CINTA BAHASA ARAB

Bahasa arab, bahasa syurga, bahasa al Quran, bahasa pertuturan nabi kita Muhammad saw. 

Aku dan suami menyimpan harapan dan cita cita agar setiap anak kami mencintai bahasa arab dan mampu memahami dan bertutur dalam bahasa tersebut.

Aku sendiri, punya asas bahasa arab dan agak cemerlang dalam matapelajaran tersebut suatu ketika dulu :) Namun untuk bertutur dalam bahasa arab, agak sukar bagiku kerana kurang praktis dan vocab juga ingat ingat lupa. 

suami pula tiada asas dalam bahasa arab, namun sangat meminati bahasa arab. 

Kami cuba mendedahkan anak anak dengan bahasa arab sejak di usia kecil mereka. Anas di awal usia 2 tahun sudah mempunyai banyak vocab bahasa arab. di usia 2 tahun lebih, dia sudah menghafal nombor, nama nama binatang, bentuk, objek, buah buahan, dan banyak lagi. hingga ke hari ini di usianya 3 tahun 5 bulan, dianggarkan 300-400 vocab bahasa arab yang berjaya dihafalnya, dan banyak digunakan dalam perbualan seharian. 

bagaimana Anas memperoleh vocab tersebut? 

permulaannya aku mulakan dengan memperkenalkan satu perkataan sehari. caranya, lukis gambar di whiteboard dan menulis perkataan dalam bahasa arab dan inggeris. 

one day one word

seterusnya, aku dan suami banyak memuat turun video bahasa arab dalam bentuk lagu dan short movie. boleh dikatakan setiap hari anas menontonnya. 

kami juga membeli buku bahasa arab yang banyak terdapat di pasaran. buku untuk beginner yang baru nak belajar bahasa arab, yang biasanya untuk pelajar sekolah rendah.


antara buku yang telah dikhatamkan

selain itu, suami banyak memuat turun aplikasi bahasa arab di ipad. ada yang free, dan ada juga yang perlu dibeli. sangat sangat berbaloi. Anas juga sangat suka. manfaatkan kecanggihan teknologi :)

contoh aplikasi dalam ipad

Anas juga sering bertanya makna perkataan perkataan yang baru ditemuinya. dia sering tak berpuas hati dengan satu jawapan. jika jawabnya dalam bahasa inggeris, dia mahukan dalam bahasa arab. begitu juga sebaliknya. jawab hingga dia berpuas hati, dan cuba mencari jawapan pada perkataan yang tidak tahu. maklumlah, ummi bukan tahu segalanya :)

akhir sekali, sering membuat ulangkaji untuk memastikan perkataan tersebut tidak dilupa begitu saja. ulang dengan cara lisan atau bertulis. 

ulangkaji kenal dan suai 



tak lupa juga menggunakan perkataan tersebut dalam percakapan dan perbualan seharian. tak kisahlah campur campur bahasa melayu atau inggeris atau arab :)


hakikatnya perjalanan masih terlalu jauh. sedikit saja yang mampu aku berikan pada Anas dan Mussaab buat masa sekarang. sekadar kemampuanku... bercadang untuk memberikan fokus dalam pendidikan bahasa arab memandangkan Anas juga sangat berminat dan mudah ikut. 

semoga Allah permudahkan. mudah mudahan anak anakku mengerti bahasa al Quran ini untuk memudahkan mereka mendalami ilmu al Quran dan segala cabang ilmu. dan agar anak anakku dapat menguasai seluasnya ilmu Allah yang Maha Hebat. 

0 comments:

Post a Comment