Sunday 28 May 2017 0 comments By: Naemah

SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH

Tahun ini menghantar ahli keluarga yang ingin menunaikan umrah. Alhamdulillah, kebetulan cuti sekolah jatuh pada bulan Ramadhan, maka dapatlah mereka menunaikan umrah di bulan yang penuh keberkatan ini. 

Abang sulungku pergi lagi tahun ini bersama isteri dan seorang anaknya. Tidak pasti sudah berapa kali dia menunaikan umrah, yang pasti sudah banyak kali, hampir setiap tahun :) Alhamdulillah, sudah rezeki dia.

Ibu mertuaku juga pergi bersama 3 anaknya, yang juga adik beradik suamiku; kakak sulung, abang dan seorang adik. Umrah ketiga buat mak, dan yang pertama kali buat yang lain. Alhamdulillah.

Beberapa bulan lepas juga menghantar adik iparku dan isterinya ke airport, yang juga ingin menunaikan umrah.

Sekali melihat, terasa bahagianya mereka dijemput ke tanah suci. Tipulah, jika hati tak teringin.

Aku juga pernah ke sana hampir 10 tahun yang lalu (dah agak lama kan). Ketika itu masih muda remaja dan belum berumahtangga. Banyak doa yang kupohon di sana dengan deraian air mata. 

Hari ini, terasa rindu untuk menjejakkan kaki ke sana lagi. Semoga Allah izinkan, dan menjemput aku bersama suami dan anak-anak, ke tanah suci. Sangat tinggi harapanku untuk sampai ke sana bersama yang tercinta.

Semoga Allah menjemput kami juga. Terutama suamiku, yang masih belum sampai ke sana. Insya Allah. 

Kami juga tidak sabar menanti panggilan haji. Jika diizinkan, Insya Allah dalam masa 5 tahun yang akan datang, giliran kami pula untuk menunaikan haji. Semoga Allah permudahkan untuk kami.

Tanah suci Mekah dan Madinah. Bagi yang belum pergi, akan terasa ingin pergi. Pada yang sudah pergi, akan merindu dan berharap akan dijemput lagi. 

Namun, kita ke sana sebagai tetamu Allah. Pergi ke sana atas jemputan Allah. Wang bukan segala. Miskin kaya akan sampai juga, bila Allah mahukan kita menjadi tetamuNya. 

Insya Allah. Jangan jemu berharap dan berdoa. Semoga kita juga akan dapat merasa menjadi tetamu Allah di sana :)

 
Mak dan anak2


 
Abang dan kakak ipar


 
Adik ipar n isteri
Friday 26 May 2017 0 comments By: Naemah

1438H: RAMADHAN KAREEM

Alhamdulillah, syukur dan puji hanya pada DIA.
Allah pertemukan lagi aku dengan Ramadhan. Tahun ini meraikan Ramadhan bersama suami tercinta dan anak-anak kesayangan.

Tahun ini juga merupakan tahun ke-7 menempuh Ramadhan sebagai seorang isteri dan ibu. Ramadhan lepas, sedang mengandungkan anak ketigaku. Tahun ini anak kecilku sudah pun berusia 7 bulan, dan masih menyusu badan sepenuhnya.

Aku mengharapkan Ramadhan kali ini akan lebih baik untukku dan keluarga ku. Semoga lebih baik dari yang lepas-lepas. Semoga dapat memperbaiki amal dan ibadah, semoga terus istiqamah beramal kerana Allah di hari-hari seterusnya yang mendatang. Insya Allah.

Ya Allah, kau berkati rumahtanggaku, anak-anakku dan keluargaku seluruhnya. Berikan kami petunjuk dan hidayah agar tidak tersesat dari jalanMu. Bimbinglah langkah kami menuju redhaMu. Sucikan hati kami dari sifat mazmumah seperti riak, sombong, dengki dan irihati. Ampuni segala dosa kami ya Allah. Bahagiakan kami dalam dakapan cinta dan kasih sayangMu ya Allah.

Ya Allah. Kuatkan aku untuk menempuh Ramadhan kali ini. 

Aameen

IG STATUS: PENGALAMAN RAMADHAN

[Pengalaman Ramadhan: catatan inspirasi diri💪] .

.


Ramadhanku yg lalu;

2011: pregnant anak 1st

2012: menyusu anak 1st

2013: pregnant anak 2nd n menyusu anak 1st

2014: menyusu anak 1st n 2nd 

2015: menyusu anak 2nd

2016: pregnant anak 3rd

2017: menyusu anak 3rd-insya Allah

.


Setiap tahun ramadhan (sejak jadi isteri dan ibu), tiada lagi ramadhan sebagai seorang 'ibu yang merdeka'. Walaupun puasa, perlu fikirkan kandungan dan anak2 yang masih menyusu badan (sepenuhnya). Perlu cukup tenaga, dan cukup khasiat yang diambil.

.


Alhamdulillah, tiada sehari dari ramadhan tersebut yang memaksa diri untuk berbuka.

.


Puasa wanita hamil dan menyusu: ada perbincangannya di kalangan alim ulama. Keharusan untuk berbuka, dan kewajiban mengqada dan/atau membayar fidyah, ada perbahasannya (sila rujuk perbincangan yg dikongsikan/ atau merujuk pada yg lebih arif)

.


Hamil dan menyusu badan, mungkin dipandang biasa2. Tapi yang sedang/sudah melaluinya, akan faham bagaimana cabarannya. Malah aku melihat ia sebagai satu bentuk 'perjuangan' yg pasti mendapat perhatian dari DIA.

.


Tahun ini; masih sebagai seorang ibu yang menyusu, moga Allah tetap memberi kekuatan untuk cukupkan puasa tanpa sebarang keuzuran. .

.


Doaku juga pada sahabat wanita, ahli keluarga yang berada dalam situasi yang sama, semoga dipermudahkan puasa kita, diberkati Ramadhan kita. Dan Ramadhan yang berkat ini, banyak2kn berdoa untuk anak2 kita, keluarga kita dan ummat seluruhnya. Insya Allah.

.


#Ramadhankareem

Wednesday 24 May 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 250517





Hari kedua abi di Bintulu. Juga berbaki 2 hari lagi umat islam akan menyambut Ramadhan. Insya Allah.

Miqdad seperti biasa bangun paling awal, diikuti Mussaab dan Anas. Masing-masing breakfast dengan menu yang berbeza. Mussaab dengan roti butter gula dan nasi goreng, Miqdad dengan bubur ayam dan sayur, Anas pula dengan roti nutella.

Anas menulis di buku, Mussaab bermain dan 'membaca', sebelum dibenarkan menonton video. Video 'Dora the explorer' menjadi pilihan pagi ini. Sekarang dah ada unifi, hmmm... risau pula pada channel tv yang berbagai. Semoga segalanya terkawal. 

Miqdad sekejap ok dibiarkan sendiri, dan kebanyakan masa mahu didukung ummi. Jam 10 pagi, ummi tidurkan Miqdad dan biarkan abang-abang menonton tv. 

Sementara Miqdad tidur, sempat ummi buang sampah dan menjemur kain. Anas dan Mussaab masih leka menonton. Siap kerja ummi, Miqdad bangun dan menangis lagi. Ummi letak sekejap nak masak. Makin kuat dia menangis. Abang-abang pun tak layan ':/ ummi memasak lasagna sambil mendukung Miqdad dari awal hingga siap. Fuh! Berpeluh-peluh. 

Jam 11, Anas dan Mussaab makan. Lepas makan, main sekejap. Miqdad juga dah tak menangis bila diletakkan di atas karpet. Abang-abang sudi nak melayan kali ini :) ummi sempat kosongkan sinki yang dipenuhi pinggan mangkuk, lap meja dan sapu makanan yang tumpah. 

Jam 12, Miqdad dah mula menangis. Ummi tidurkan Miqdad. Tinggalkan Anas dan Mussaab dengan video Dora lagi. Ummi bersiap dulu untuk hantar Anas ke sekolah. Kemudian siapkan Anas, Mussaab dan Miqdad yang dah bangun dari tidur.

Jam 1, dah sampai sekolah Anas. Seperti biasa, hantar Anas sampai ke kelas, dan balik. Singgah sekejap di speedmart. Niatnya nak cari stokin untuk Anas, malangnya tiada. 

Balik rumah, Mussaab makan biskut muzic yang dibeli tadi dan tidur di bilik. Miqdad juga lena sekali lagi selepas menyusu. 

Jam 4.15, Mussaab dan Miqdad dah bangun dari tidur untuk ambil Anas. Jam 4.30 dah sampai sekolah  Anas. Balik dari sekolah singgah di gerai membeli mi rebus untuk ummi. Anas dari tadi minta keropok dan pisang goreng. Sampai di gerai, dah habis. Merajuk dan marah jadinya, katanya sebab ummi yang lambat. Ummi cuba cari kedai lain. Alhamdulillah ada juga. Terpujuklah hati anak soleh ummi tu :) lepas beli terus balik.

Anas dan Mussaab makan sama-sama. Lepas makan, main di luar rumah sekejap. Hujan turun, semua masuk ke rumah dan menonton tv. Miqdad seperti biasa tak boleh ditinggal lama. Hanya mahu didukung dan dipangku. 

Jam 6, ummi suapkan Miqdad makan dan panaskan lasagna untuk Anas dan Mussaab. Makan bersuap juga.

Jam 7, naik ke atas dan mandi. Ummi tidurkan Miqdad yang dah mengantuk, dan kemudian  tunaikan solat. Anas dan Mussaab riang dan riuh bermain dan bergurau. Kerap juga dimarah ummi yang kurang sabar. Maafkan ummi. Anas merajuk lagi dengan ummi. Ummi minta maaf, Anas kembali OK. Menonton pula video Tayo di komputer.

Ummi ajarkan Anas al-Quran dan baca buku ensiklopedia al-Quran untuk Anas. Anas belajar tentang kaum tsamud, Jin, Hisab, Khaliq, Deen, dan Jannah. Alhamdulillah. 

Turun ke bawah temankan ummi makan. Anas juga makan lasagna yang masih berbaki, sambil bermain dan bergurau lagi dengan Mussaab. 

Selepas isyak,Anas minta explain tentang volcano pula. Kemudian ummi temankan Anas dan Mussaab tidur. Jam 10, keduanya dah lena. Alhamdulillah.

Semoga lena anak-anak ummi bersama mimpi indah. Ummi sayangkan Anas, Mussaab dan Miqdad. Semoga hari esok akan menjanjikan yang lebih baik untuk kita semua. Insya Allah. 


Tuesday 23 May 2017 0 comments By: Naemah

GENIUS AULAD: HAPPY TEACHER'S DAY

16 MEI: Hari guru seluruh Malaysia

Alkisah, sambutan hari guru sekolah Anas diadakan pada hari ini, 24/05/17. 

Seminggu yang lepas ibubapa sudah dimaklumkan melalui whatsapp. Dek sibuk urusan itu dan ini, ummi jadi tak terbaca masej yang disampaikan. Baru 2 hari lepas cek balik masej, dan baru sedar akan makluman tersebut. Pulak tu, kena bawa makanan dari rumah (pot luck). Fikir panjang ummi, apa nak masak..

Ditakdirkan abi juga ke Bintulu hari ini. Miqdad yang baru sihat dari demam juga masih sering meragam tak mahu diletakkan. Lagilah ummi membayangkan kekalutan ummi..

Pagi-pagi lagi selepas abi bertolak ummi dah siapkan makan tengahari, kemudian cuba siapkan pula sandwich untuk Anas bawa ke sekolah petang nanti. Yang tu je rasa paling simple dan cepat untuk disediakan :) 

Bila Miqdad dah bangun dari tidur, memang agak kekalutan sedikit. Bergilir masak di dapur, dan mendukung dia yang tak mahu duduk lama. Ummi buat sekadar yang termampu. Maklumlah, ummi bukan pandai sangat memasak. 

Alhamdulillah, jam 9 pagi dah siap nasi ayam untuk makan tengahari dan sandwich dan keropok goreng juga siap untuk dibawa ke sekolah. Ya. Simple sangat. Sandwich tu siap bungkus dengan plastic wrap, tapi kekemasan tu agak tak berapa :D sebab tak pernah buat. Hehe. Tak apalah. (Tambah lagi sosej rebus nak banyakkan makanan :D)

Oh ya, malamnya ummi dah siapkan hadiah untuk diberikan pada guru kelas Anas. Anas nak bagi pokok kaktus yang dibeli di Cameron Highland. Ummi tambah lagi perfume yang abi beli di Bintulu. Nak beli dah tak sempat, beri apa yang ada je. Kad juga dah siap. Anas sendiri yang tulis di kad tersebut malam tadi :)

Jika difikir balik memang tak bersedia langsung. Last minute punya preparation. Sepatutnya boleh beri yang lebih baik untuk teacher. Memang rasa macam biasa-biasa je lah, hari guru je pun. Tapi nak ajar anak rasa betapa specialnya seorang guru. Nak anak hormat, sayang dan ingat gurunya. Biarlah 'bersusah' sikit untuk guru yang mendidik. 

Anas masih kecil, masih kurang faham. Insya Allah makin dewasa makin mengerti, bahawa guru itu sangat istimewa dalam hidup insan. Tak kira apa yang dia ajar, dan berapa lama belajar dengan dia, guru tetap perlu dihormati dan disayangi.

Maafkan ummi, untuk hari ini dan tahun ini, sekadar ini yang ummi termampu untuk Anas raikan hari guru. Di masa yang akan datang, insya Allah akan lebih baik.

Selamat hari guru pada semua guru di seluruh Malaysia, terutama pada guru-guru di Genius Aulad Bandar Rinching, yang menjadi guru pertama anakku selepas ummi dan abinya. Semoga Allah merahmati semua. Dan semoga ilmu yang tercurah dapat dimanfaatkan. Insya Allah :)

Kad untuk teacher Ika




Friday 19 May 2017 0 comments By: Naemah

SHORT VACATION: CAMERON HIGHLAND

Cameron Highland lagi :)

Kali terakhir ke Cameron Highland ialah pada bulan Disember tahun lepas. Maknanya ini kali yang pertama untuk tahun ini. Dan ini juga kali kedua untuk Miqdad :)

Kami berada di Cameron Highland selama 2 hari satu malam, sebelum menempuh perjalanan ke kampung untuk bertemu orang tua dan keluarga. 

17/05/17- Kami bertolak dari rumah (Semenyih) jam 9.30 pagi menuju ke Cameron Highland. Seperti biasa, singgah sebentar di Lata Iskandar. Anak-anak dan suami mandi di air terjun, sementara aku dan Miqdad menanti di dalam kereta. Selepas mandi, makan tengahari di kedai makan berdekatan.





Kami tiba di Cameron Highland jam 3 petang. Check in di Nova Hihglands resort and residence, dan berehat seketika di bilik. Bilik yang sangat selesa, dengan harga rm150 untuk satu malam (weekdays). 







Jam 4 petang, keluar menuju ke tempat biasa. Membeli sedikit jagung di pasar, dan menikmati kopi strawberry di time tunnel cafe. Tak lupa, strawberry coklat, ubi rebus dan jagung rebus. Kami makan di situ sehingga kenyang. Selepas itu bergambar di tempat biasa, di luar cafe tersebut. 










Jam 5 petang, menghala ke taman permainan yang berdekatan dengan taman agro mardi. Anas dan Mussaab berbasikal dan bermain di situ sehingga puas. Selepas itu singgah makan malam di restoren. Selepas makan, terus balik ke hotel, mandi dan tukar pakaian.







Jam 9 malam, keluar lagi ke muzium 3D di dalam bangunan yang sama dengan penginapan kami. Habiskan masa di dalam muzium, dan bergambar. Selepas itu balik ke bilik, dan tidur.













Banyak lagi gmbar :)

18/05/17- Hari kedua di Cameron Highland. Menikmati breakfast di cafe hotel dan seterusnya bersiap untuk balik. Selesai urusan check out, kami singgah sebentar di pasar Brinchang dan membeli cili Mexico, sayur dan jagung lagi. Kemudian ke Cactus Point, bergambar dan membeli pokok cactus, pokok pudina dan pokok lemon. 











Selepas itu, terus bertolak balik ke kampung. 

Alhamdulillah, sebuah percutian pendek kami sekeluarga di Cameron Highland. Tempat yang menjadi kesukaanku, tak pernah jemu untuk berkunjung. Terima kasih suamiku, yang sudi bawa kita semua ke sini. Terima kasih kerana sentiasa cuba untuk meraikan dan menyenangkan hati anak dan 

Monday 15 May 2017 0 comments By: Naemah

MIQDAD: 7 MONTHS OLD


 

Alhamdulillah Miqdad sudah pun berusia 7 bulan. Sihat walafiat, makan minum baik, perkembangan juga baik. 

Bulan ni tak perlu ke klinik untuk check up. So ummi pun tak pasti dah berapa kg berat Miqdad. Mungkin bertambah lagi memandangkan Miqdad dah diberi makan solid food. 

Menu harian Miqdad; bubur nasi atau oat, dan ada juga ummi buat kentang lenyek sebagai hidangan utama. Puri buah juga ummi masih suapkan pada Miqdad di antara hidangan utama. Sekali atau dua kali sehari. Tengok keadaan dan kesempatan. Yang pasti, Miqdad masih bergantung dengan susu badan untuk nutrisi yang secukupnya.

Alhamdulillah, Miqdad jarang menolak apa yang ummi suapkan pada Miqdad, kecuali jika memang dah kenyang :) ummi suka tengok Miqdad ada selera makan. Ummi happy memasak untuk Miqdad setiap hari.

Hingga usia Miqdad 7 bulan, ummi masih cuba memasak untuk Miqdad setiap hari. Tak bergantung pada makanan yang dijual di pasaran. Alhamdulillah, belum beli nestum untuk Miqdad setakat ni :) ya, sebab ummi ada masa untuk masak untuk Miqdad.

Di usia 7 bulan, Miqdad masih pada posisi meniarap. Cuba-cuba mengangkat punggung setinggi boleh :) dan laju bergerak dan meneroka meski dalam posisi meniarap. Posisi duduk dan berdiri juga sudah gagah, namun tetap perlu dibantu dan diberikan sokongan. Insya Allah tak lama lagi boleh merangkak pula :)

Setakat hari ini, Miqdad dah demam 3 kali. Semalam yang terbaru. Tapi Alhamdulillah demam Miqdad selalunya tak lama. Tak lebih dari 24 jam. Hari ni Miqdad dah sihat sepenuhnya. 

Gigi Miqdad pula dah masuk 6 batang. Makin banyak, dan makin suka menggigit :)

Miqdad anak ummi yang baik dan comel. Insya Allah sentiasa mudah untuk diuruskan meski ummi juga sibuk dengan abang-abang yang masih perlukan perhatian. 

Semoga membesar dengan sihat dan baik ya sayang. Cepat besar, dan cepat boleh main dengan abang-abang. Everybody loves you very much!


Update yg lepas di instagram ummi

 

 
Saturday 13 May 2017 0 comments By: Naemah

HOMESCHOOLING 2017


 
Tahun 2017, masih belum ada entri tentang homeschooling anak-anak. Bukan bermakna dah tak buat homeschooling, cuma kesuntukan masa untuk update setiap aktiviti belajar. 

Walaupun Anas dah sekolah, pembelajaran di rumah masih juga berjalan meskipun tanpa jadual dan tanpa sistem khusus. Hanya pelajaran spontan. Dari buku-buku sedia ada, video, pemerhatian, dan sebagainya. 

Banyak juga pelajaran dan tajuk baru yang berjaya disentuh bersama anak-anak. Anas yang sedia pandai membaca, dah mula meneroka dan membaca sendiri buku-buku yang ada. Video baru masih didownload, dan Anas juga banyak timbulkan persoalan di atas rasa ingin tahunya.

Antara topik baru yang Anas belajar ialah Volcano, Tsunami, Tornado and Hurricane, Types of clouds, Capital cities of Malaysia, ensiklopedia al-Quran, abacus, dll. 

Ummi agak tidak sempat untuk fokus mengajar, cuma pada sela waktu tertentu saja. Fokus juga tak boleh lama, dek sibuk dengan adik kecil dan urusan rumah.

Mussaab pula banyak belajar dari video dan abangnya Anas. Banyak juga yang dia dapat, dalam tak sempat nak fokus pada dia seorang.

Bab al-Quran, Anas banyak belajar di sekolah, mengulangkaji Iqra' agar lebih baik bacaannya. Di rumah, ummi ajarkan bacaan juzuk amma dari awal, tidak lagi fokus pada hafazan. Mussaab juga, lagi sukar untuk minta duduk dan membaca al-Quran. Di waktu-waktu tertentu, ummi hanya biarkan video bacaan al-Quran diulang baca berkali-kali dengan harapan anak-anak akan dapat 'tangkap' sedikit sebanyak.

Miqdad juga ummi dah mula perkenalkan huruf Hijaiyah sejak usianya 4 bulan. Ummi tak guna flash card, sebab banyak yang dah hilang. Hanya dengan bantuan video yang sedia ada, dan yang ummi buat sendiri pakai hp. Insya Allah, Miqdad juga dah hampir mengenal huruf-huruf al-Quran. 

Ummi cuba sekadar yang termampu, dalam keterbatasan waktu ini. Semoga anak-anak mendapat pendidikan yang baik dan bermanfaat dari rumah ini sendiri, dari tangan dan usaha ummi yang sekadarnya ini. 

Semoga Allah permudahkan. Semoga anak-anak ummi menjadi insan yang mencintai ilmu, dan sentiasa ada keinginan untuk tahu dan untuk belajar. Insya Allah. 

DIARI ANAKKU: 140517




Hari ketiga abi di Bintulu. Sudah lebih 24 jam tak berhubung dengan abi yang kini berada di laut. Semoga abi baik-baik saja di sana.

Mussaab bangun paling awal hari ini, ketika ummi nak tunaikan solat subuh. Kemudian Miqdad dan Anas juga bangun, dan turun ke bawah untuk breakfast. Hari ini breakfast dengan donat yang ummi buat semalam. Alhamdulillah.

Miqdad pula seperti biasa breakfast dengan bubur nasi  yang ummi masak khas untuknya. Pagi ni makan tak banyak, hanya beberapa suap. 

Anas dan Mussaab keluar sekejap bermain di luar rumah. Kemudian masuk semula dan menonton video robocar poli. Miqdad juga sempat menonton video a ba ta.

Jam 10, ummi selesai memasak, dan tidurkan Miqdad. Anas dan Mussaab mandi dan mengadu lapar. Ummi suapkan Anas dan Mussaab makan nasi berlaukkan kari ayam dan ayam goreng. Mussaab hanya meratah ayam. 

Lepas makan, berbasikal pula di luar. Ummi jemur kain. Anas tolong ummi siram pokok, dan selebihnya bermain air. Miqdad juga bangun dari tidur sebelum ummi selesai menjemur kain. Bawa Mussaab keluar dan hamparkan tikar untuk Miqdad. Ummi selesaikan kerja di luar dulu.

Masuk rumah, mandikan Miqdad. Lepas tu suapkan Miqdad makan. Anas tolong ummi vakum rumah. Lepas tu Anas dan Mussaab menonton video magic english pula. Miqdad tumpang sekaki. 

Jam 12.30 pm, naik ke atas. Ummi mandi dan susukan Miqdad. Anas dan Mussaab bermain, hingga riuh rendah suasana. Melompat, memanjat, dan menjerit. Kemudian baca buku sama-sama. Dah dapat wasap dengan abi yang baru selesaikan tugasnya, tapi masih di laut. 

Pukul 1, turun semula ke bawah. Ummi gorengkan donat lagi untuk Anas dan Mussaab yang mengadu lapar. Ummi naik solat zohor, kemudian tidurkan Miqdad. Anas dan Mussaab baca buku 'read me' di iPhone ummi yang lama. Leka 'membaca' bersama-sama.

Ummi, Miqdad dan Mussaab lena tidur. Tinggal Anas buat hal sendiri. Jam 3, Anas kejutkan ummi katanya hari nak hujan. Anas turun ke bawah angkat kain di jemuran. Ummi juga turun angkat bersama Anas.

Naik semula ke atas. Miqdad juga bangun. Lepak di katil dan berbual. Mussaab masih melayan lena. Azan asar, solat dan turun semula ke bawah. Ummi suapkan Anas dan Mussaab makan. Lepas tu suapkan Miqdad. Ummi selesaikan kerja yang patut. Sesekali mendukung Miqdad yang menangis ditinggalkan. Anas dan Mussaab keluar bermain di luar. Menonton juga video 'the nut job'.

Jam 7, naik mandi dan siap untuk solat Maghrib. Lepas maghrib call abi. Kemudian goreng donat lagi bila Anas dan Mussaab mengadu lapar. Lepas makan naik ke atas dan menonton video 'Tayo the Little bus'. Ummi tidurkan Miqdad. Kemudian ajak Anas dan Mussaab tidur. Jam 9.30, keduanya sudah lena. Alhamdulillah:)

Hari ini berakhir. Hari esok bakal menanti buat anak-anak ummi. Semoga segalanya akan lebih baik untuk kita semua. InsyaAllah. Esok juga akan berjumpa abi. Insya Allah.

KISAH KITA HARI INI



Hari ini masuk hari kedua suamiku di Bintulu. Aku seperti biasa hanya tinggal di rumah ditemani anak-anak. 

Hari ini, Anas juga cuti. Kami tidak ke mana-mana. Hanya melakukan aktiviti di rumah. Seperti biasa, bila tanpa suami hari yang dilalui terasa sangat sibuk. dari pagi menyiapkan sarapan, hingga malam hari setelah anak-anak semua lena.

Badan juga rasa agak kepenatan hari ini. Aku cuba mencari kekuatan dan berdoa. Mudah-mudahan tetap bertenaga melayan karenah anak-anak yang sentiasa memerlukan ummi. 

Keadaan rumah agak tidak terurus. Hari ini, asalkan dapat memenuhi keperluan makan minum anak-anak, sudah memadai. Anak-anak juga memenuhi masa dengan menonton video saat ummi sibuk di dapur dan melayan si kecil. 

Alhamdulillah, walau terasa agak kesuntukan masa, masih sempat melayan permintaan anak-anak yang macam-macam. Sempat membelek buku bersama, membaca dan membuat aktiviti, mengajar al-Quran, berdiskusi tentang banyak perkara. 

Namun, hari ini masih ada kekesalan yang berbuku di hati. Masih seorang ibu yang belum sempurna dan banyak khilaf. Anak-anak yang berbuat silap tanpa mengerti masih dimarah-marah, masih mahu masam muka. Allah... ummi berdosa.

Kini anak-anak sudah lena. Mussaab lena di lantai saat menunggu ummi siapkan donat untuknya. Anas, ummi temankan tidur di bilik walaupun awalnya mahu tunggu juga donat masak. Miqdad pula sudah tidur lebih awal berbanding abang-abang. 

Kini jam sudah hampir 12 malam. Ummi juga baru selesai masakkan donat untuk stok beberapa hari ini. Ummi tahu Anas dan Mussaab sangat suka donat. Ummi cuba rajinkan diri, walau dah terasa penat dan mengantuk sangat. Insya Allah, esok pagi boleh breakfast dengan donat :)

Allah. Moga kau ampunkan dosa-dosaku. Berikan kekuatan untukku menjadi seorang ibu yang lebih baik. Berikanku kesihatan, agar dapat terus menjaga anak-anakku. Berikan mereka kehidupan yang baik, hasil dari tangan ibu mereka sendiri. 

aameen ya Allah.

Ummi sayang semua.

FAMILY TRIP TO PENANG

28-30 April 2017

Sempat meluangkan masa bersama keluarga (mertua) ke Pulau Pinang. Hasrat awalnya untuk menziarahi sahabat arwah bapa mertua di Kampung Kongsi Lima, tapi alang-alang ke Pulau Pinang, apa salahnya kami menjejak tempat-tempat menarik di sana :)

28/04/17- bertolak dari rumah ibuku di jeli jam 10 pagi. Ahli keluarga yang lain bertolak dari kb lebih awal. Kami berkumpul di jeli dan konvoi bersama (3 buah kereta). Kami tiba di bandar Georgetown jam 2 petang. Destinasi pertama ialah Masjid Kapitan Keling, untuk solat jamak zohor dan asar, dan makan tengahari di restoren nasi kandar yang terdekat.






Selepas itu, kami singgah untuk membeli jeruk madu pak ali yang terkenal di Pulau Pinang. Selesai membeli, terus ke Padang Kota dan menikmati makanan yang dijual di situ seperti pasembur, kerang dan sotong bakar, nasi goreng, mi rebus, dll. Banyak makanan yang dipesan, kami makan hingga benar-benar kekenyangan :)







Kemudian menaiki kereta, menyusur bandar georgetown yang tersenarai sebagai kota warisan UNESCO. Melihat keunikan senibina lama yang punya sejarah tersendiri. Disebabkan jem, kami tidak singgah ke mana-mana lagi. Terus ke apartment yang telah dibooking adik iparku ( lupa nama apartment).

Malam hari, hanya berehat di bilik. Makan char kue teow dan nasi goreng yang dibeli adik ipar.

Alhamdulillah. Tamat cerita hari ini :)


29/04/17- hari kedua kami di Pulau Pinang. Destinasi hari ini ialah Bukit Bendera. Agak lama kami di sini. Bergambar dan menikmati kecantikan pemandangan di puncak Bukit Bendera.



Hampir jam 12, kami bergerak meninggalkan tempat itu. Terus ke Pengkalan Raja Tun Uda, untuk menaiki feri ke Seberang Prai. Sebaik sampai, kami terus mencari kedai makan untuk mengisi perut yang lapar. Restoren Nasi Kandar Subaidah menjadi pilihan kali ini. Kami sekeluarga mengisi perut hingga kenyang.





Destinasi seterusnya ialah ke rumah sahabat arwah ayah di Bukit Mertajam. Kami tiba di rumahnya dalam pukul 3 petang. Berehat dan menjamu selera lagi di sini. 

Pada waktu petang, sebahagian daripada kami balik ke Kelantan kerana masing-masing perlu bekerja/sekolah pada esok harinya. Mereka pulang dengan sebuah kereta. Tinggal lagi 2 buah kereta. Mak, familyku dan family azim. Kami mengambil keputusan bermalam di sini malam ini. Suasana rumah kampung dengan halaman yang sangat luas, memberi kebebasan pada anak-anak kami bermain sepuasnya :)



30/04/17- hari ketiga, masih di Pulau Pinang. Selepas menikmati sarapan, kami bersiap untuk pulang. Banyak hasil kelapa dan tebu diberikan oleh tuan rumah. Kami bersalaman dan bertolak pulang. Entah bila lagi akan datang ke Pulau Pinang lagi. 

Jam 12, singgah di rumah kakak iparku di Gerik. Makan tengahari dan solat di sini. Kemudian bertolak balik ke Kelantan. 

Alhamdulillah, di atas percutian singkat di Pulau Pinang. Walau agak kepenatan, tapi seronok dapat bercuti bersama keluarga besar kami. Walaupun tak cukup semua ahli keluarga, masih terasa meriahnya :) bukan selalu dapat jalan-jalan makan angin bersama :)

Insya Allah ada rezeki kita jalan-jalan lagi :)