Assalamualaikum
Di entri ini kita bincangkan
tentang aktiviti bersama
anak, indoor dan outdoor.
tentang aktiviti bersama
anak, indoor dan outdoor.
Berbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak anak di rumah, juga di luar rumah dalam usaha untuk mendidik dan mengajar mereka. Tak perlulah nak fokuskan belajar itu pada buku dan kertas saja. Lagipun, kanak kanak biasanya cepat bosan jika disuruh menghadap buku je. Proses belajar anak anak perlulah fun dan menyeronokkan. Sesekali cuba beraktiviti bersama anak anak.
Aku sendiri bukanlah kreatif sangat, nak fikirkan aktiviti apa yang nak dibuat bersama anak anak. Alhamdulillah Internet antara tempat rujukan untuk mencari aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama Anas dan Mussaab.
Aktiviti sebegini membantu anak anak berfikir dengan lebih kreatif, disamping membantu menambahkan kemahiran mereka dalam penggunaan deria dan anggota tubuh mereka.Antara aktiviti menarik yang ada dalam simpanan (banyak lagi).
Sumber: dari group whatsapp, blog child education dan parenting.
Sumber: dari group whatsapp, blog child education dan parenting.
Antara aktiviti yang pernah dilakukan bersama Anas dan Mussaab :
Operasi tambah. Cuba lukis sesuatu yang dia suka dan kenal, juga menggunakan sticker dan biarkan dia tampal sendiri mengikut bilangan yang tertulis *maaf lukisan buruk :) |
Lukisan rainbow: minta anak sebut warna warnanya mengikut turutan sebelum mewarnakannya. |
Sesekali bawa anak ke playground untuk mereka menikmati masa kecil mereka. Seronok bermain swing, slide, seesaw dan semuanya. Biar mereka menikmati keseronokan itu. |
Cycling juga antara aktiviti yang memberi keseronokan buat anak anak di samping melatih skill mereka. |
Catch the ball, bounce the ball, kick the ball, bounce the ball and all about the ball. Boleh jadi indoor activity juga outdoor activity yang menyeronokkan |
Berbagai aktiviti lagi boleh dilakukan bersama anak anak. Kalau rasa tak berapa nak kreatif, bolehlah goggle saja, mesti banyak aktiviti menarik yang anda akan dapat. Aku sendiri masih mahu mencuba banyak perkara dengan anak anak. Idea semua dapat dari Internet. Insya Allah sangat membantu dalam proses pelajaran anak anak, di samping memberi keseronokan pada mereka, dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak anak.
Jom cuba sama sama :)
0 comments:
Post a Comment