Menu simple hari ini. Sup Kentang, Ikan Goreng, Sotong Blackpepper dan Sambal Belacan.
Jom lihat resepi yang dikongsikan :)
Sup Kentang
bahan: ubi kentang, carrot, bawang merah, bawang putih, sedikit kiub ayam. gula dan garam
cara: tumis bawang merah dan bwang putih yang dimayang sehingga wangi, masukkan air dan kiub ayam, biarkan mendidih. masukkan ubi kentang, carrot, gula dan garam. masak sehingga ubi kentang empuk
Ikan Goreng
Bahan: ikan dilumur garam dan kunyit
cara: goreng mengikut kegaringan yang dimahukan
Sotong Blackpepper
Bahan: sotong, bawang merah dan bawang putih, lada hitam tumbuk, sos tiram, sos lada hitam, air, tomato, gula dan garam
cara: tumis bawang putih dan bawang merah yang dimayang, masukkan sotong, lada hitam, kacau sebentar. masukkan sos tiram dan dan sos lada hitam. masukkan sedikit air. masukkan pula tomato yang dipotong. perasakan dengan gula dan garam
Sambal Belacan
Bahan: cili padi, cili merah, belacan, gula, garam, dan cuka/limau nipis
cara: tumbuk/blend semua bahan
0 comments:
Post a Comment