Ini adalah sambungan dari entri yang lepas:
Anas sudah semakin maju ke hadapan dalam pelajaran Mental Arithmetic. Alhamdulillah :)
Sudah masuk ke bab asas jari 3, kumpulan 10 (tanpa formula) dan kumpulan 10 (dengan formula). Anas juga konsisten membuat latihan di dalam worksheet setiap hari, memandangkan dah sampai ke bab yang lebih susah, dan perlu biasakan dengan soalan yang lebih banyak.
Sehingga ke tahap ini, Alhamdulillah Anas berjaya memahami dan menguasai topik dengan baik. Worksheet berjaya disiapkan, meskipun kadang-kadang tanpa pantauan ummi (just cek jawapan dia lepas dia siapkan). Yang masih perlu dibetulkan mungkin dalam bab penggunaan jari, bila dia tak berapa nak ikut rule seperti yang diajar dalam bab awal iaitu asas jari. Tapi dari segi pergerakan manik abakus, boleh dikatakan sudah mahir. Ada juga sesekali tersalah jawapan, biasalah careless sikit ,:)
Kini hampir setiap hari Anas luangkan masa untuk membuat latihan dalam worksheet. Sedang membiasakan diri dengan abacus. Sudah betul cara pengiraan, tapi tetap perlu lebih latih tubi agar lebih cekap dan cepat lagi. Sekarang ni banyak ikut rentak dia saja. Sambil buat latihan kadang-kadang sambil menonton video, sambil makan dan minum, siap minta break lagi. Ummi pun ikut jelah, yang penting worksheet berjaya disiapkan.
Alhamdulillah untuk sehingga hari ini. Lepas worksheet terakhir dan sebelum masuk bab baru ni, dia minta ‘cuti’ 3 hari. Oklah, ummi bagi cuti :) lagipun tengah sibuk (kononnya) untuk praktis azan dan mewarna untuk pertandingan hari ahad ni. Dan tengah nak usaha untuk habiskan hafazan surah an-Naba’, ayat terakhir. Alhamdulillah. Moga mudah semuanya.
‘Tekun’ menyiapkan worksheets. Di rumah dan kampung
Worksheet terakhir sebelum masuk ke bab baru :)
0 comments:
Post a Comment