Antara perkara yang menjadi minat Anas zaydan ialah permainan kereta dan kenderaan lain termasuk train, truck, cars transporter, racing car, dll. Dia menghafal nama setiap jenis kenderaan dan akan memerhatikan kenderaan di jalan ketika berada di atas kereta. Malah, cuba menghafal juga setiap tanda di jalan seperti 'stop', 'parking', 'turn left/right', traffic light' dan banyak lagi.
Kerana minat ini juga, dia sering berimaginasi dengan kenderaan mainannya yang banyak di rumah. Berimaginasi seakan kereta dan kenderaan tersebut berada di jalanan seperti yang dilihatnya di alam nyata. Dia suka menyusun kereta, mengikut imaginasinya dan mengikut apa yang dia perhatikan di luar. Adakalanya rasa kelakar tengok apa yang dia hasilkan, tapi jika bertanya dia pasti akan memberi jawapan yang kita sendiri sukar nak jangka :) kita akan rasa impressive dan kagum dengan pemikiran seorang anak kecil. Jadi mengapa tidak, kita raikan dan biarkan mereka terus berimaginasi.
Antara cara untuk meraikan minat Anas ialah dengan membeli permainan kenderaan untuknya. Tak kira mahal atau murah semua yang dibeli pasti akan disukainya. Selain itu, kami juga cuba membuat car track untuknya agar dia seronok bermain dan terus kreatif berimaginasi.
Pernah juga belikan dia set kenderaan yang lengkap dengan car track, belikan juga set railway, dan ternyata dia sangat suka dan leka bermain. Tetapi biasalah budak budak, ada yang akhirnya rosak, ada juga yang hilang dan tak lengkap.
Selain beli, kami juga cuba buat sendiri car track untuk Anas. Buat yang biasa biasa je. Tak cantik pun, dia tetap suka. Maklumlah ummi tak kreatif, abi pula bukan selalu ada kat rumah. Namun apa yang ummi dan abi hasilkan, tetap memberikan kegembiraan pada si anak :)
kuncinya di sini, raikan minat si anak dan biarkan dia terus berimaginasi. Bukan sekadar biarkan, banyakkan bertanya dan memberi respon juga :) Pertama, kita telah menggembirakan hati anak syurga ini. Kedua, kita membantu dia menjadi lebih kreatif dalam berfikir. Mana tahu, dari minat ini juga dia akan menjadi seorang yang 'ahli' dalam bidang yang diminatinya ini suatu hari nanti...INSYA ALLAH :)
Anas dan dunia imaginasinya :)
0 comments:
Post a Comment