Menu simple hari ini bersama anak anak. Alhamdulillah mereka makan dengan berselera :) saya kongsikan resepinya di sini ..
Ayam Bakar Simple
bahan: Ayam, diperap dengan sedikit serbuk kunyit, sedikit garam, sedikit madu, sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah. perap satu jam atau lebih
cara: Bakar ayam di dalam oven atau kuali ajaib, bersama sedikit butter/ marjerin. bakar sehingga ayam masak.
Kailan Goreng Sos Tiram
bahan:
kailan
bawang merah-tumbuk
bawang putih- tumbuk
cili padi- tumbuk
sos tiram
sedikit air
gula dan garam secukupnya
cara:
tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi. kemudian masukkan sos tiram, kacau seketika. masukkan sedikit air, gula dan garam secukupnya. akhir sekali masukkan kailan. kacau sebentar dan siap.
0 comments:
Post a Comment