kenderaan kepunyaannya ibarat kenderaan di jalan raya. Kadang kadang di atas meja, di lantai, di rak tv, di sofa dan sebagainya. Kami membuat trek jalan untuk kenderaannya yang berbagai itu. Dah tentu dia sangat suka.

Dari minat itu juga kami cuba mengajar apa yang berkaitan. Dia mengenal hampir kesemua nama kenderaan, warnanya, saiz dan kelajuannya, dan segala yang berkaitan dengan kenderaan seperti wiper, wheels, engine, stering, seatbelt, traffic light, parking, jammed dan sebagainya. Dia berminat, dan banyak juga bertanya hal yang berkaitan. Mungkin lepas ni boleh ajar perkara lain lagi yang berkaitan. Seperti tentang keselamatan dan peraturan jalanraya, road signs, dan apa saja. hmm.. menarik juga tu :)











Baru baru ini juga suka memerhati alam, melihat perubahan cuaca. berminat pada pokok, angin, bulan matahari, dan segala yang berkaitan tentang nature. Asyik dia memerhati ke luar tingkap untuk melihat angin dan hujan. Tapi sayang kat Malaysia tiada salji :)

 kami perkenalkannya pada weather dan seasons. kami mencari buku dan google perkara yang berkaitan. Tak lupa mendowload video dari youtube, lagu lagu yang berkaitan. Hasilnya memuaskan... Begitu asyik dia menekuninya satu persatu. Kini dia tahu tentang 4 musim, dan juga cuaca yang berubah ubah. Dia masih berminat untuk tahu dengan lebih jauh, insya Allah akan ummi dan abi usahakan untuk Anas lebih faham. Hakikatnya, daripada minat si anak ini jugalah ummi dan abi ini sedang belajar sesuatu yang belum pernah diambil tahu sangat suatu ketika dahulu :)

hasil kraf abi-replika pokok

lukisan abi

lagi hasil kraf abi :)

buku magic english

buku magic english

antara video download from utube

buku beli kat big bad wolf last year

try to fall down the leaf

carian  goggle

rujukan dari kamus arabic



Anak anak... minatnya pelbagai. minatnya membantu dia untuk belajar dan pergi lebih jauh. sebagai ibubapa, harapnya kita tidak membiarkan saja minatnya itu tanpa diambil tahu dan tanpa digilap ke arah yang membantu proses pendidikannya. Siapa tahu, dari minatnya yang kita pandang biasa ini akan menjadikan dia insan yang terbilang di masa yang akan datang..

sedang memerhati dan menekuni minat si adik Mussaab (1.6 years old). semoga dapat melayani minat adik sepertimana abangnya :)

hanya dari sekadar minat :)
tapi layanlah :)

0 comments:

Post a Comment