picture: here |
Akhlak menjadi pelajaran teras dalam pendidikan anak anak. Pun begitu, ramai yangmemandang remeh dalam pembentukan akhlak anak anak. masing masing hanya sibuk mengajar anak anak untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran mereka, cemerlang mendapat A dan gred terbaik. Sudahnya, anak anak berjaya mendapat kecemerlangan dalam akademik mereka, mendapat pekerjaan yang hebat, tapi bab akhlak, fail!!
Sebagai orang Islam, kita wajib menerapkan akhlak mulia dalam peribadi anak anak kita agar mereka membesar menjadi insan yang berperibadi yang menyenangkan. Baik di pandangan manusia, mulia di pandangan Allah.
Akhlak mulia yang bagaimana?
Pastinya akhlak mulia dalam semua aspek. Kita mahu anak anak kita menjadi anak yang baik dan mendengar kata, sabar, menghormati orang tua, meminta maaf kala salah, berterima kasih kala menerima sesuatu, lemah lembut tutur kata, membantu ibu dan ayah di rumah, bercakap benar, menepati masa, berkasih sayang sesama adik beradik, rajin membaca, tidak membuang sampah merata rata, menyayangi binatang,jimat air dan elektrik, bersalaman ketika berjumpa orang lain, memuliakan tetamu, dan segala macam akhlak yang baik dan mulia. sangat banyakkan??
picture: here |
Pembentukan akhlak ini sudah pastinya bermula dari rumah, dari contoh tauladan ibubapa itu sendiri.
ya, tak lain tak bukan, ibubapa yang perlu terlebih dahulu menampilkan akhlak yang baik untuk menjadi ikutan anak anak. Setiap ibubapa bertanggungjawab, tiada yang terkecuali.
Kita sendiri sedar, kita juga manusia biasa yang banyak kekurangan. Boleh jadi kita sendiri dipenuhi dengan akhlak yang buruk. Mungkin kita sering marah marah, kurang sabar, cakap menengking, cakap buruk pasal orang, dan macam macam lagi. Astaghfirullahal'adzim...masa untuk kita beristighfar, bertaubat dan cuba membetulkan diri kita dulu sebagai langkah permulaan dalam pendidikan akhlak anak anak.
Pelajaran akhlak adalah pelajaran praktikal, bukan sekadar teori. Malah anak kecil itu lebih mudah belajar dari pemerhatian, bukan hanya sekadar mendengar. Maka ibubapalah yang menjadi contoh tauladan yang saban hari diperhatikan anak anak.
Kunci yang mudah dalam pendidikan akhlak ialah, apa yang kita mahu terapkan dalam diri anak anak, terapkan dulu dalam diri kita. Mudah kan?? tapi praktikalnya sangat memerlukan mujahadah. Andai kita sudah biasa dengan tabiat yang kurang baik, atau tidak melambangkan akhlak yang mulia, agak sukar untuk kita membuat perubahan, tetapi ianya tak mustahil. Setiap hamba Allah boleh berubah dengan usahanya, insya Allah.
Sama sama kita menjadikan pembentukan akhlak sebagai pelajaran utama dalam kehidupan anak anak kita. Ayuh kita usahakan agar anak anak menjadi seorang yang cemerlang dunia akhirat. Insya Allah
0 comments:
Post a Comment