Tugas mendidik bukanlah perkara mudah. Sangat memerlukan keikhlasan juga kesabaran yang sangat kuat.
Namun tidak cukup sekadar itu. Jika ingin menjadi pendidik, kita juga perlu terdidik. Seorang pendidik itu dipandang tinggi dan mulia. Dia juga contoh dan tauladan buat insan yang dididiknya.
Begitu juga dalam bab mendidik anak anak di rumah. Ibubapa adalah guru dan pendidik yang pertama buat anak anak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan dan dunia luar. Sesungguhnya banyak perkara yang anak anak pelajari dari kedua ibubapa.
Kita mahukan anak berakhlak mulia dan bersopan santun. Adakah kita juga berakhlak dengan akhlak yang mulia dan bersopan santun? Kita mahu tutur kata mereka baik dan sopan, apakah kita juga sedemikian?
Kita mahu anak kita bagus, bijak, serba boleh, pandai segala, tanpa kita terlebih dulu melihat dan mendidik diri sendiri. Ibarat ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, sedang dia sebaliknya.
Usah mengeluh jika akhlak dan sikap anak tidak seperti yang diharapkan. Kita hanya perlu muhasabah diri, kerana anak itu adalah refleksi diri kita. sekadar ungkapan dan nasihat tidak mencukupi, andai perilaku ibubapa tidak seiring dengan apa yang diungkapkan. Actions speak louder than words....
Dalam bab nak mengajar anak membaca dan mengaji pun sama juga. Pertama, tentunya kita kena tahu apa yang nak diajarkan, bukan pandai pandai saja kan:)
Keduanya, kita perlu memastikan suasana di rumah dapat membantu dan menghadirkan minat buat si anak untuk belajar. Bagaimana??
Jika mahu dia minat membaca, kita sendiri perlu rajin membaca, rajin membacakan buku untuknya, serta tidak lokek untuk membeli buku yang bermanfaat.
Jika mahu anak rajin membaca Quran, kita juga perlu setiap hari (sebaik baiknya) membaca Al Quran dan memperdengarkan bacaan al Quran untuk anak.
Jika mahu anak rajin berkemas dan tidak membuang sampah merata, kita dulu perlu memastikan rumah sentiasa dikemas setiap hari tanpa bertangguh tangguh di samping mengajak anak sertai bersama dalam aktiviti mengemas.
Jika mahu anak menghafaz Al Quran, mengapa tidak kita juga menghafaz bersama dengannya. Jangan pula kita meminta dia menghafal, kita pula asyik dengan drama dan sinetron. Kita mahu dia meminati al Quran, tapi kita menjadikan lagu lagu lagha sebagai halwa telinga. Sangat tidak munasabah!!
Atas dasar kesedaran ini juga aku dan Suami mencuba sedaya upaya mungkin untuk mendidik diri sendiri agar terlebih dahulu dapat menjadi apa yang dimahukan pada anak.
Kami juga manusia biasa yang banyak khilafnya. Pernah muda, pernah melalui masa lagha dan sia sia. Banyak perkara pada diri yang perlu diperbaiki.
Sebagai contoh, Kalau dulu minat menonton tv dan drama yang entah apa apa, sekarang sedaya upaya melupakannya kerana sedar tiada kebaikan pada benda yang melalaikan itu. Apatah lagi dalam hal mendidik anak anak. Lupakan!!
Bahasa yang digunakan juga perlu berhati hati agar tiada ungkapan buruk atau tidak baik sampai ke telinga anak anak.
Dalam hal hal yang lain juga, perlu lebih teliti dan berhati hati untuk menjadikan diri contoh yang terbaik buat anak anak.
Mendidik diri sendiri juga bukan senang, kadang terasa sangat payah, tapi perlu mencuba demi untuk menjadikan anak anak benar benar terdidik baik.
Insya Allah, sama sama kita usahakan.. Istighfar di atas segala kekhilafan yang lalu, dan mohon agar Allah permudahkan usaha mendidik anak anak.

0 comments:
Post a Comment