Sunday 31 July 2016 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 310716

Hari ini genap seminggu abi di Bintulu. Hari ini juga tak dapat berhubung dengan abi yang jauh di lautan. Insya Allah akan dapat whatsapp abi semula esok hari. Semoga abi baik baik di sana, dan semoga urusan abi dipermudahkan. Anas, Mussaab dan ummi masih di rumah mek.

Hari ini Anas bangun sekitar jam 8.30 pagi. Semalam tidur agak lewat, bangun juga lewat. Mussaab juga sama. Anas bangun dengan tangisan dan mood yang kurang baik. Lepas mandikan Anas, Mussaab pula bangun. Mussaab happy dan ceria saja :) ummi suapkan Anas dan Mussaab makan nasi lemak yang dimasak tadi. Anas masih dalam keadaan mood yang kurang baik. Ada saja yang tidak kena. Tapi makan agak berselera. Mussaab pula hanya makan sedikit. Lepas makan Anas keluar mencari ipad, dan leka dengan ipad. Mussaab sekejap keluar dan sekejap masuk ke dapur. 

Jam 9.30 pagi, ummi rebus jagung yang cik bagi semalam. Jagung memang kesukaan Anas dan Mussaab. Dah masak, bagi Anas dan Mussaab makan. Mussaab makan agak banyak. Mungkin kerana tadi makan sikit saja nasi lemak. Anas yang dah kenyang hanya makan sedikit. Lepas tu keluar semula dan asyik dengan ipad lagi. Mana taknya, ummi dah download apps baru untuk Anas dan Mussaab belajar. Dari semalam, ipad menjadi pilihan sampai berebut dibuatnya. 

10 pagi, ipad berpindah ke tangan Mussaab pula. Anas menonton video 'chuggington' dan 'heroes of the city'. Bosan menonton, Anas berbasikal di dalam rumah.  Ummi keluar menjemur kain, Anas juga keluar dari rumah dan cuba memanjat pokok. Sekejap saja, lepas tu Anas mundar mandir di luar tak tahu nak buat aktiviti apa lagi. Kesian.. Mussaab masih bersama ipad.



Pukul 11, Anas meminta pen dan kertas untuk melukis. Sambil lukis, ada saja yang tak kena. Last last, tak nak melukis dah. Pen dan kertas berpindah ke tangan Mussaab. Mussaab pula leka menconteng di kertas. Anas ambil ipad sekejap, lepas tu menampal sticker di almari. Ummi sorokkan ipad. Tak nak biarkan Anas dan Mussaab terus leka dengan ipad saja. 




Jam 11.30, ummi buatkan jagung butter, ingatkan ummi nak makan sorang je. Rupanya Anas dan Mussaab juga berminat, dan bertambah makannya. Ummi pula yang kena makan sikit je. Itupun masih minta nak tambah lagi. Ummi janji nak buat lain kali pula. Sambil makan, Anas belajar membaca menggunakan buku 'siri buku pantas membaca'. Belajar membaca bahasa melayu pula, memandangkan bahasa inggeris Anas dah boleh. Alhamdulillah dah habis bab 3. Itupun belajar perlahan lahan, ketika Anas mudah diajak belajar. Anas dah boleh baca perkataan yang simple. Alhamdulillah :)





Jam 12, sambung menonton video lagi. Menonton 'Maya the bee' pula. Anas yang buka sendiri. Maklumlah dah pandai baca folder, dah boleh tekan sendiri. Itupun mengamuk juga bila tersalah tekan. Sabar ajelah..Ummi tak berapa suka sebenarnya bila Anas dah pandai guna komputer, takut tak terkawal pula nanti. Ummi perlu lebih memantau dalam bab menonton video sekarang ni. Maklumlah bila menonton video kesukaan, masa berlalu pun tak sedar. Melekat saja di kerusi. Mata pun menatap di skrin saja. Mussaab setia menonton bersama. Tengok saja video apa yang Anas buka. 

Jam 12.30, ummi suapkan makan. Nasi lemak lagi untuk lunch Anas dan Mussaab. Sambil makan, sambil main dan bergurau. Mujurlah tak ada yang menangis. Selesai makan, basuh tangan dan mulut, berlarian dan berkejaran pula hingga ke luar rumah. Penuh keriangan. Lepas tu bermain salotape pula. Tampal sana sini. 

Sementara menunggu untuk solat zohor, ummi online sekejap. Anas dan Mussaab masih bermain dan bergurau. Gamat suara ketawa dan menjerit. Macam macam aksi dan watak dilakonkan bersama. 



Azan zohor, semua masuk ke bilik. Anas dan Mussaab mandi. Ummi juga bersiap dan solat. Lepas solat, ummi ajar Anas baca al quran. Alhamdulillah Anas baca dengan baik. Masih surah 'abasa (ayat1-28). Lepas tu, Anas mula mencari ipad yang tadi sudah dilupakan. Jumpa juga walaupun ummi dah sorok. Mussaab nak juga, tapi tak dapatlah. Mussaab jalan ke sana ke mari. Barang di almari juga dicampak ke bawah. Puas ajak tidur, akhirnya tertidur juga bersama ummi.

Ummi bangun jam 4 petang. Anas langsung tak tidur. Tak pasti Anas buat apa selain bermain ipad. Ummi tunggu azan asar. Anas bermain kereta permainan pula. Mussaab masih lena. 

Lepas solat ummi ke dapur, masak nasi dan perap ayam untuk makan malam. Anas juga ikut. P. Long datang rumah mek. Mussaab bangun tidur, menangis mencari ummi. Semua masuk ke dapur. Tak lama kemudian cik datang. Ummi goreng ayam dan suapkan Anas dan Mussaab makan. Lepas tu Anas dan Mussaab  keluar tolong cik dan mek kutip buah cermai. Kemudian makan colek cermai. Mussaab makan, Anas tak suka asam.

6.30, abe Loh pula datang ajak Anas dan Mussaab ke rumah p. Long. Anas dan Mussaab mandi dan bersiap untuk ikut abe Loh. Hampir masuk waktu Maghrib, menuju ke rumah p. Long. Tiba tiba dapat masej dari abi yang berada di lautan. Kata abi, kapal yang dia naik ada internet. So, dapatlah whatsapp. Alhamdulillah. Rindu pada abi.

Di rumah p. Long, ummi dan mek solat maghrib dan isyak. Anas dan Mussaab ulang alik rumah p. Long dan rumah p. Ngah, main dengan abg Faris dan kak Zana. 

Selesai solat, makan jagung rebus dan minum air teh di rumah p. Long. Lepas tu abe Loh hantar balik ke rumah mek. Mussaab yang masih belum mengantuk, membuat aktiviti sendiri, menconteng di kertas. Ummi siapkan tempat tidur dan kemudian tutup lampu. Anas yang dah mengantuk, terlena jam 10.30. Tinggal Mussaab masih berguling dan tak tahu nak buat apa dalam gelap. Akhirnya terlena juga jam 11 malam. 

Alhamdulillah, hari ini sudah berlalu. Anas dan Mussaab menjalani hidup dengan baik. Kesihatan juga baik. Syukur pada Allah yang Maha Kuasa. Terlalu rindu pada abi yang jauh. Semoga Allah menjaga abi dan menjaga kita semua. Semoga hari esok akan lebih baik buat kita. Insya Allah :)
Saturday 30 July 2016 0 comments By: Naemah

RUTIN SEORANG UMMI




Setiap hari, bermula dari anak anak ummi bangun dari tidur, maka di situ bermulalah rutin ummi bersama anak anak ummi, Anas dan Mussaab.

Dulu ketika ada anak seorang, tak sama seperti sekarang bila dah ada dua anak. Tak lama lagi insya Allah bertiga pula :) maka situasi pasti akan sedikit berbeza pula. 

Dunia dan kehidupan ummi, di rumah inilah, bersama anak anak ummi. Tak dapat lari ke mana, hanya di sini bersama sama kalian yang ummi cinta. 

Rutin harian ummi setiap hari sama saja. Kerana Anas dan Mussaab masih kecil, maka masih tak mampu menguruskan diri sendiri. Hampir segala hal yang berkaitan diri Anas dan Mussaab perlu ummi lakukan.

Rutin harian biasa, sebagai ibu yang tak bekerja. Setiap hari dan setiap masa bersama anak anak ummi. Perlu mandikan kalian, pakaikan baju, masak dan suapkan makan, mengajar, mengemas rumah dan mainan, menyapu sampah dan mana yang tertumpah, memenuhi permintaan demi permintaan, dan sebagainya. Itulah yang perlu ummi lakukan setiap hari. Lebih lebih lagi bila abi tiada. Segala yang berkaitan Anas dan Mussaab, hanya terletak di bahu ummi.

Kerana ummi juga manusia biasa, adakala ummi bertenaga dan tiada masalah menguruskan segalanya. Namun adakalanya juga ummi kepenatan, dan kurang bertenaga untuk melakukannya. Adakala mood ummi sangat baik, dan ummi sangat positif. Adakalanya juga emosi ummi terganggu dan ummi cepat nak marah.

Setiap detik antara kita, ada cerita yang tersendiri. Adakala penuh riang dan tawa, adakala penuh drama yang mengusik jiwa. Ummi hakikatnya bahagia dapat menguruskan setiap hal anak anak ummi  dengan tangan ummi sendiri. Ummi malah kesal, di saat ummi tak begitu baik  dalam memenuhi keperluan anak anak ummi.

Saat ummi diusik kesal, ummi merenung ke wajah anak anak ummi. Masa kecil anak anak hanya sebentar cuma. Tak bolehkah ummi terus ikhlas melayan, dan terus bersabar dan tetap bersabar meski di kala ummi penat dan letih. Pasti suatu hari ummi rindu saat saat seperti ini. 

Saat menyuap makan, hingga kadang bertambah tambah dan masa pun berlalu tanpa sedar, belum kira tumpah di sana sini dan terpaksa pula dilap dan disapu..saat memandikan, walau sering terpaksa berkejaran untuk dimandikan dan basah kuyup pula ummi saat memandikan kalian... saat belajar dan mengajar, meski buku bertaburan di lantai, pen dan pensel kerap hilang entah ke mana, kertas juga bersepah dan perlu dikutip... juga tika saat bermain, permainan bersepah tak kira tempat, terpijak di kaki, rosak sana sini meski baru dibeli... masuk pula bab meleraikan pergaduhan adik beradik kerana hal remeh temeh, termasuk berebut sebiji bantal :), dan berbagai aksi harian yang dapat ummi saksikan hari ini. 

Ummi pasti rindu. Ummi pasti terkenangkannya. Cuma ummi tidak pasti, adakah anak anak ummi juga akan ingat segala detik manis ini? Tika kalian sudah besar dewasa, apakah kenangan bersama ummi masih segar di fikiran kalian? Saat riuh rendah, riang ketawa bersama, apakah kalian tidak akan lupa? Atau sekadar mengingati saat saat dimarah ummi saja :(

Ummi cuba belajar untuk lebih ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab ummi. Meski nampak remeh di mata insan yang kurang memahami, insya Allah ia sangat besar di pandangan Allah. 

Ummi tahu mana letaknya ummi. Ummi sedar apa tugas dan keutamaan seorang isteri dan ibu. Di rumah inilah, di sisi suami. Di rumah inilah, bersama anak anak. Anak anak ummi, amanah Allah untuk dijaga, dan dididik dengan sebaiknya. Ummi ikhlas, ummi tak merasakan ia beban. Walau di kala ummi tak berdaya, ummi tahu ummi tetap perlu menjaga ikhlas ini. Cuma ummi perlu belajar untuk tingkatkan sabar, agar ummi sentiasa positif dalam melaksanakan tanggungjawab. 

Sungguh ummi hargai setiap detik bersama anak anak. Ummi sedar masa akan terus berlalu dan detik ini hanya akan tinggal sebagai kenangan.Begini Lumrah hidup. Cuma harapkan ummi mampu memberikan yang terbaik buat anak anak ummi, selagi kalian masih bersama ummi, dan masih memerlukan ummi, di ketika ini. 

Semoga Allah memimpin langkah ummi. Diberi kekuatan dan kesihatan,diberi kesabaran dan usia, dan semoga ummi akan mampu menpertahankan 'ikhlas' di hati ummi demi amanah Allah ini. 

Aameen.
Thursday 28 July 2016 0 comments By: Naemah

HANYA UJIAN KECIL

picture: here

Alhamdulillah sudah berada di minggu ke 30 kehamilanku. Perut dah semakin besar, berat bertambah tambah, pergerakan juga makin terbatas :) sukar untuk bangun duduk, nak tukar posisi tidur terasa payah, pergerakan dalam solat juga terasa berat. Nak buat kerja kerja berat pun dah tak berapa nak larat. Bukan berat mana pun. Nak mengangkat bakul kain untuk dijemur pun dah termengah. Ada ketika kena angkat Mussaab, memang terasa tak berdayanya... Tapi tika terpaksa apa boleh buat.

Yang rasa susah sikit tu ialah bila suamiku tiada di rumah untuk membantu. Bertambah sukar bila perginya lebih lama dari kebiasaan. Namun apa boleh buat, dia pergi pun kerana tanggungjawab. Memang dalam tempoh itu, hampir semua perkara aku perlu uruskan sendiri, especially bab anak anak. Anak pula tu masih kecil dan tak berapa faham keadaan ummi. Ada ketika ummi perlu jelaskan, tika diri tak begitu berdaya nak melayan permintaan mereka. Ya, adakala mereka faham, adakala ummi tetap perlu melayan permintaan mereka. 

Sekarang aku dan anak anak berada di kampung. Meski di kampung, kebanyakan hal perlu diuruskan sendiri juga. Tak sampai hati nak susahkan ibu yang telah tua. Itupun tanpa sedar banyak menyusahkan juga.

Hari ini ditakdirkan aku sakit perut. Entah sebab apa. Dari pagi hingga ke malam, masih sama keadaannya. Rasa yang sekejap ok, sekejap memulas. Adakala rasa nak muntah juga. Mungkin angin, mungkin tersalah makan. Buat aku rasa lemah dan rasa nak baring saja. Namun hal keperluan anak anakku perlu aku uruskan juga. Perlu mandikan mereka, masak dan suapkan makan, kemas mana yang tertumpah dan bersepah, dan yang sewaktu dengannya. Alhamdulillah, dalam sedikit kepayahan aku boleh lakukan juga. 

Malam ini anak anak 'dipaksa' tidur lebih awal memandangkan siang tadi langsung tak tidur. Alhamdulilah sudah lena keduanya. Tinggal ummi yang masih sukar nak lelapkan mata. Sakit perut masih mengganggu. Namun dalam keadaan yang masih boleh bertahan. Alhamdulillah baby juga aktif. Saat saat begini, bertambah aktif :) semoga sihat ya sayang :)

Sekadar ujian kecil buatku, setelah terlalu banyak nikmat yang aku kecapi dalam kehidupan seharianku. Juga masa untuk aku bermuhasabah, betapa hidup ini sedikit atau banyak akan teruji. Apa sangatlah ujian buatku ini, berbanding mereka yang lebih besar ujiannya. Bersama sedikit kesakitan ini, ku mohon agar dosaku turut diampuni.

Semoga hari esok akan lebih baik. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk untuk aku menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang isteri dan ibu. Aameen

MENDIDIK BUKAN MENGHERDIK


picture: here


Marah anak biar berpada. Marah jangan sampai mengherdik/menengking/menjerit atau seumpamanya. Marah untuk mendidik, bukan untuk menghukum. Jangan lupa, dalam marah perlu juga perhatikan kata kata yang keluar, kerana setiap kata dan ungkapan akan menjadi sebuah doa.

Pesanan ini tak lain tak bukan, hanya untuk diriku sendiri. Betapa aku sedar aku ibu yang kurang sabar, mudah sentap dan mudah naik angin. Bukan tak tahu, tak baik marah marah. Bukan tak tahu, marah banyak memberi kesan tak baik pada anak, namun tiba saat yang menguji sabar, kemarahan itu tetap mengatasi segala. 

Namun syukur, diri masih mampu menjaga lisan agar tiada ungkapan yang tidak baik keluar dari bibir. Aku sedar di mana tempat seorang ibu. Betapa kata kata ibu menjadi sebuah doa buat anak anak. Baik ungkapan ibu, maka ia menjadi doa yang baik. Begitulah juga sebaliknya. 

Sebagai ibu yang setiap hari dan saban waktu bersama anak anak, hati sering teruji dengan tingkah mereka yang sedang lasak membesar. Makin besar, makin cerdik, makin banyak akal. Kerana masih kecil, masih belum sepenuhnya mengerti baik dan buruk setiap perlakuan mereka. Maka, di saat inilah hati ibu ini sering teruji. Bila anak banyak akal, banyaklah experiment mereka, maka sering pula la ibu kepenatan dalam berhadapan dengan situasi yang bermacam dan yang tak terduga. 

Kadang kadang ibu yang sedang marah dan beremosi, akan mengeluarkan kata kata yang tidak baik pada anak. Anak tak berguna, menyusahkan, gila, tak dengar kata, dan bermacam kata yang tidak sepatutnya. Istighfarlah... Kata kata ibu itu menjadi satu doa. Sedarilah ibu..Jangan mengulangi kata kata yang buruk dan negatif itu lagi. Takut bila memikirkan di masa akan datang apa yang pernah kita lemparkan pada anak itu akhirnya menjadi kenyataan. Na'uzubillah.

Memang sakit hati melihat ibu marah marah anak di khalayak, sakit hati mendengar kata-kata buruk dan sumpah seranah yang keluar dari mulut ibu, sakit hati bila anak yang silapnya sikit saja dihukum dengan hukuman yang tak sepatutnya.

Ya, aku sendiri sering saja marah pada anak. Aku tahu aku silap. Marah itu hadir selalunya atas niat untuk menegur, namun mungkin tersilap cara. Aku juga tak kisah jika ada orang lain 'marah' pada anak anakku, tapi aku dapat membezakan marah yang mendidik/menegur, atau marah kerana  merasakan hak dan privasi mereka terganggu dek anak kecil ini. 

Bagaimana rasa seorang ibu melihat anak anak dimarah orang? Dah tentu rasa kecil hati. Itu anak kita kan. Ibu mana tak sayang anak? Tapi jika itu sebuah teguran baik dan sesuai, takde masalah pun. Memang kita tahu anak kita masih kecil, masih tak matang, masih buat sesuka hati kerana tak tahu baik dan buruk. Maka tak salah jika ada insan lain yang sudi menegur kesalahan anak kita. 

Pada anak anakku, entah berapa kali termarah, ternaik suara semua... Tapi pada anak orang lain aku cuba untuk berlembut dan menegur secara lebih baik demi menjaga hati ibu mereka. Dalam rasa nak marah sekalipun, berdiam diri adalah menjadi pilihanku. Biasalah.. Budak kecil kan??

Jadi kesimpulannya di sini, ibu ibu cubalah banyakkan bersabar dalam berhadapan dengan karenah anak kecil. Biar mencabar, biar dicabar, jagalah agar tiada lisan yang keluar yang akan membuahkan kekesalan di masa yang akan datang.

Pada insan lain, yang mungkin kerap berhadapan dengan anak kecil, anak saudara, anak jiran, atau anak sesiapa saja, fahamilah anak kecil memang banyak ragam dan sering menguji kesabaran orang dewasa. Tanganilah mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang. 

Jika hari ini anda masih tiada anak, ingatlah satu hari akan ada anak juga. Jika baru ada baby, ingatlah satu hari nanti baby tu akan membesar dan ada karenah tersendiri. Jika perangai anak kita tak sama dengan perangai anak dia, ingatlah setiap orang ujiannya berbeza. Maka tak perlulah nak marah marah dan fed up dengan anak orang :) 

Peringatan buat diriku yang bergelar ibu. Semoga lebih sabar berhadapan dengan anak bijak dan solehku, semoga tak memandang rendah pada anak orang lain meski mereka berbeza dengan anak anakku. Mereka semua anak syurga yang  hadir untuk dibentuk, dilayani dan disayangi.

Insya Allah :)
Wednesday 27 July 2016 0 comments By: Naemah

CATATAN KEHAMILAN: DIARI HAMILKU


Setia bersama catatan :) 

Setiap kali disahkan mengandung, maka setiap kali juga aku akan mencatat apa yang berkaitan dengan kehamilanku, hampir setiap hari. 

Sudah 5 kali sah mengandung (termasuk 2 keguguran). Semuanya ada catatan tersendiri. Aku rasakan aku perlu mencatat, dan aku seronok mencatat :)



Kandungan pertama tidak ada apa sangat yang dapat kucatat. Kandungan berakhir di usianya 11 minggu. Begitu juga kandungan ke 4, ia berakhir di usia 7 minggu. Sekadar catatan tarikh upt, dan permasalahan awal hingga terjadinya keguguran. Di ketika itu, catatan dibuat bersama emosi dan kesedihan. Namun ia tetap catatan penting yang akan menjadi rujukan di masa yang akan datang.

Kandungan kedua, ketiga dan kelima (sekarang), ada catatan yang lebih panjang dan rapi. Catatan dari awal kehamilan sehingga kelahiran anak anakku. Tidaklah terlalu detail, cukup key point untuk menyatakan keadaanku sepanjang kehamilan; apa yang aku rasa, apa perubahan pada diri, masalah kesihatan, keputusan check up, dll. 

Penting sangatkah?? Hmm.. Tiada kepentingan pada orang lain, tapi sangat berguna pada diriku sendiri. Penting atas beberapa sebab:

Rujukan masa depan
Apa yang aku catat hari ini, mungkin berguna di masa yang akan datang. Mungkin pada saat kehamilan anak anak yang seterusnya. Aku boleh menilai keadaanku dengan merujuk pada catatan yang lepas. Jadi, jika ada sebarang masalah yang lebih kurang sama dengan yang lepas, aku sendiri boleh agak adakah ia serius atau sebaliknya.

Langkah peringatan buat diri
Selalunya, keputusan pemeriksaan antenal yang kurang baik/ bertulisan merah akan aku catat di bukuku untuk peringatan pada diri. Contohnya hb low, result bsp, discharge, dll. Maka aku tahu masalah aku, dan aku cuba ambil berat dan lakukan usaha sekadar kemampuan. Nak selalu buka buku klinik tu pun susah juga nak faham tulisan dan istilahnya. Lebih baik catat sendiri dengan tulisan dan bahasa yang lebih mudah :)

Sering berhadapan dengan masalah
Pengalaman lepas, especially keguguran membuatkan aku rasa aku perlu lebih berhati hati dan selalu memerhati keadaanku. Jika ada sedikit masalah, atau yang kemungkinan sama dengan yang lepas, menjadikan aku lebih tenang dan tidak panik. Contohnya bleeding, boleh jadi ia ancaman keguguran,boleh jadi bleeding normal. Begitu juga dengan masalah kencing manis yang aku hadapi setiap kali mengandung. Dengan catatan, aku akan lebih berjaga jaga.

Catatan sebagai teman 
Setiap kali check up, suami tak dapat untuk menemani. Apatah lagi ada anak anak lain yang perlu dijaga. Maka keadaan kita, masalah kita, kerisauan kita, hanya kita yang tahu. Suami tak rasa, suami sukar untuk faham keadaan kita. Kita boleh cerita, tapi adakala cerita tu tak sampai :) maka catatan boleh menjadi tempat meluah sedikit rasa, meski tak mampu nak luahkan segalanya juga. Sekurangnya, bila menulis hati akan lebih lapang.

Kerana memang suka menulis
Yang ini memang kesukaan azali. Kerana memang suka menulis, dan mendapat kepuasan dengan menulis. Maka, yang punya kesukaan sepertiku ini, mencatat pasti menjadi rutin di saat bahagia mengandungkan si kecil ini :)

 Itu sajalah alasan yang mampu aku berikan dan senaraikan di entri catatan kehamilan ini. Aku tak pasti orang lain bagaimana, namun aku bahagia dan akan setia mencatat pada setiap kehamilanku. 

Pada anak anak ummi, catatan itu membuktikan ummi bahagia mengandungkan kalian, catatan itu membuktikan ummi sangat menanti kehadiran kalian. Catatan ini membuktikan ummi ambil berat akan kandungan ummi dan mengharapkan anak anak ummi sihat dan selamat dilahirkan.

Sekian catatan hari ini :)




DIARI ANAKKU: 270716

Hari ini hari ke-4 tanpa abi di sisi. Semalam seharian Anas dan Mussaab menemani ummi check up baby di klinik desa dan klinik kesihatan. Penat bermain dan bebas berlari, malam tadi tidur lebih awal dari biasa.

Anas bangun jam 8.30 pagi, mandi dan berpakaian. Kemudian Mussaab pula bangun, mandi dan menyertai Anas yang dari tadi minta nak menonton video Tayo. Ummi ajak makan dulu pun tak nak. Ummi buka video Tayo untuk Anas dan Mussaab tonton bersama. Semalam Anas dan Mussaab tak menonton video, jadi hari ini ummi penuhi permintaan Anas walaupun masih pagi.

Ummi suapkan Anas dan Mussaab makan bihun goreng, sambil Anas dan Mussaab menonton. Tadi tak nak makan, dah suap, banyak pula makannya. Lepas suap makan ummi sapu sampah dan kemas ruang tamu dan bilik. Anas dan Mussaab masih di depan laptop. 

Jam 9.30 pagi, ummi duduk di sofa untuk buat kerja ummi mencatat di buku ummi. Bawa bersama buku Anas dan Mussaab. Anas menutup video, dan keduanya datang mendekati ummi. Mussaab minta pen ummi untuk menulis. Anas juga mencari kertas dan pen untuk menulis dan melukis. Anas memang suka menulis sekarang. Buku buku dah banyak dipenuhi tulisan Anas. Tulisan surah juga berjaya ditiru Anas dengan baik. Cantik juga tulisan arabic Anas :)






Ummi siapkan catatan ummi. Mussaab mencapai ipad yang ada di sofa. Ummi biarkan juga, memandangkan dah 2 hari Mussaab 'lupakan' ipad. Anas masih dengan pen dan buku. Ummi mengambil hand bag, teringat nak mengira duit raya Anas dan Mussaab yang dah lama tersimpan di dalam hand bag ummi . Anas dan Mussaab juga tertarik untuk sertai ummi. Tertangguh sekejap urusan ummi bila masing masing dah berminat dan mengambil duit yang ummi dah susun. Ummi biarkan saja, sehingga masing masing puas dan menyerahkan semula duit pada ummi. Anas dan Mussaab sambung buat hal masing masing sambil diperdengarkan surah juzuk amma yang dah banyak hari ummi tak pasangkan.

Jam 10.30 pagi, Anas masuk ke kedai mek dan bermain basikal. Kemudian ambil kek apollo dan makan. Lepas tu keluar dan minta nak makan nuget pula. Ummi minta stop makan dulu. Masing masing sambung main dan buat hal sendiri. Ada juga part mengusik, pukul memukul dan menangis. Ummi cuba tahan dan leraikan. Anas minta hp ummi. Sekarang suka tengok application weather forecast yang ada dalam hp ummi. Lepas tu tengok video video lama.



Jam 11.15, ummi masuk ke dapur untuk perap ayam dan goreng nuget. Ummi suapkan bihun goreng sekali lagi, sambil makan nuget. Cik juga datang sekejap ke rumah mek. Kemudian balik semula, tak boleh nak layan sangat Anas dan Mussaab. Anas dan Mussaab ke ruang tamu, minta ummi ambilkan mainan yang ummi dah kemas dan simpan. Ummi minta Anas janji untuk kemas balik lepas main. Anas iyakan..

Jam 12, masih bermain dengan permainan blok dan kereta. Anas dah bosan bermain, mengacau Mussaab yang sedang menyusun kereta. Bising lagi dengan tangisan Mussaab. Tadi dah kena marah dengan ummi sebab main tekan tekan laptop. Bila kena marah, Anas makin buat perangai. Ummi tarik dan peluk Anas. Ummi nasihat baik baik, baru Anas berhenti mengusik Mussaab. Haish.. Ummi memang tak mampu kawal emosi marah lagi. Padahal ummi tahu reaksi Anas lebih teruk lepas kena marah. Maafkan ummi..

Anas minta hp ummi lagi. Ummi berikan pada Anas. Anas asyik menonton video di dalam hp dan melihat weather seperti biasa. Entah apa yang Anas faham. Ummi cuba jelaskan jadual tu untuk apa, mungkin Anas faham, mungkin kurang faham lagi :) tak mengapalah. Ummi faham benar minat Anas. Anas akan belajar lebih lagi. 

12.40, ummi rasa lapar. Ummi masuk ke dapur dan makan nasi. Mussaab juga sesekali masuk minta suapkan nasi dan menghilang keluar. Anas masih kenyang, katanya. Masih memegang hp ummi hingga ummi selesai makan. Ummi ambil buku 'saya sayang bahasa arab' untuk ajar Mussaab. Mussaab tak beri tumpuan, akhirnya buku berpindah ke tangan Anas yang memang sukakan buku itu sejak dulu lagi. Anas membaca dan menulis. Baca kuat kuat, namun Mussaab tak tertarik juga. Mussaab main kereta lagi, lepas tu kacau Anas yang tekun membaca. Anas pun dah penat membaca, kini bermain dan bergurau dengan Mussaab pula. Anas sporting hari ni jadi tiger untuk Mussaab.




Masuk waktu zohor, ummi solat. Anas dan Mussaab kemas mainan yang bersepah di lantai. Kemudian Anas main basikal dan melukis jalan dan kereta di kertas. Mussaab masih mengemas mainan. Kemudian Mussaab masuk ke bilik melihat lukisan Anas. 

Ummi ajak Anas dan Mussaab tidur, tapi keduanya tak nak tidur. Anas ke dapur nak minum air, Mussaab juga ikut. Lepas tu minta nak makan roti. Ummi dah tak larat nak bangun. Anas ambil roti dan sapu butter dan nutella sendiri. Lepas tu tengok mek buat kerja di luar rumah, sambil main. Ummi suruh masuk tidur, masih tak mahu.

Ummi terlelap sekejap. Bangun jam 3 petang, ke dapur mencari Anas dan Mussaab. Rupanya tengah tengok mek kopek ubi kayu. Bukan saja tengok, basah kuyup bermain air basuhan ubi. Ummi suruh Anas dan Mussaab mandi. Anas dan Mussaab terus ke bilik air. Anas mandikan Mussaab. Ummi tak larat, mujurlah Anas boleh mandikan Mussaab. Lepas tu keluar dan pakai seluar. 

Jam 3.30, Mussaab dah mula mengantuk dan berbaring di sebelah ummi. Akhirnya tertidur juga. Tinggal Anas masih aktif dan tak mahu tidur. Ummi yang masih mengantuk, juga lena bersama Mussaab. Anas sendirian membuat hal sendiri. 

Jam 4 lebih, Anas kejutkan ummi untuk beritahu hujan turun. Ummi cuba bangun, dah hampir masuk waktu Asar. Selepas solat ummi ke dapur mencari Anas. Tengah makan roti nutella lagi. Dah pandai buat sendiri. Ummi rasa lemah badan. Tekak juga rasa tak sedap, batuk saja dua tiga hari ni. Risau juga, dalam keadaan mengandung begini. Ummi makin rasa berat nak bergerak, menukar posisi tidur, dan untuk solat. Namun ummi cuba gagahkan diri juga.

Mussaab masih lena. Ummi goreng pisang untuk Anas. Kak Zana datang selepas balik dari kelas iqra. Anas main dengan kak Zana. Kemudian abang Faiz datang bawa ubat ummi dan sedikit makanan. Anas makan di luar bersama abang Faiz dan kak Zana. Lepas tu mereka balik, tinggal Anas seorang lagi. Mussaab masih belum bangun.

Jam 6 petang, ummi suapkan Anas makan nasi. Makan lagi dengan berselera. P. Long pula datang, ajak Anas ke rumahnya malam ni. Lepas p. Long balik, Mussaab bangun dari tidur. Sudah pukul 6.30. Bangun menangis sekejap, lepas tu ok. Cik pula datang rumah mek. 

Terima whatsapp dari abi yang berada di atas bot menuju ke Bintulu. Seharian tak dengar berita abi. Alhamdulillah selesai tugas abi, dan abi akan balik ke hotel sementara menunggu tugas berikutnya.

6.45 petang, Anas dan Mussaab mandi dan bersiap untuk ke rumah p. Long. Hampir masuk waktu Maghrib p. Long datang jemput untuk ke rumahnya. 

Ummi dan Mek solat maghrib dan isyak di rumah p. Long. Anas dan Mussaab bermain dengan abang Faris dan Kak Zana. 




Selesai solat, abang Loh hantar balik ke rumah mek. Anas dan Mussaab bersiap untuk tidur. Anas yang langsung tak tidur siang tadi, terlebih dahulu lena jam 10.30 malam. Kemudian Mussaab juga terlena.

Alhamdulillah. Anak anak ummi sedang lena tidur. Semoga mimpi yang baik dan indah. Semoga hari esok akan lebih baik untuk Anas dan Mussaab. Tak lupa pada abi yang jauh. Semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Love u all...'


Tuesday 26 July 2016 0 comments By: Naemah

KISAH TEGURAN DAN INSPIRASI

Semalam menangis dan terasa sendu sendiri memikirkan kegagalan diri menjadi ibu yang baik dan terbaik buat anak anak. Ya, setiap masa melakukakan kesilapan demi kesilapan. Sering menyimpan tekad dan hasrat untuk menjadi ibu yang lebih baik buat mereka, namun sering pula mengulangi kesilapan yang sama :'(

Kisah teguran dan inspirasi ini aku ambil dari fb puan Mona din (fb: Mona Din). Saat membacanya, zapp sampai ke lubuk hati yang dalam, kerana ketika itu sedang mencari arah dan petunjuk untuk memperbaiki kekurangan diri. 

Semoga tulisan ini memberi inspirasi kepada kita semua :)




imej dr fb pn Mona

❤️
 Mendidik Anak Cara Saya & Mr Hubby
❤️
Semalam masa adinda Catur SetioWargo & Sinta Setiowargo dtg beraya, mereka bkali2 btanya tips & minta saya share mcmna cara kami mdidik anak2..

Rasanya ini adalah antara soalan2 yg sgt sering saya di tanya, oleh sanak saudara, guru2, jiran2, juga sahabat2, sedari dulu lagi, sehingga-lah sekarang.

Ramai yg kenal keluarga saya, smenjak anak2 saya masih kecil lagi, akn kata anak2 saya sgt behave, sgt mdengar kata, tidak byk kerenah, sgt sopan, sangat bbudi bahasa, tidak nakal, mpunyai sifat pemalu, pandai mhormati insan2 lain sewajarnya, pandai bsahabat dan sgt rapat antara mereka adik beradik...

Dan saya sgt sedar, betul, itulah sifat ke semua anak2 saya, yg saya anggap anugerah Allah yg terbaik dlm hidup saya, setakat ini....Alhamdulillah.

Dan syukur juga, sepanjang masa saya besarkn anak2 saya seramai 6 orang itu, saya rasa macam tidak pernah ada antara anak2 saya akn panjat memanjat di rumah orang, akan menjerit2 di depan orang, akan mnangis mminta itu ini bguling2 masa bshopping, atau blari sana sini di mana saja mcm x terkawal..

Semua anak2 saya akn duduk baik2 masa di restoren, akan sgt behave di rumah orang, akn dgr kata klu mr hubby kata no, cannot buy that, akn btukar ke baju tidur sebaik masuk magrib tanpa perlu di suruh dan akn tidur pd waktunya mlm2 tanpa perlu di jerit...

Dan masa di sekolah, hampir semua guru2 sukakn anak2 saya, wlu bukn ke semua mereka bijak di segi academic..

Until now bila sesekali bjumpa bekas guru2 mereka, cikgu2 akn btanya khabar anak2 saya dgn penuh excited, sambil bkirim salam, dan di mata mereka, jelas tserlah mereka masih care, kasih & adore anak2 saya..

Alhamdulillah💕.

Dan sehingga kini, wlu jelas saya telah berjaya mlepasi masa mbesarkn anak2 di zaman kecil mereka dgn cukup excellent, tapi saya masih ragu2 unt bcerita secara tbuka cara saya mbesarkn mereka...

Saya masih sgt takut, krn jalan masih bliku, dan saya tidak tahu apakah ksempurnaan hidup semalam, akan bterusan selamanya...

Saya juga sebenarnya ada sedikit ralat, kerana di sebalik yg cantik & perfect itu, anak2 saya sebenarnya masih kkurangan satu perkara. Dan perkara tsebut adalah perkara yg sgt2 penting untuk mereka....

Saya masih tidak bjaya mdekatkn hati & jiwa anak2 dgn ugama 
😢😢😭😭
Itu kekesalan tbesar saya...itu juga ksilapan tbesar saya & mr hubby...

Semuanya hanya kerana satu perkara : saya & mr hubby lambat di beri hidayah oleh Allah SWT.. Cahaya iman & islam hanya hadir di jiwa & hidup kami bdua di lewat usia senja, kala semua anak2 telahpun besar.... Kami tidak sempat menanam iman & amal yg kuat semasa anak2 masih rebung.. Alangkah sedihnya.. Jika tidak, pasti saya ingin sekali mjadi motivator keluarga, mbantu ibubapa mbesarkn anak2 dgn baik, dunia & jga akhirat..
😭😭😭

-------////------


✏️✏️Masa mula2 kahwin, sebab saya & mr hubby hanya mampu menyewa bilik sahaja selama setahun, tidak ada ruang tamu unt melepak, mahupun dapur unt mmasak, yg ada hanya sebiji katil tempat makan tidur mnonton tv segala, dan kerana kereta hatta motor pun tidak ada, maka kbykn masa di awal2 pkahwinan, kami habiskn di atas katil, dgn bbual2 dan merancang masa depan..

Dan topik yg hari2 kami bualkn, ialah how to build the life together....
Saya akn bkongsi seluruh kisah hidup saya, the bads & the goods...
Dan dia juga bkongsi segala2 ttg hidupnya, the bads & the goods..

Dan kami sering bbincg ttg perkara2 cara kami di besarkn, yg we wish it could happen in another ways...
So dr kisah2 hidup kami bdua, kami putuskn the do & dont, kami decide bsama cara kami mahu hidup bdua, cara kami mahu hidup bkeluarga, cara kami mahu hidup bkerjaya dan cara kami mahu mbina keluarga bahagia...

Saya ingat antara janji yg saya buat ;
> saya mahu mjadi isteri terbaik unt dia. Saya bjanji pd setiap masa, akan mmasak dan mjaga rumah dgn kemas & bersih, akn mjaga diri saya supaya selalu proper dan tidak gemuk agar cantik di matanya, hormat kpdnya, patuh akn kata2nya, mmuliakn dia, akur dia adalah khalifah keluarga yg mtadbir segala pkara dlm keluarga terutama kewangan, dan mrestui decision dia dlm semua hal2 keluarga ; selagi mana dia btanggungjawab, bsifat ihsan, jujur dan juga treat saya & anak2 selayaknya..


Saya juga ingat janji2 dia :
> akan jadi suami & bapa yg btanggungjawab, akn bantu saya dlm semua pkara kerja2 rumah & mbesarkn anak2, akan ada di sisi saya & keluarga setiap masa, tidak akn merokok, minum alkohol atau bjudi, tidak akn mbuang masa dgn kegiatan pribadi tanpa kehadiran anak isteri spt lepak2 dgn kawan2 di kedai kopi/keluar mmancing/main golf, tidak mahu curang, akn sentiasa jujur dlm segala hal, juga akn berfizikal proper, tidak gemuk dan tidak buncit agar tidak sakit mata saya mmandangnya😀😀
> dia juga mlakar janji unt mjadi suami & bapa yg lembut, calm, btoleransi, tidak garang, tidak ganas dan sentiasa boleh di bawa berunding..😀😀


Dan kami juga sama2 bjanji, mahu mbesarkn zuriat dgn penuh kasih-sayang.. tidak ada bebel-membebel, tengking2, marah2, jerit2, pukul2 mahupun denda2....

Dan saya kira, akur yg terakhir itu, itulah yg mbawa kpd sikap anak2 saya sehingga hari ini...

Dan saya rasa sgt amazing, akur-janji itu juga bjaya saya pegang sbg ibu terbaik dlm keluarga.

Mcm tak percaya, saya yg sgt garang, sgt cerewet, sgt outspoken, sgt demanding, sgt perfectionist semasa di luar rumah dan dlm soal kerja, mampu btukar mjadi ibu yg baik, lembut, penyayang dan behave semasa di rumah
😂😂
..


Dan segala2 nya saya rasa bmula dgn akur-janji itu, janji keramat kami bdua...

Dan mr hubby juga sama. Tidak pernah mninggi suaranya... tidak pernah dia mahu marah2. Tidak ada jerit2 & tengking2..dan bila seorang bapa penuh gentleman, anak2 rasa sgt selesa unt berada di rumah..

Dan mungkin krn harmoni itu, anak2 sgt rapat dgn kami org tua mereka...
Dan mungkin kerana keadaan rumah yg tenang, mbentuk pribadi anak2, mereka sgt mdengar kata...

Saya perhatikn anak2 selalu look forward nak berada di rumah, nak lepak2 se isi keluarga, nak bgurau senda, nak share mcm2 cerita, dan nak gelak riuh rendah bsama...

Dan masa mereka kecil2 dulu, klu saya sebut nak hntr mereka pergi asrama, ( sbb saya kan dr boarding school).., is a nightmare for them, mereka akn nangis bhari2...dan akhirnya abah mereka pun akn nangis sama😅😅..

Dan dari situ saya tahu, unt anak2 saya, rumah adalah syurga mereka...

Namun, cara blembut dgn anak2 pun sbenarnya tidak mudah...ini kerana sifat semulajadi kanak2, mereka tetap lasak dan tidak tahu mana yg betul mana yg salah....

Dan pdekatan yg kami ambil, tetap dlm lembut, tetapi bcerita mnasihat baik2 tanpa henti...

Saya sgt ingat, setiap kali kami bawa anak2 keluar ke mana2, ke shopping mall mahupun ke rumah sesiapa, akan ada sessi briefing di dlm kereta, sekurang2 tiga kali
😂😂
.


Sebaik tutup pintu kereta, saya akn pusing kebelakang, mngadap anak2, dan ckp, boleh ke mama minta anak2 jgn nakal2, jgn lari sana sini, jgn jerit nak itu ini...

Saya ckp :
> klu anak2 x dgr ckp, nanti mama abah akn sedih, mungkin akn marah, nanti klu mama abah kena jerit2, lama2 mama abah akn sakit, mungkin cepat kena heart attack..


> klu anak2 lari sana lari sini, org akn kata, mama abah tak tahu ajar anak2, dan mereka mungkin tak mahu bkawan dgn abah mama, dan abah mama akn malu, anak2 suka tak pkara mcm tu....


> tapi klu anak2 jln baik2, behave, senyum dgn semua org, semua org akn suka, mereka akn senyum kat kamu semua, mereka akn ckp benda baik2, dan itu semua itu akn jadi doa, dan org akn syg anak2..suka tak? 


> lagi pun klu anak2 x behave, jika sampai mganggu org lain, akan jadi dosa, dan nanti susah nak masuk syurga...


Dan saya juga akn buka wallet saya & mr hubby, tunjukkn kat dia org, mama abah cuma ada duit byk ni saja, cukup unt kita mkn kfc dan beli ice cream je... tak cukup duit blh beli mainan, so blh tak anak2 jgn nangis minta mainan?...

Dan dari dlm kereta, anak2 dah faham, dah angguk, dah janji...

Dan bila turun kereta, mama tanya lagi, anak2 faham & ingat tak apa yg mama kata dlm kereta tadi...

Dan anak2 akan jwb sambil senyum faham mama, ingat mama...
Dan saya akn peluk cium mereka sorang2...
Dan bila beli kfc, mr hubby akn serahkn duit pd mereka, mereka yg akn byr....dan mereka akn sama2 bilang wang balance, ada rm20 lagi abah, cukup ke kita beli ice cream sorang satu...

Dan kami akn masuk supermarket, pergi peti ice cream, dan semua pilih ice cream masing2, dan anak2 akn check serta kira jumlah harga.. klu duit x cukup, mereka akn tukar kpd ice cream lain yg lebih murah... mereka buat semua tu sendiri... saya & mr hubby hanya mmerhati...

Dan begitulah, itu cara kami ajar anak2. Kami ajar mereka MEMAHAMI keadaan. Kami bukan ajar mereka mengikuti arahan...

Dan begitu juga, apabila nak mbeli mainan & baju2 unt mereka, setiap mereka di beri budget masing2, pergilah, pilih sendiri, dan bayarlah dgn wang terhad yg tlh di beri, mama abah tak masuk campur..

Dan itu berlaku sehingga sekarang, sehingga anak2 dah besar. Mereka di beri elaun bulanan masing2, dan sgt jarang mereka mminta lebih dr yg di beri....

Maka begitulah, sedari kecil, kami tidak mnyekat kehendak mereka, sbaliknya cuba mberi segala yg di minta, tapi dgn kemampuan & peraturan yg kami ada...

Dan Alhamdulillah, apabila hidup mereka di dedahkn dgn pkongsian sebuah kehidupan, the real life of a family, mereka membesar mjadi anak2 yg sgt mmahami....

Kerana itu anak2 saya tidak takut mminta, kerana mereka tahu mereka tidak akan di marahi, dan mereka tahu jika ia logik abah mama akn beri, namun jika sebaliknya mereka akn di bawa bbincg alternatif lain yg mungkin lebih baik...

Jika di masa mdaki umur dewasa mereka, ada antara anak2 mlakukh kkhilafan, saya & mr hubby tidak akan sesekali mmarahi mereka atau mburuk2kn mereka di hadapan anak2 yg lain. 
Sebaliknya saya atau mr hubby akn bawa mereka keluar, bdua sahaja, bckp heart to heart talk, dan selalunya, ia berakhir dgn tangis sendu ke dua2 pihak, dan semuanya akn kembali spt biasa, tanpa sesiapa ahli keluarga mnyedari masalah yg ada..


Dan seringkali, tugas bckp dan mnasihati anak2 mr hubby yg buat. Kala dia bckp, atau ber whatsap dgn mereka, saya pun tak boleh tahu apa yg dibualkn, dan tak boleh baca wa mereka, kerana mr hubby sgt teguh mjaga aib anak2, serta amanah yg di pikulnya..

Dan saya sendiri, tidak pernah mahu mmaksa mminta mbaca, kerana saya sendiri mahu mhormati peraturan bkeluarga...

Dan itulah caranya kami mbesarkn anak2..dgn berlembut dan mhormati hak2 mereka, tetapi tetap tegas dgn penuh toleransi..

Sesuatu yg saya sedar, harmoni, kelembutan & kasihsyg sebegitu bterusan mrapatkn kami seisi keluarga..

Cuma kini, saya dan mr hubby sedang berusaha, juga dlm lembut, harmoni & penuh kasih syg, unt mbawa anak2 ke jln agama...

Dan tetap seperti masa2 sebelumnya, kami tidak pernah mmaksa, tidak pernah bleter2, tengking2, mahupun marah2 unt mniupkn iman & islam ke dada mereka...

Kami mmilih untuk mjadikn kami bdua contoh, agar mereka dpt mlihat yg baik2 dr kedua abah mama mereka..

Harapnya di suatu hari nanti, pabila mereka mahu mmilih jalan hidup sendiri, semoga khidupan abah mama menjadi ikutan...
Wallahualam.