VIDEO SEBAGAI ALAT BANTUAN MENGAJAR

Di entri ini aku ingin tekankan kepentingan video sebagai alat bantuan mengajar anak anak di rumah. Pasti ramai yang setuju bahawa video banyak membantu dalam mendidik anak anak. Tak kurang anak anak yang mudah di`pengaruhi`wataknya dengan hanya menonton video. tak kira yang ditontonnya adalah rancangan television, cd, internet atau sebagainya, kanak kanak memang sangat cepat meniru. Oleh itu, sebagai ibubapa kita sendiri perlu pilih apa yang sapatutnya kita tonton. jangan hanya mengikut selera saja nak menonton tanpa mengira ada yang sedang memerhati. begitu juga jangan biarkan anak menonton rancangan tv atau kartun tanpa sebarang pemantauan dari ibubapa. tak semua kartun sesuai untuk tontonan anak anak.


 Atas kesedaran ini juga aku dan suami mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan astro di rumah hampir setahun yang lalu. Melihatkan betapa besarnya pengaruh televisyen dalam hidup anak anak, kami menjadi takut akan kesannya pada anak anak. Tak dinafikan, ada pengisian yang baik, tapi yang tak baik terlalu banyak. Kami memilih untuk menjauhkannya dari anak anak disamping mencari alternatif sebagai hiburan yang mendidik pada anak anak. Kami ibubapa meninggalkan dunia sinetron, drama, hiburan, gossip dan segalanya yang melalaikan demi anak anak, kerana Allah..



Kembali kepada tajuk, di mana video digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang sangat berkesan, aku sangat bersetuju dan mempraktikkan sendiri untuk mengajar Anas dan Mussaab. Beratus-ratus video pendek dan menarik yang berjaya didownload dari YouTube, dalam bahasa melayu, Arab dan inggeris. Di samping buku-buku, melalui video ini jugalah Anas Dan Mussaab mengenal ABC, satu dua tiga, alif ba ta, shapes, colours, fruits, dan sangat banyak lagi sebenarnya. Kami juga membeli cd-cd berbentuk education seperti Kartun Team Umizoomi,Wonderpets, Dora the explorer, Elmo dan Dirtgirl World (banyak lagi)


Seperti yang aku katakan, video sangat membantu dalam proses belajar anak anak. Cari saja di YouTube dengan menaip kata kunci yang terlintas di kepala, seperti ABC songs, nasyid alif ba ta, English for children, learning Arabic for kids, numbers song, Al quran, Dan apa saja yang kita mahu anak belajar.Sangat banyak video education yang akan kita dapati di Internet. Kena rajin mencari, dan rajin mendownload ;)

Antara video menarik dan bermanfaat:  boleh try carian 'super simple English', 'dream English', learning with Zaky', 'Syraj', 'mother goose club' di samping banyak lagi yang menarik dan menghiburkan anak anak dalam proses belajar mereka. Dari video yang pelbagai ini jugalah Anas mengumpul banyak vocab dalam bahasa inggeris dan Arab bersama sebutan yang betul. Sebagai ibubapa juga, hati menjadi lebih tenang membiarkan anak anak menonton video tersebut kerana tiada unsur unsur negatif di dalamnya, seperti Kartun yang bermacam-macam di televisyen. Tolonglah jauh kan anak anak dari kartun-kartun ganas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai seperti Tom and Jerry dan Sinchan. 

Disarankan juga ibubapa untuk turut menyertai anak anak ketika mereka sedang asyik menonton untuk menggalakkan mereka memberi respon pada apa yang sedang dia pelajari. Tanyalah soalan soalan yang berkitan dengan apa yang sedang ditontonnya. Contohnya, I can see a car, can you see the car?Bila dia jawab yes, tanyalah lagi, what colour of the car? How many people in the car dan apa saja soalan yang berkaitan dan menggalakkan dia berfikir dan belajar. InsyaAllah anak anak pun seronok menonton dan cepat belajar :)

Jangan lupa berikan pujian atau tepukan sekiranya dia menjawab dengan betul atau sekiranya dia turut menyanyi ABC bersama atau mengira, atau mengaji bersama. anak pasti suka dengan pujian kita.



namun tetap perlu diingat bahawa video bukanlah segalanya. perlu ada had masa juga agar anak tak hanya melekat pada video hingga lupakan yang lain seperti mainan dan buku. kemahiran lain juga perlu di develop melalui aktiviti aktiviti lain selain dari menonton. semoga kita sebagai ibubapa dapat memantau anak anak dengan sebaiknya dan mendedahkan mreka dengan suasana yang boleh membantu mereka menjadi anak yang bijak dan cerdas. insya Allah

0 comments:

Post a Comment