Nugget Ayam Versi Jejari

Semalam Anas mengadu lapar selepas selesai solat isyak. Petang tadi dah makan nasi. Malamnya masih lapar dan minta nak makan. Minta roti, roti tiada. Apapun tiada, kerana memang tengah nak habiskan stok makanan dalam peti ais sebelum balik ke kampung. Abinya pula tiada, nak ke kedai pun tak boleh. Last sekali goreng nasi simple2 je. Berselera pulak makan 2 beradik tu :D

Kerana abi masih belum balik, takut anak anak mengadu lapar lagi pada waktu malam (waktu ummi nak berehat), hari ni ummi usaha buatkan stok jejari ayam (resepi asalnya: CHICKEN NUGGET) Tapi bahan tak mencukupi, guna bahan yang ada saja. Senang dan simple sangat. Bentukkan memanjang, golek-golek, jadilah ia jejari ayam :)

Siap buat terus goreng untuk anak anak rasa. Licin... Oklah, walaupun bukan sedap sangat pun. Yang penting anak anak suka. 


Ini resepi ringkasnya,

Bahan bahannya: 
3 keping dada ayam saiz kecil- cincang halus, blend dengan sedikit air
Cheese mozarella- potong kecil, blend sekali dengan ayam
Garam secukupnya
Sedikit kiub ayam/ rencah ayam
Sedikit tepung ubi- tak nak bagi lembik sangat adunan
Breadcrumb

Cara-cara:
Campur semua bahan dalam bekas, kacau sebati
Perap seketika-lebih kurang setengah jam
Bentukkan ikut suka
Gelek di atas bread crumb
Sedia untuk digoreng atau disejukbekukan.










0 comments:

Post a Comment