ANAS: UPDATE HAFAZAN-2

Sudah lama tak update tentang hafazan Anas. Kini dah masuk bulan September, bulan ke-7 hafazan Anas berjalan (bermula Mac). Alhamdulillah ummi dan Anas tidak give up dan masih meneruskan hafazan hingga ke hari ini.

update hafazan sebelum ini: KLIK SINI

September ini Anas genap berusia 3tahun 8bulan. Hafazan juzuk Amma hari ini 03/09/15 sudah sampai ke surah al Balad (26 surah semuanya), dan sedang memulakan hafazan surah al-Fajr. ALHAMDULILLAH

Untuk surah-surah pendek yang sebelum ini, agak mudah dan tiada masalah untuk menghafalnya, mengikut cara hafazan yang telah dihuraikan sebelum ini. boleh lihat sini:teknik hafazan Anas

Tapi bila dah masuk surah yang lebih panjang seperti Al-Bayyinah, Al-Lail, Al-Balad, ada sedikit adjustment yang perlu dilakukan. 

sedikit perbezaan pendekatan dalam memastikan hafazan tetap terus berjalan:

bila surah lebih panjang, lebih masa diperlukan untuk menghafaz satu surah (sebelum ini 6-7 hari). Sudah 3 kali jadual hafazan diubah untuk memastikan target dicapai, meskipun ada perubahan pada jangkaan target tersebut.

kerana makin meningkat usia, makin banyak pula mainnya, menjadi sedikit sukar untuk mencari masa dan memujuknya membaca. lebih lebih lagi surah lebih panjang, maka perlu bijaksana dalam memujuknya agar dia tak rasa terpaksa dan bosan. 

jika sebelum ini ipad sering digunakan untuk memperdengarkan bacaan surah, kini agak mencabar sedikit sejak Mussaab dah pandai menggunakan ipad. perlu cari masa sesuai, ketika mana ipad tidak di tangan Mussaab. Biasanya waktu nak tidurkan keduanya, masa tulah paling baik untuk memperdengarkan surah. di samping itu download juga setiap surah dari youtube untuk dipasang ketika ipad dalam genggaman Mussaab :)

kerana surah pun dah panjang panjang, whiteboard tak lagi digunakan untuk menulis surah yang sedang dihafal. alternatifnya, aku printkan 
surah yang sedang dihafaz di atas helaian kertas  . naik kereta bawa bersama, nak baca senang, sambil hafal sambil lihat di kertas. 

di samping itu, setiap hari akan diperdengarkan juzuk amma keseluruhannya, dalam 1-2 sessi untuk membiasakan Anas dengan semua surah, dan Insya Allah akan lebih mudah untuk diingat. (bacaan qari sheikh Mishary al-afasy)

masih menggunakan Anas's tree dan star sebagai reward untuk setiap pencapaiannya. Alhamdulillah dah kumpul 26 fruits and 26 stars, mewakili 26 surah completed. namun surah surah lepas perlu ditasmikkan semula untuk mengelakkan tertukar dan terlupa. tengah fikirkan cara dan mencari masa yang sesuai untuk tasmik semua surah. insya Allah..





Alhamdulillah atas pencapaian Anas. Namun bukan nak berbangga atau merasakan sudah cukup.. kerana hafazan ini takkan berhenti di sini saja. perlu diteruskan hafazan, dan yang penting bukan semata mata hafazan. Banyak perkara yang anak anakku perlu kutip dari Al Quran, sebagai panduan dan penyuluh hidup. Ummi dan abi akan sedia membantu dan menunjukkan jalan, insya Allah...

hakikatnya dari hafazan si anak ini, ummi dan abi turut terdorong untuk melakukan hal yang sama untuk diri kami. jadi, bukan sekadar melatih anak menghafaz, tapi berlumba lumba dengan anak untuk menghafaz dan memahami ayat ayat Allah..

insya Allah

0 comments:

Post a Comment