Tuesday, 13 October 2026 By: Naemah

PDPR: HERE WE GO AGAIN!



Kerana jerebu, ada sebahagian sekolah terpaksa ditutup, termasuk sekolah anak-anakku. PdPR dah berlangsung 4 hari. Aku sebagai ibu memang tak mampu bertenang. Bagai dejavu, terimbas kenangan pdpr di zaman pkp dulu. Masa tu hanya 3 anak yang bersekolah. 2 sekolah rendah dan seorang tadika. Itupun tak menang tangan nak handle. Alhamdulillah cabaran masa tu dah berlalu. 


Kini pula, 4 anak yang bersekolah. Seorang sekolah menengah dan 3 lagi sekolah rendah. Ada empat buah kelas yang aku kena alert dengan tugasan masing-masing. Mujurlah yang sulung dah tak perlukan ummi masuk campur. Kerjanya beres, tak perlu disuruh. Alhamdulilllah. Tapi yang lain… haih.


Ummi kena jadi guru semua subjek.

Ummi kena panggil seorang demi seorang untuk buat kerja.

Ummi kena duduk di sebelah, barulah laju sikit siapnya.


Semua ini di samping tugasan azali ummi yang lain. Dan di samping itu juga, ada sessi ulang-alik ke dapur mencari makan dan minum. Laparrr sentiasa. 


Dan ummi pula, takkan biarkan kerja sekolah tak dibuat. Itulah yang penat. Mahu semuanya selesai, semuanya sempurna dan tak ada yang ketinggalan. Tangguh hari ini, bermakna esok bertambah lagi beban yang perlu diselesaikan.


Akhirnya, ummi sendiri yang tak menang tangan. Belum selesai satu, sudah menunggu yang lain. Belum sempat bertenang, ada lagi yang perlu diingatkan. 


Harapnya episod PdPR kali ni tak panjang.  Semoga ummi dapat  kembali bernafas mengikut ritma biasa. Buat masa ini, kita bertahan sajalah. Semoga Allah pinjamkan sabar yang lebih luas. Ameen. 



Kenangan PdPR suatu ketika dulu


Angah ada ujian PKSK hari ni. Pagi dah siap sebahagian kerja, dan masih ada lagi yang belum beres. Nanti kita sambung, insya Allah! Semoga yang terbaik saja untuk PKSK Angah. Ameen.




0 comments:

Post a Comment