Hari ni nak share satu masakan ringkas menggunakan sincero pressure cooker iaitu nasi tomato yang paling senang dan simple :)
Ini adalah bahan-bahannya;
Tambahan: boleh masukkan satu cawan susu segar dan daun pandan untuk nasi lebih lemak dan harum.
Dan ini adalah cara memasak nasi tomato menggunakan sincero pressure cooker, step by step;
Mula-mula tekan butang soup/stew untuk tujuan menumis (nak tekan butang rice/risotto pun boleh juga kot)
Masukkan minyak sapi dan butter, biarkan ia mencair dan sedia untuk menumis.
Masukkan bawang merah, bawang putih, bawang kuning dan halia yang telah dimayang. Kacau hingga wangi.
Masukkan pula tomato puri dan tomato yang sudah dicincang
Masukkan kiub pagi ayam
Kacau-kacau sehingga pecah minyak
Masukkan beras yang telah dicuci, kacau sekata
Masukkan air (dan susu segar) dengan sukatan yang secukupnya. Jangan lupa tambahkan garam secukup rasa. Dan daun pandan jika ada.
Tutup periuk dengan cara yang betul. Reset mode masakan.
Tekan butan rice/risotto. Biarkan sehingga nasi masak.
Nasi tomato sedia untuk dinikmati dengan ayam masak merah, sambal dan acar.
Alhamdulillah :)
Mudah sangat kan? Selamat mencuba :)
0 comments:
Post a Comment