ANAS DAN MUSSAAB: APRIL UPDATE (2015)

Update terkini Anas dan Mussaab sehingga 30 April 2015

Last update:

Anas Zaydan 

Menghampiri usia 3 tahun 3 bulan

Hafazan al Quran (juzuk amma): alhamdulillah berjalan dengan baik seperti yang dijadualkan. Sehingga 30 April 2015 Anas berjaya menghafaz surah at Takathur, surah yang ke 14 yang berjaya dihafaz. Alhamdulillah...bersedia untuk 5 surah seterusnya untuk bulan May. Ayat lebih panjang, insya Allah Anas boleh!!

Iqra': bacaan masih belum lancar, kecuali perkataan yang simple2.. Masih tersekat pada huruf syaddah dan sukun.. Should practise more, insya Allah

Arabic: berjaya menambahkan lebih banyak vocab bahasa Arab, dah boleh membuat sambungan ayat objek+ sifat. Contoh: baitun kabiirun (big house), maktabun aswad (black table), sayyaarotun ahmar (red car), kathiirul math or (heavy rain) dll..sedang berjinak jinak dengan ayat berbentuk soalan seperti Maa haaza (what's this), ainaa (where),limaaza (why)... Banyak menonton video Arabic (lagu dan short movies)

English: vocab English juga banyak, sometimes using the simple sentence of English in daily communication. To be more fluent, of course ummi and Abi should practice and apply more English in communication. Insya Allah. Juga banyak menonton English videos (songs and cartoons like umizoomi and elmo)

Reading and writing: masih dalam proses belajar. jadual untuk reading dan writing seminggu sekali pun jarang dipatuhi :) insyaAllah akan terus mencuba :)

Kini sudah mampu bercakap dengan lebih lancar dengan ayat yang lebih panjang. Banyak cakap, dan banyak soalnya :) bercakap pun campur Malay, English and Arabic...selalu buat orang tak faham.. Takpelah.. Itu kelebihan yang Ada pada Anas. Ummi Dan Abu saja yang mengerti :)


Abdullah Mussaab

Menghampiri usia 1 tahun 3 bulan

Kini mengenal lebih banyak huruf hijaiyyah, alphabets, numbers dan berjaya menyebut dengan betul. Kurang bermain flash card dengan Mussaab..dia banyak belajar melalui video.

Buku buku di rak sering menjadi pilihannya untuk dibelek setiap hari. Sering mengharapkan respon dari ummi/abi pada gambar yang ditunjuknya. Perlu jawab hingga dia berpuas hati :)

Mengenal lebih banyak objek dan sebutannya. Contoh: cat, dog, puppy, rabbit, car, fish, ball, circle, star, bird, dll..

Video kegemaran: TuTiTu Dan ABC song 

Sudah faham arahan ummi/abi untuk mengambil sesuatu barang atau objek.

Pandai merajuk juga :D

Serba ringkas tentang pencapaian kedua hero kecintaan kami, Anas dan Mussaab.. Alhamdulillah A'laa kulli haal... Ada peningkatan, kerana setiap hari mereka akan pasti belajar sesuatu...dalam kita sedar ataupun tidak 

Good luck parents all over the world..seronoknya mendidik anak anak, dan bahagia nya melihat pencapaian demi pencapaian mereka :)

0 comments:

Post a Comment