update terkini Anas dan Mussaab sehingga 31 July 2015
last update:
Anas Zaydan b. Mohd Suzainizam
3 tahun 6 bulan
Arabic: Masih meminati bahasa arab dan berjaya menambahkan vocab bahasa arab.
Iqra': masih meneruskan bacaan iqra' 4, setelah 2 minggu bercuti di kampung. 2 minggu di kampung, 2 minggu juga tak belek iqra' :) insyaAllah sedang meneruskan bacaan. bacaan baik, meskipun tidak begitu lancar. sedang membiasakan diri membaca huruf bersambung.
Reading and writing: dah lama juga tidak praktis menulis dan membaca. mengenal pada huruf yang sering dilihat. improve dalam bab mewarna :)
Hafazan: Berjaya menghafaz 24 surah (Al fatihah-al Layl). sudah sampai ke surah yang panjang, bermula al Layl. mengambil masa yang lebih lama untuk menghafal, dan bacaan masih perlu diperbetulkan kerana sering tertukar ayat. kini dalam cubaan menghafaz surah as Syams. insya Allah Anas boleh!!
Abdullah Mussaab b. Mohd Suzainizam
1 tahun 6 bulan
Secara ringkas, Mussaab juga ada improvement dari hari ke hari. Hampir mengenal kesemua huruf hijaiyyah termasuk huruf yang sukar sebutannya seperti shod, ghain dan kha'. Mengenal kebanyakan alphabets dan numbers juga.
pertambahan vocabs dalam percakapan seharian, dan mengenal lebih banyak benda, warna, bentuk, binatang dll.. Alhamdulillah :)
video mussaab yang cute :)
0 comments:
Post a Comment