Menu untuk lunch semalam. Ikan Tenggiri Bakar bersama air Asam, Sayur bayam Goreng dan Sotong Kunyit Berkuah Kicap. Alhamdulillah menyelerakan..
Ini resepinya:
1. Ikan tenggiri Bakar
Ikan tenggiri -gaulkan bersama serbuk kunyit,bawang Kisar dan sedikit garam
-Bakar Ikan sehingga masak
2. Air Asam
Bahan: segenggam cili
Sedikit belacan-dibakar
Seulas bawang putih-dibakar
1biji bawang merah-dibakar
Setengah biji tomato -dibakar
Gula dan garam
Air Asam jawa
Cara: tumbuk cili bersama belacan dan bawang putih sehingga hancur, masukkan air Asam jawa, Gula dan garam. Masukkan bawang merah dan tomato yang telah dibakar dan dihiris. Sesuaikan rasa.
3. Bayam Goreng
Bahan: seikat bayam hijau
Bawang merah dan bawang putih-mayang halus
Sedikit ikan bilis/kiub pati ikan bilis
Sedikit air
Sedikit gula dan garam
Sedikit sos tiram
Cara: tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.masukkan sedikit sos tiram dan sedikit air.masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar, atau sedikit kiub ikan bilis, masukkan Gula dan garam dan akhir sekali masukkan bayam. Goreng seketika hingga sedikit layu. Siap..
4. Sotong Kunyit Berkuah Kicap
Bahan: sotong-dipotong bulat dan digaul bersama garam Dan Kunyit
Bawang merah-potong nipis
Bawang putih-potong nipis
Bawang besar-potong nipis
Cili padi -ketuk
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit air
Serbuk lada hitam/putih
Sedikit kiub ayam
Gula
Garam
Cara: panaskan Minyak, Goreng Sotong seketika. Kemudian masukkan bawang yang telah dipotong dan cili padi. Goreng sehingga layu. Masukkan sos tiram dan Kicap.kacau sebentar. Masukkan pula sedikit air untuk dijadikan kuah.biarkan mendidih. Masukkan Serbuk lada hitam/putih, kiub ayam,dan perasakan dengan gula dan garam. Siap sudah...
0 comments:
Post a Comment