Thursday 22 February 2018 0 comments By: Naemah

ASAM PEDAS TELUR DADAR

Sejak semalam teringin nak makan masakan asam pedas telur dadar. Resepi asam pedas ini aku ambil dari group masakan di fb, dan pernah mencubanya sekali. Memang sedap rasanya walaupun sangat mudah cara memasaknya 

Ini adalah resepi yang  disalin semula dengan sukatan bahan yang pernah aku buat, dan ada sedikit tambahan pada bahannya;
(Kredit pada pemilik asal resepi)



Siapa yang tiada idea nak memasak, boleh la cuba resepi asam pedas telur dadar ni ya ;)

KEKALUTAN PAGI INI



Hari ini menempuh pagi yang agak kalut. Ummi ‘terbangun’ tidur lewat dari kebiasaan. Bangun terus mandi dan bersiap. Hero bertiga perlu dikejutkan untuk siap ke sekolah.

Ummi kejutkan semua dan semuanya masuk mandi. Mussaab sejak semalam batuk dan selesema. Agak teruk batuknya. Ummi decide untuk tak hantar Mussaab ke sekolah hari ni dalam keadaannya yang begitu. Anas juga batuk dan selesema, tapi tak seteruk Mussaab. Anas nak ke sekolah seperti biasa. Sayang dia nak skip dari sekolah. Alhamdulillah. Happy tengok Anas suka ke sekolah :)

Tengah bersiap, Miqdad pula terjatuh dari katil. Hidung terkena bakul kain dan ada bleeding. Allah. Terkejut dan takut dibuatnya tengok hidung berdarah. Tambah lagi rasa kalut. Alhamdulillah luka sedikit saja di atas hidungnya. Mahunya tak takut, dah terlalu sering Miqdad berhadapan dengan situasi cemas. Dah terlalu kerap mengunjungi klinik dan hospital. Ummi jadi fobia! 

Sorry Miqdad. Terlalu banyak yang nak dikejar pagi ni. Hingga ummi lupa priority. Ummi pangku Miqdad hingga tangisan Miqdad reda dan Miqdad dah mula nak bermain. 

Dah pukul 7.15. Ummi masuk ke dapur dan masak mi goreng dengan kadar paling ekspress :D Alhamdulillah anak-anak makan berselera dan bertambah-tambah. Tapi semuanya makan bersuap. Agak mengambil masa di situ ,:) tapi tak apalah, ummi cuba untuk cool dan releks. Hari ni mungkin lewat sikit ke sekolah.

Lepas makan siapkan Anas, sikat rambut dan isi air botolnya. Mussaab masih tak berbaju. Jam 8 baru boleh keluar dari rumah. Ummi hantar menaiki kereta. Teacher setia menyambut Anas di pintu. Ummi maklumkan pada teacher yang Mussaab tak sihat dan tak dapat hadir ke sekolah. Kemudian balik ke rumah lakukan rutin seperti biasa. Tak kalut lagi. Dah boleh tenang-tenang. Cuba layan Miqdad ketika dia perlu. Cuba pastikan keduanya baik-baik saja di rumah.

Situasi yang jarang berlaku. Kerana kebiasaannya bila abi tiada, ummi lebih bersedia fizikal dan mental dan merancang rapi rutin harian. Jarang kekalutan di pagi hari. Malam hari dah cuba siapkan keperluan sekolah dan dah merancang menu pagi. Dah tetapkan waktu bangun, kejutkan anak, masak dan sebagainya. 

Tapi sesekali Allah menguji juga. Siapa nak sangka anak tak sihat, dan terjadi pula tragedi di pagi hari. Ya, kita merancang. Allah juga merancang. Bila perancangan Allah tak seiring perancangan kita, redha dan terima sajalah dengan penuh sangka baik padaNya. Di samping muhasabah diri. Bukan sengaja Allah memberi ujian. 

Moga ummi akan belajar dari setiap kesilapan, belajar menjadi yang lebih rapi merancang, yang tahu menyusun keutamaan, yang akan sentiasa bersangka baik pada Allah. 

Hari ini tetap akan kita lalui dengan penuh kesyukuran.

Insya Allah.



Hero Ummi yang tengah lasak nak membesar. Segalanya nak meniru dan mencuba. Tak sedar yang dia baru setahun 4 bulan :b
Wednesday 21 February 2018 0 comments By: Naemah

BUKAN MENDAMBA KATA PUJIMU

Bila seorang suami nukilkan kata pujian pada isterinya, terasa betapa bertuah sang isteri hingga dipuji sedemikian rupa. Barangkali dia memang layak mendapat pujian dan penghargaan seperti itu. Barangkali dia memang sudah usahakan yang terbaik untuk menjadi isteri yang menyenangkan hati suami.

Namun jika tiada nukilan, bukan pula bererti isteri itu tidak layak atau tidak setanding. Malahan ramai yang lebih baik dan mulia. Sekurang-kurangnya di hati suami yang ikhlas mencintai. 

Ada suami suka berpuitis, melafaz puji pada penulisan dan di laman sosial. Ada yang membaca, hadir pelbagai reaksi. Namun bila sang suami memuji dan menceritakan kebaikan isterinya, maka aku percaya isterinya memang baik. Cemburu? Dah tentu.

Kerana di sebalik cerita mereka, aku melihat kekurangan sendiri. Kekurangan sebagai isteri yang terlalu banyak dan perlu diperbaiki. Kekurangan yang membuat aku rasa kerdil dan tak mungkin layak mendapat pujian sebegitu.

Cemburu bukan bererti aku perlu rasa lemah dan tak berguna. Cemburu yang menjentik hati, agar aku tampil lebih baik sebagai isteri. Agar aku perbaiki watak, menjadi isteri yang lebih menyenangkan hati suami.

Aku akui aku masih belum yang terbaik. Malahan masih jauh dari yang baik itu. Banyak episod kegagalanku. Terlalu banyak aib yang sedang Allah sembunyikan pada watak isteri sepertiku ini. 

Namun terima kasih pada suami yang masih ikhlas mencintai pada setiap kekurangan yang ada.

Bukan nukilan indah suami yang aku harapkan. Biarlah untuk mereka, dari suami mereka. Untuk aku? Cukup suami redha atas setiap saat mendampingi hidupnya. Cukup suami memberi kemaafan di atas setiap silapku padanya. Aku juga impikan syurga. Dan syurga aku ada pada redhanya. Walau aku jauh dari layak. 

Bukan kata pujimu yang aku damba. Cukup redha dan maafmu memberi aku tenang dan bahagia. 



MANFAATKAN TV UNTUK PENDIDIKAN



Hari ni nak sentuh bab tv; antara benda penting dan yang wajib ada bagi sesetengah orang, dan ada pula yang langsung memilih untuk tidak memiliki tv atas sebab-sebab tertentu. Antaranya ialah untuk kebaikan anak-anak, agar mereka tak terpengaruh dengan unsur negatif yang mereka tonton di tv, dan apatah lagi jika tv itu membuat mereka ketagih, lagi bertambah tidak baik untuk perkembangan dan pembesaran anak-anak.

Kami pula bagaimana? 

Buat masa ini kami memilih untuk mempunyai tv di rumah. Ya, tak dinafikan tv ini banyak mudaratnya sebagaimana yang dinyatakan tadi. Tapi tak dinafikan juga, jika digunakan untuk kebaikan, maka kebaikan juga yang kita dapat. Tapi awas, tetap perlu bersederhana dan sentiasa dalam pemantauan.

Kami tak langgan Astro, tapi melanggan pakej Unify/Hypp tv. Bermakna, masih boleh menonton channel tv yang aneka pilihan juga :) tapi atas faktor ‘anak-anak’ juga, maka jarang-jarang sekali kami menonton tv, kecuali ada rancangan yang sesuai untuk seisi keluarga. Maka tak tahu sangatlah apa drama terkini, atau gossip terkini. Kalau tahu jugak tu, bukan dari tv, tapi dari internet di hujung jari ;)

Sebenarnya setiap hari tv di rumah terpasang untuk anak-anak. Yang selalu menjadi pilihan ialah video education di YouTube. Anas dengan video pilhannya, dan Mussaab dan Miqdad juga ada video kegemaran masing-masing. Tak kena masa, berebut juga :) akan lebih harmoni bila mereka faham yang mereka perlu bergilir menonton video masing-masing.

Anas kini tengah obses dengan video countries of the world, country balls, emoji, piano, magic tricks, dan yang lain. Miqdad lebih kepada video basic a ba ta, phonics songs dan kids songs. Mussaab pula selalu jadi yang terpaksa redha dan pasrah. Menonton apa saja pilihan abang dan adik. Sesekali meminta apa yang dia teringin nak tonton. Thank you Mussaab. Selalu jadi yang tenang dan menyenangkan :)

Tv itu juga gunanya untuk dipasangkan video bacaan surah-surah al-Quran. Untuk mudahkan hafazan, insya Allah dan untuk biasakan anak-anak dengan al-Quran. 

Tapi masih perlu sentiasa beringat. Bila terlalu lama anak di depan tv, akan timbul juga rasa risau. Biarpun apa yang ditonton itu baik, mungkin tak baik juga bila mereka diam saja tak bergerak. Tapi selalunya mereka jenis yang tak duduk diam juga bila menonton. Ke sana sini, skip menonton sekejap dan buat hal lain. Bergantung pada keadaan.

Kesimpulannya, tv masih wujud di rumah kami untuk tujuan pendidikan (itu niat kami). Bukan kerana kami nak melayan drama, bola, atau seumpamanya. Ye, sesekali boleh la kan :) selalunya bila anak-anak dah tidur masa tulah kalau sempat nak layan movie ke apa. Sesekali :D 

Untuk masa depan, masih belum pasti bagaimana. Lihat pada keadaan, apakah tv masih diperlukan, atau lebih baik tiada tv di rumah. Masa dan keadaan yang menentukan. Sekali lagi, tv atau apa saja teknologi terkini, jika betul caranya boleh menjadi yang bermanfaat, dan perlu sentiasa peka, pantau dan tahu had penggunaannya. Kadangkala kami juga dah ‘terlebih’, semoga akan dapat diperbaiki dan betul-betul memanfaatkan apa yang ada. Insya Allah :)



DIARI ANAKKU: 220218




Dah lama tak update aktiviti harian anak-anak ummi. This is the first, for this month. Bismillah.

Hari ini hari ke-2 abi di Bintulu. Abi sudah berada di laut dan menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Semoga dipermudahkan urusan abi.

Anas, Mussaab dan Miqdad bangun awal seperti biasa untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Ummi hanya masakkan tortilla cheese dan nugget untuk breakfast. Sambil makan Anas menonton video di YouTube.

Hampir jam 8, bersedia ke sekolah. Sebelum ke sekolah berkejaran dulu dengan kucing. Kemudian berjalan sama-sama ke sekolah. Miqdad balik bersama ummi. Miqdad teman ummi siram pokok dan kemudian masuk ke dalam rumah dan menyusu. Lepas tu belek buku sekejap, dan menonton video. Sempat ummi kemas dapur, basuh baju, dan ambil bungkusan sampah kat atas. Lepas tu Miqdad teman ummi exercise ikut video dalam YouTube :D 

Jam 9, ummi bagi Miqdad manik dan butang untuk masukkan dalam botol. Saja nak rangsang motor skill Miqdad dan nak lekakan Miqdad seketika. Rasa bersalah biarkan Miqdad melayan video saja ketika ummi buat kerja. Kalau tak buka video, nanti Miqdad ‘bekerja’ sekali dengan ummi :D 

Miqdad kemudian mula bermain dengan toys dan jalan sana sini dan sentuh mana yang berminat. Pukul 10, ummi susukan Miqdad dan Miqdad tertidur. Ummi jemur kain, buang sampah dan masak. Alhamdulillah hampir siap. Miqdad bangun dan menangis. Ummi ambil Miqdad dan tangguh dulu memasak. Miqdad dah lapar. Makan lebihan nugget pagi tadi. Kesiannya. 

Miqdad menonton video Badanamu, ummi sambung memasak hingga siap. Kemudian lepak dengan Miqdad sementara tunggu masa nak ambil Anas dan Mussaab di sekolah. Jam 12, ambil Anas dan Mussaab menaiki kereta kerana cuaca panas. Kesian pada Miqdad nak berjalan dalam kepanasan begitu.

Balik ke rumah, lunch sama-sama. Lepas makan menonton video bergiliran. Kemudian keluar angkat kain di luar dan bermain di luar. Jumpa sekotak rokok di halaman, entah siapa yang mencampak masuk. Hadir kerisauan di hati. Semoga Allah jauhkan dari kejahatan. Anas dan Mussaab bermain dan memanjat kereta. Miqdad pula masuk ke dalam kereta control yang dah rosak. Mussaab tolong tolakkan adik. 

1.30, masuk ke dalam rumah. Tinggal Miqdad yang masih tak puas bermain. Puas dipanggil masuk. Akhirnya masuk juga. Miqdad mula menangis dan tak senang duduk. Ummi bawa Miqdad naik ke atas, mandikan dan tukarkan pampers Miqdad. Mussaab juga masuk ke bilik bermain ‘snow’ pakai kapas bantal. Habis berterabur dengan ‘snow’nya. Ummi susukan Miqdad, Mussaab turun ke bawah sertai Anas yang sedang menonton. Ummi tidur bersama Miqdad.

Jam 4, ummi terjaga. Terima whatsapp dari abi yang tengah bertugas di laut. Abi bertanya khabar anak-anak. Miqdad bangun jam 4.30. Anas dan Mussaab masih setia menonton video di bawah. Ummi turun bersama Miqdad.

Anas belajar mental arithmetic tajuk baru (kumpulan 10 dengan formula), dan membuat latihan dalam worksheet. Miqdad dan Mussaab menonton video. Sesekali menagih perhatian dan mendekati ummi dan Anas yang sedang fokus. Mussaab mengadu lapar. Lepas ajar Anas, ummi panaskan lauk dan menyuap makan. Mussaab makan sendiri, tapi hanya makan sedikit saja. Anas juga makan sedikit dan sambung menonton tv. Mussaab minta tortillas cheese lagi. Ummi masakkan dan Mussaab makan bersama Anas dan Miqdad.

Selesai makan, ummi kemas apa yang patut, dan biarkan semuanya menonton video. Jam 6.15, keluar ke halaman. Anas, Mussaab dan Mussaab main bersama. Berbasikal dan menaiki kereta mainan. Saling menolak dan menarik dengan riangnya. Miqdad jatuh dan menangis bila ditarik kuat oleh abangnya. 

Hampir jam 7, masuk ke dalam rumah. Naik mandi dan berpakaian malam. Kemudian membaca al-Quran, Iqra dan hafazan. Dah selesai, Anas sambung siapkan latihan dalam mental Arithmetic dalam worksheet tadi. Dah selepas semuanya, masuk ke dalam bilik dan bersedia untuk tidur.

Miqdad yang pertama tidur, disusuli Anas dan Mussaab. Alhamdulillah jam 9.30 sudah lena semuanya anak-anak ummi. Masa untuk ummi buat kerja yang belum sudah, dan buat ‘assignment ‘ ummi yang dah lama tertangguh :)

Semoga lena semuanya kesayangan ummi. Moga menjanjikan yang lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Insya Allah.

Moga Allah menjaga abi yang jauh di lautan. Semoga sihat, dan selamat kembali ke pangkuan yang merindui.

Love u all. 
Monday 19 February 2018 0 comments By: Naemah

MUSAFIR KITA HARI INI

Sesekali update tentang perjalanan jauh kami :)

Sebenarnya dah terlalu kerap bermusafir jauh balik kampung. Sekurang-kurangnya sekali sebulan. Perjalanan 7-10 jam bersama anak-anak kecil, sudah biasa bagi kami. Dari anak seorang, sampailah dah anak 3. Perjalanan balik kampung sudah menjadi kebiasaan. Malahan sebuah keseronokan.

Seminggu lepas kami balik kampung lagi bersempena cuti raya cina. Dan semalam menempuh perjalanan balik ke rumah. Anas dan Mussaab akan meneruskan persekolahan, dan suamiku pula akan kembali bekerja. Semuanya akan kembali kepada rutin :)

Kami bertolak dari rumah di Jeli jam 4.30 pagi ketika anak-anak masih lena, kecuali Miqdad yang terjaga dari tidurnya ketika ummi dan abi bersiap. 

Kami sampai di Bandar Gua Musang jam 6 pagi dan bersolat subuh di masjid Gua Musang. Sempat anak-anak bermain di taman permainan yang disediakan di perkarangan masjid. Anak-anak juga menukar pakaian di sini.


Selepas menunaikan solat subuh di masjid Gua Musang


Selepas itu makan breakfast di kedai makan yang biasa kami singgah. Roti London untuk ummi dan abi, roti canai untuk Anas dan Mussaab dan nasi berlauk ayam untuk Miqdad. Lama juga habis masa di kedai makan. Dari langit masih gelap, sampailah beransur cerah.



Menikmati roti canai


Kemudian tanpa berlengah kami meneruskan perjalanan. Sempat juga singgah di R&R Gua Musang untuk ke toilet. Sambung perjalanan lagi. Alhamdulillah perjalanan agak lancar. Singgah sekali lagi di R&R Benta untuk ke toilet sekali lagi, dan teruskan perjalanan.

Suamiku kemudian singgah di kedai pakaian bundle ‘E Bundle vintage shop’ yang letaknya di Raub. Lebih kurang sejam berada di dalam kedai ini. Aku membeli 3 helai t-shirt bersaiz besar (rm10 sehelai). Anas pilih 3 helai t-shirt untuknya (rm10-3 helai), Mussaab ambil sehelai kemeja (rm5), dan suamiku pula membeli sehelai seluar (rm20). Habis rm68 di kedai bundle :) 




Mussaab dalam kedai lagi dah minta nak pakai baju yang dia pilih :D


Perjalanan diteruskan. Trafik dah mula perlahan, dari Bandar Raub ke Tol Bentong. Dalam kesesakan, singgah di car wash Bentong seketika untuk mencuci kereta viva kami. Kemudian sambung perjalanan dalam kesesakan jalan raya. Selepas tol Bentong, perjalanan mula kembali lancar walaupun agak banyak kereta di highway tersebut. 

Sudah jam 12 tengahari. Perut dah mula lapar. Anas dan mula mengadu lapar. Miqdad yang tadi tidur dah bangun dari tidurnya. Dah mula kebosanan. Ummi bukakan video untuk lekakan Miqdad. Mussaab lena dari Raub lagi, sehinggalah melepasi KL. Anas seperti biasa, jarang sekali nak tidur dalam kereta. 

Kami berhenti di R&R Bukit Dukung jam 1.30 petang. Solat Zohor dan makan tengahari di sini. Dah kenyang semuanya, kami meneruskan perjalanan balik. Sampai di Rumah lebih kurang jam 3 petang. Alhamdulillah.

Lebih kurang 10 jam perjalanan kami hari ini. Alhamdulillah, ia masih sebuah musafir yang dipermudahkan. Perjalanan kali ini lebih lama berbanding biasa kerana kesesakan jalanraya (Raub-bentong), dan banyak tempat berhenti.

Setiap kali bermusafir, yang paling mencabar ialah bagaimana nak tenangkan anak-anak sepanjang perjalanan. Perjalanan yang lama pastinya akan membuatkan mereka kebosanan. Tapi kerana dah biasa, ia tak menjadi masalah besar buat kami :) Anas dan Mussaab sesekali mengambil Hp Ummi dan abi, menonton video dalam galeri Hp. Ataupun Anas akan melukis dalam Note abi. Itu saja, tak boleh biarkan mereka leka dengan gadjet sepanjang perjalanan :)

Ada juga part ‘bercakaran’ sesama mereka, dan perlu dileraikan dengan cara bijaksana ,:) selebihnya mereka berbicara dan bergurau, bertanya, memerhati jalan dan sekeliling, dan discuss apa saja yang terlintas. Begitulah masa di atas kereta berlalu, hingga akhirnya sampai ke rumah. 

Alhamdulillah atas segalanya. Biar mereka ‘biasa’ dengan musafir seperti ini. Semoga musafir ini juga akan memberi banyak hikmah buat kita sekeluarga. Selain merapatkan, dapat saling membina persefahaman, mengenali peribadi, mengajar sabar dan tolak ansur, dan cuba sebaiknya mengisi masa musafir dengan aktiviti dan discussion yang bermanfaat. Insya Allah. Semoga Allah sentiasa berkati musafir kita :)


Wajah-wajah di sepanjang perjalanan 









Thursday 15 February 2018 0 comments By: Naemah

MARAHLAH JIKA IA MEREDAKAN

Faktor usia barangkali. Semakin berumur semakin ‘banyak lupa’. Semakin tak tajam berfikir. Semakin salah bertindak. Atau mungkin hanya aku. Bila Allah tarik kebijaksanaan, yang tampil hanya kebodohan!

Allah. Tiada siapa mahu bertindak bodoh. Tiada siapa mahu cetuskan marah. 

Kata orang, sekali ibu melahirkan anaknya, banyak urat yang putus dan rosak. Antara kesannya, ibu mudah jadi pelupa. Tambah dengan ‘penatnya’ mengurus anak dan rumahtangga, Kadang-kadang pendek akal jadinya. Salah bertindak. Salah yang itu, dan salah yang ini.

Tapi itu kata orang. Entah mahu percaya atau tidak. Tapi, mungkinlah juga. Bila aku sendiri kini banyak lupa. Bertindak di luar jangkaan. Sesekali terasa bodoh! 

Allah. Pelihara aku agar tak menyusahkan orang dengan sikap pelupa dan salah tindakanku. Terutama suamiku, yang setiap hari berdampingan denganku. Dan anak-anak aku, yang kelak akan berhadapan dengan peel perangai tuaku.

Allah. Aku rasa berat andai teruji sebegitu. Siapa yang sudi bersabar? Dan tetap ingin memandang dengan penuh sayang?

Ya, wajarnya sakit hati pada tindakan yang salah. Tapi adakah salah itu disengajakan? Aku tiada alasan lain selain ‘lupa’. Marahlah jika marah itu meredakan hati. Aku tadah telinga. Aku tak mampu memberi alasan selainnya. Dan biarkan aku diam saja. Kerana memang aku yang bersalah.

Maafkan aku!
Wednesday 14 February 2018 0 comments By: Naemah

CUTI TAHUN BARU CINA 2018

Bersempena Tahun Baru Cina pada tahun ini, kami sekeluarga balik ke kampung memandangkan Anas dan Mussaab bercuti sekolah, dan suamiku pula baru pulang dari tugasnya.

Ini merupakan kepulangan kami kali ke-2 untuk tahun ini. Alhamdulillah, atas ruang waktu yang Allah berikan untuk kami balik bertemu orang tua yang semakin uzur. Sedikit sebanyak, dapat berbakti (insya Allah) dan merawat kerinduan ibu yang melahirkan.

Hari pertama kami berada di rumah ibuku. Hari kedua pula ke rumah ibu mertuaku. Insya Allah sebelum balik nanti singgah lagi di rumah ibuku. Itulah antara untungnya, bila berkahwin sesama negeri :) sekali harung saja. Tak perlu cari masa lain semata-mata untuk melakukan giliran. Tapi itu semua soal jodoh. Allah yang tentukan semuanya. Cuma nak highlight kebaikannya saja ;)

Anak-anak seperti kebiasaannya akan seronok bila diajak balik kampung. Yang mereka nampak ialah sepupu yang ramai, dan bebas bermain bersama-sama. Memanglah bila di kampung, agak tak terkawal sikit. Terpaksa lepaskan saja mereka bermain. Cuma pantau sekali sekala. Biarlah, asal mereka gembira mencipta kenangan dan persahabatan dengan sepupu yang jarang-jarang bertemu :)

Antara yang menarik lagi bila di kampung ialah bab makan :D segala macam masakan, semuanya terasa sedap. Terus terang cakap, kalau balik kampung tak sah kalau tak naik berat badan. Naya! Kena belajar control nafsu makan. Mampukah??

Cuti masih berbaki. Anak-anak tengah seronok berkawan dan bermain sama-sama. Seakan tak pernah penat bermain. Tapi itulah hakikatnya kanak-kanak seusia mereka. Apa yang terlintas di fikiran hanyalah ‘bermain’ sahaja :)

Insya Allah ada rezeki, masa dan peluang, kita akan balik ke kampung lagi di lain masa. Selagi masih ada orang tua, semoga ia menjadi destinasi yang paling disukai kami anak-beranak untuk dituju. 

Selamat bercuti. Dan selamat tahun baru Cina pada yang menyambutnya :)


Cerita pagi ini; 











Friday 9 February 2018 0 comments By: Naemah

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: CIPTA KENANGAN BARU



Alhamdulillah sudah 6 minggu berlalu. Anas dan Mussaab sudah makin serasi (insya Allah) dengan suasana sekolah, teachers and friends. Alhamdulillah, kini masih dalam mood ‘semangat’ untuk ke sekolah setiap hari.

Untuk Mussaab, ini ialah sekolah pertamanya di usianya 4 tahun. Apa yang dia tempuh tahun ini, segalanya pengalaman baru untuknya. Mussaab belajar berkawan, belajar dan bermain bersama kawan. Bahkan Mussaab beruntung ada abang yang menemani setiap hari ke sekolah dan di sekolah juga. Sedikit sebanyak, bayangan abangnya ada pada dia.

Anas pula, ini adalah sekolah keduanya selepas Genius Aulad pada tahun lepas. Kini Anas sudah berusia 6 tahun dan tahun ini juga merupakan tahun persediaannya untuk melangkah ke tahun 1. Cepat sungguh masa berlalu.

Tidak berniat untuk membandingkan sekolah mana lebih baik, kerana masing-masing pasti ada kelebihan. Cumanya, untuk tahun ini ada perbezaan buat Anas berbanding tahun lepas. 

Firstly, of course la sekarang Anas dah jadi student paling senior di sekolah :) 

Kedua, bab pelajaran baru, di sini Anas belajar sesuatu yang dia tak pernah belajar sebelum ini di sekolah lama. Antara yang menarik di sekolah Little Diamond ni ialah, setiap pelajar berpeluang mempelajari bahasa mandarin, selain bahasa melayu, english dan arab. Anas seronok sangat dapat belajar language baru. Siap buat ulangkaji di YouTube :) 

Di sini juga ada aktiviti menarik seperti water splash. Ia termasuk dalam part pembelajaran anak-anak dengan gaya yang lebih menyeronokkan. Dah tentu, anak-anak gembira bila tahu ada aktiviti water splash di sekolah. Minggu ini adalah aktiviti splash yang pertama buat mereka. Anas dan Mussaab tak sabar nak menanti aktiviti splash untuk minggu berikutnya :)

Satu lagi benda baru yang Anas dan Mussaab belajar ialah piano. Kelas piano tak termasuk dalam silibus sekolah, ia merupakan kelas di luar waktu sekolah dan ianya pilihan. Dengan bayaran rm60-seminggu sekali, ia juga merupakan kelas kesukaan Anas dan Mussaab.

Ada juga kelas taekwando-optional, Anas dan Miqdad tak menyertai kelas ini atas alasan tersendiri. Insya Allah mungkin tahun depan pula. 

Yang lain-lain tu mungkin seakan sama saja dengan sekolah lamanya. Sebelum ni Anas juga belajar solat, bacaan dalam solat, hafazan surah lazim, wuduk, doa harian, dan aktiviti yang lain. Tapi disebabkan kurang update dari pihak sekolah (mungkin polisi sekolah untuk jaga privacy), maka tak mampu nak gambarkan sangat segala aktiviti pembelajaran Anas di sekolah, kecuali apa yang diceritakan oleh Anas.

Tahun ini berbeza, kerana kami para ibubapa dimasukkan dalam satu group whatssapp untuk diupdate aktiviti anak-anak dan info penting untuk ibubapa rujuk. Dan tak lupa juga, ruang Facebook rasmi sekolah, menjadi medium untuk kami ibubapa mengetahui aktiviti anak-anak di sekolah. Yang terbaru, sejuk hati tengok Anas mengimami solat dhuha di sekolahnya :) sebelum ni pun dia pernah jadi imam di sekolah lama. Semoga nanti menjadi imam besar dan menjadi hamba yang menjaga solat ya. Insya Allah.

Apapun, sekali lagi bukan untuk membezakan. Hanya untuk highlight kelainan yang Anas dapat pada tahun ini di sekolah barunya :) yang penting, keduanya bercirikan Islamik, dan berusaha menjadikan anak didik mereka berjaya dari sudut akademik, agama dan sahsiah. Insya Allah.

Anas dan Mussaab learnt a lot from their schools. Thanks to the teachers. 


Sunday 4 February 2018 0 comments By: Naemah

HOMESCHOOLING: FOKUS DAN TARGET 2018

Homeschooling.
Sudah agak lama tidak update bab ni. Agak banyak juga yang sudah terlepas dari catatan rapi.

Hakikatnya secara langsung dan tak langsung, pembelajaran di rumah terus berjalan. Banyak yang anak-anak sudah belajar. Insya Allah, ada masa akan cuba catatkan satu persatu.

Tahun ini kembali dengan azam untuk fokus dalam bab homeschooling, tak cukup dengan hanya menghantar mereka ke sekolah. Biar di sekolah mereka dapat apa yang sepatutnya, di rumah juga tetap menjadi tempat terbaik untuk mereka menimba ilmu. Insya Allah.

Apa yang ingin difokuskan pada tahun ini?

Al-Quran, Iqra dan Hafazan

Sudah update serba sedikit tentang subjek ini di entri yang lepas; 


Alhamdulillah setakat ini ia berjalan dengan baik. Anas dan Mussaab konsisten membaca setiap hari, kecuali atas alasan yang tak dapat dielakkan.

Mental Arithmetic 

Yang ini juga sudah update dalam entri lepas; 


Juga masih konsisten berjalan. Anas sekarang dalam progres untuk menyiapkan worksheet asas jari 3 - operasi tolak, sebelum masuk ke tajuk baru, kumpulan 10. 

Mussaab pula dah cuba untuk kenalkan abacus pada dia. Cuba membuat kiraan 1-10 sebagai permulaan. Baru satu sessi, perlu lebih usaha untuk fahamkan dia .

Science experiments dan Arts/craft/any activities 

Yang ini masih belum update di blog. Oleh sebab Anas suka dengan aktiviti, sebolehnya nak lakukan aktiviti bermanfaat dengan dia dan Mussaab. Setakat ini ada jugalah buat aktiviti yang senang.

Nak buat aktiviti, selalunya memerlukan bahan. Sebab tu sangat penting untuk merancang lebih awal. Senang nanti nak cari materials. Setakat ni hanya melakukan aktiviti yang bergantung pada apa bahan yang ada saja :)



Setakat ini dulu update tentang homeschooling 2018. Setakat yang termampu dan terdaya, bersama keterbatasan masa, aku harap aku mampu untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak. Biar tak banyak, yang penting anak-anak dapat ‘sesuatu’ di rumah. Sebesar impian untuk melihat mereka menjadi manusia berjaya, sebesar itu juga sepatutnya tekad dan usaha aku untuk merealisasikan segala impian. Tapi aku sedar aku juga insan tak berdaya. Namun akan tetap mencuba, bersama doa dan harapan. 

Semoga Allah tunjukkan jalan, dan mempermudahkan urusan mendidik anak-anak di rumah. Insya Allah



Segalanya buat mereka

BILA ALLAH TAKDIRKAN KITA JAUH

Masuk hari ke-4 suamiku di Bintulu. Sepatutnya hari ini ialah penerbangan baliknya. Tetapi Allah merancang sebaliknya. Suamiku masih tak dapat ke laut disebabkan laut yang kuat bergelora. Dia hanya stand by di hotel. Sudah 4 hari. Hanya menanti waktu yang yang sesuai dan selamat untuk ke laut dan bertugas.

Sudah lama tiada kejadian seperti ini, di mana suamiku terpaksa pergi lama berbanding kebiasaan (4 hari). Kali ini mungkin hingga seminggu atau lebih. Bergantung pada keadaan. Dan ia juga pastinya di atas kehendak dan takdir Allah.

Pernah lama dulu, dia perlu berada di laut dalam tempoh yang lama seperti ini. Ada ketikanya hingga aku langsung tak dapat khabar beritanya lebih dari 2 hari (sehari tu dah biasa) Situasiku ketika itu ialah risau dan sedikit gelisah. Hanya mampu berdoa moga Allah menjaga suamiku yang jauh. 

Kali ini, sejak sekian lama, ia berulang lagi. Atas faktor cuaca, suamiku tak dapat melaksanakan tugas mengikut jadualnya. Namun syukur dia masih belum ke laut, jadi dapatlah berhubung tiap masa dan bertanya khabar. Anak-anak masih dapat bercakap dan melihat muka abi melalui video call setiap hari. Jika dia sudah ke laut dan ‘terkandas’ dek cuaca di sana, langsung kami terputus hubungan. Ketika itu tawakkal dan doa saja yang mampu tenangkan hati.

Aku faham kerjaya suamiku. Awal bernikah lagi sudah redha dan maklum yang dia itu pelaut. Akan banyak masa di laut. Akan sentiasa berjauhan. Namun ketika itu mungkin ‘masih belum cinta' dan masih belum benar-benar mengerti kerjaya seorang pelaut. Maka aku anggap, aku akan ok! Berpisah hingga 3-6 bulan, pun akan baik-baik saja!

Nyata sangkaan itu silap. Bila sudah bernikah, bila sudah mencintai, bila dapat menghayati kehidupan seorang pelaut, aku tak lepas dari rasa risau dan bimbang. Aku tak lepas dari menanggung kerinduan hingga menitiskan air mata.

Tapi itu cerita lama. Kini suamiku dah tinggalkan dunia pelayaran. Dia  korbankan cita-cita (yang sudah dia hampir capai) demi untuk lebih dekat dengan keluarga. Tapi dunia dia tetaplah laut dan kapal. Nak kemana lagi kan?

Kini walau dah beralih arah, dia masih perlu berjauhan sesekali dengan keluarga. Perlu keluar mencari rezeki di dunia lautan yang luas. Lautan yang kadang-kadang tenang dan kadang-kadang bergelora. Namun aku tetap pegang pada hakikat, tidak ada kemudaratan di tanah, di langit atau di lautan melainkan dengan kehendak Allah! Maka aku lebih tenang, bersama iringan doa, ALLAH pasti akan menjaganya.

Mengapa kita perlu sentiasa berjauhan? Kadang aku terfikirkan juga. Namun aku percaya Allah takdirkan kita berpisah atau jauh, kerana ia lebih baik buat kita, untuk masa ini. Banyak sekali hikmah Allah yang jelas dan masih sembunyi. Aku cuba untuk sentiasa ingatkan diri, untuk sabar, redha dan bersyukur tiap masa. Jangan mengeluh, jangan mempersoalkn takdir. Kerana aku sendiri jelas, betapa nikmat Allah tak pernah putus. Betapa Dia sentiasa ada untukku meskipun kamu jauh.

Semoga Allah memudahkan urusan suamiku di sana. Semoga cuaca akan kembali baik, dan suamiku dapat menjalankan tugasan dengan sempurna. Anugerahkan kami rezeki yang halal dan berkat. Hasil keringat di laut yang luas tak bertepi itu.

Allah jaga dia untukku. Allah jaga kami untuknya.
Cukup!





HOMESCHOOLING: AL-QURAN, IQRA’ DAN HAFAZAN

Antara subjek homeschooling yang ingin difokuskan pada tahun ini ialah subjek Al-Quran dan Hafazan untuk Anas, dan Iqra’ dan hafazan untuk Mussaab.

Sebenarnya sebelum ini pun sudah jadikan ia subjek utama dan penting untuk anak-anak. Cumanya, bab nak berdisiplin mengajar tu agak susah sikit. Kalau nak beri alasan, memang banyaklah alasannya :)

So, inilah progres setakat February 2018;

Anas: 6 tahun

Al-Quran

Seperti yang sudah dicatatkan dalam update yang lama dulu, Anas memulakan bacaaan al-Quran dengan juzuk Amma. Bulan 12 tahun lepas (2017) Anas mula membaca surah al-Baqarah. Sejak dari itu mula untuk lebih konsisten dan bertegas dalam bab membaca al-Quran. Tak banyak, cukup 1-2 ayat sehari. Alhamdulillah hingga hari ini, sudah berjaya membaca sehingga ayat 82- surah al-Baqarah.

Dari segi bacaaan, masih belum betul-betul lancar, tapi boleh melangkah dari kalimah ke satu kalimah dengan mengeja sendiri. Insya Allah, makin lama akan makin lancar. Lepas tu bolehlah tambah bilangan ayat untuk dibaca setiap hari :) target ummi, untuk bertadarus al-Quran bersama Anas pada bulan Ramadhan nanti. Insya Allah.



Al-Quran milik Anas 



Hafazan

Hafazan pula, seperti yang sudah maklum sebelum ini, Anas sudah menghafaz surah-surah juzuk amma hingga ke surah al-Ghasyiah, suatu masa dulu (dah agak lama). Oleh kerana tak diulang dan tak ditasmik dalam tempoh yang lama, Anas pun dah jadi ingat-ingat lupa. 

Tahun ini tekad nak mulakan semula hafazan Anas. Tapi, mula dengan surah yang paling akhir dari juzuk amma iaitu surah an-Naba’. Surah depan-depan tu insya Allah subjek hafazan di sekolah boleh tolong cover kan :D Ya, ummi gerak dari belakang, teacher gerak dari depan, nanti complete lah, insya Allah :) 

Sekarang hafazan berjalan baik. Sama juga, hafal satu ayat saja sehari. Kini dah sampai ayat ke 24/40, surah an-Naba’. Takpe, kita gerak perlahan-layan. Yang penting konsisten. Insya Allah :)



Mussaab: 4 tahun

Iqra’

Mussaab pula, tahun ini sudah perlu lebih bertegas dengan dia dalam bab membaca al-Quran. Permulaan untuk Mussaab ialah dengan membaca Iqra’, menggunakan buku iqra Genius. Sebuah buku yang complete dari iqra’ 1-6.

Sampai ke hari ni, Mussaab dah berjaya sampai ke iqra 2, page 41- bacaan huruf bersambung (fathah sahaja)

Mussaab kini dah faham bahawa setiap malam dia perlu spend masa untuk iqra dan hafazan. Maka sekarang tak perlu mengambil masa lama untuk memanggil dan memujuk dia. Alhamdulillah :)




Buku iqra yang digunakan untuk mengajar Mussaab. Sumber gambar dari google, sebab Mussaab punya dah koyak :)




Page yang Mussaab sedang baca



Hafazan

Bab hafazan pula, Mussaab ummi mulakan dengan surah al-fatihah, dan An-Naas. Selain di rumah, di sekolah juga dia ada subjek hafazan. Insya Allah akan membantu dia untuk lebih cepat ingat bacaan surah-surah lazim. Perlahan-lahan juga melangkah, yang penting konsisten :)



Al-Quran, Iqra’ dan Hafazan tracker

Ini pula Al-Quran, Iqra’ dan hafazan tracker yang Ummi print khas untuk tanda  progress Anas dan Mussaab dalam bab membaca al-Quran, iqra dan hafazan. Satu hari masing-masing akan dapat 2 stickers. Sedikit sebanyak membantu memberi motivasi pada Anas dan Mussaab yang memang obses dengan sticker :)






Setakat ini dulu update tentang bacaan al-Quran, iqra’ dan hafazan Anas dan Mussaab. Insya Allah di masa akan datang akan menulis lagi bab ini. Kita lihat progresnya macamana. Semoga segalanya baik dan berjalan lancar. Semoga al-Quran masuk ke dalam hati anak-anak ummi. Insya Allah :)
Saturday 3 February 2018 0 comments By: Naemah

SARAPAN PAGI KITA


Pagi ini membeli sarapan di luar. Nasi dagang untukku, mi goreng untuk Anas, dan nasi lemak untuk Mussaab dan Miqdad. Abinya, entahlah bersarapan apa pagi ni di hotel :)


Sebenarnya semalam lagi dah plan nak beli sarapan di kedai yang baru dibuka berdekatan dengan rumah kami. Tapi dek semalam anak-anak bangun lambat, maka hari nilah gantinya. Suami pun dah beri kebenaran, siap selitkan duit rm20 lagi khas untuk beli sarapan sebelum ke airport semalam. Hehe.


Org kelantan walau kat mana pun mesti rindu nak makan masakan kelantan. Mesti cari juga sekali sekala nak lepaskan rasa teringin.


Nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, laksam, dan yang lain-lain termasuk kuih-muih. Kan??


Kami pun juga. Kat mana orang kata sedap, kat situ kami mencuba. Tp betul kata suamiku, oleh kerana kita kerap balik kampung, maka gred yang kita bagi takkan sama dengan yang mereka bagi.


Bukan tak sedap.Tapi belum ada yg setara atau menandingi. (Atau kami belum jumpa). Kerana itu ‘nasi lemak’ saja yg sering menjadi pilihan bila beli sarapan di luar.


Nak makan masakan kelantan? Tunggu balik kampung atau masak sendiri di rumah (of course la x seberapa jg rasanya :b) sebab tulah juga bila balik kampung, makan tak ingat!! Haish. 


Itulah saja sekadar coretan tentang sarapan pagi kami hari ini. Apapun Alhamdulillah, di atas rezeki yang sentiasa ada. Nak makan, ada saja makanan. Tak pernah terputus bab makan. Semoga diri ini sentiasa memilih untuk bersyukur setiap masa. Sungguh pada makanan itu, jangan dikeji dan dicemuh. Syukurlah masih ada sesuatu untuk mengisi perut yang lapar. Masih ramai yang tiada. Masih ramai yang hidup dalam kelaparan. 


Syukur! Akan sentiasa merasa cukup. Insya Allah.




3 February 2018












HOMESCHOOLING: MENTAL ARITHMETIC

Tahun ini aku cuba untuk fokus mengajar anak-anak di rumah dengan lebih berdisiplin dan konsisten. Maksudnya, tak boleh nak skip atau banyak bertangguh.

Antara subjek yang nak difokuskan pada tahun ini ialah  mental arithmetic. 

Ketahuilah, aku pada asalnya zero tentang bab ini. Alhamdulillah Allah ‘jumpakan’ aku dengan kelas online yang sedang aku ikuti sekarang ni, dengan bayaran rm15 satu sessi, bermula awal Januari lepas.

Alhamdulillah, kelas yang sangat membantu untuk aku menguasai mental arithmetic dan untuk mengajar sendiri pada anak-anakku. Tapi masih belum tahap pro lagi. Perlahan-lahan belajar, dan terus mengikuti kelas setiap minggu. Kiranya aku belajar, dan dalam masa yang sama mengajar anak :)

Aku mula mengajar Anas pada awal Januari juga. Bermula dengan introduction, mengenal nombor berdasarkan kedudukan manik abakus, belajar posisi duduk yang sepatutnya, belajar asas jari 1-3 yang melibatkan operasi tambah dan tolak, dan cara memegang pensel yang betul. 

Secara formalnya, aku mengajar setiap topik sekali sahaja seminggu. Bila dah faham, terus buat worksheet yang semuanya aku dapat dari guru online yang mengajarku. Worksheet untuk setiap topik cuba untuk disiapkan dalam tempoh seminggu, sebelum belajar topik seterusnya. Bergantung kepada masa yang sesuai. 1 page sehari pun sudah sangat memadai. 

Alhamdulillah, hingga setakat ni Anas memang cepat tangkap apa yang diajarkan setiap minggu. Penggunaan jari difahami dan dipraktis dengan baik, cuma cara memegang pensel masih terkeliru. Yang pasti Anas perlu buat lebih banyak latihan supaya lebih fokus, pantas dan cekap dalam menjawab soalan. Insya Allah Anas boleh :)

Setakat ini hanya ajarkan pada Anas, kerana Mussaab masih ‘belum bersedia’. Tak mengapalah, Insya Allah next year atau bila-bila masa saja Mussaab dah ready, ummi akan ajarkan pada Mussaab juga :) 



Kelebihan mempelajari Mental Arithmetic- screenshot dari fb Projek Anak Bijak





Antara worksheets yang sudah disempurnakan 
















Yang perlu complete bulan ini


SEKADAR TERIMA KASIH



Terima kasih kerana cukupkan makan pakaiku. Malahan sudah terlebih dari yg perlu.


Terima kasih sediakan aku tempat tinggal untuk berteduh. Tempat yg selesa dan menenangkan.


Terima kasih bayarkan hutang pengajianku. Tak pasal2 kena tanggung semua tu kan?


Terima kasih banyak membantu urusan rumahtangga yg x pernah sempurna aku lakukan.


Terima kasih jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak. Yang menyayangi dan melindungi.


Terima kasih cukupkan segala nafkah.


Terima kasih menyayangi dan menghormati ahli keluargaku.


Terima kasih byk bersabar, dan terus bersabar dengan segala sikap dan tingkah burukku, yang mungkin bukan begini yg pernah kamu harapkan dari seorang isteri.


Terima kasih.

Aku hanya ingin berterima kasih.

Kamu sudah memberi yg terbaik utk diri ini.


Tidak aku nafikan kekuranganmu, lantaran kamu juga manusia biasa.

Namun kekuranganku pastinya lebih banyak.


Andai ada salahmu padaku, 

Percayalah. Aku maafkan segalanya.

Dan aku tak ingin ingat semuanya.


Kerana pasti,

Kebaikanmu lebih banyak.


Dan aku,

Mahu untuk terus berterima kasih.


Semoga Allah sentiasa merahmatimu.

Semoga Allah sentiasa kasih padamu.

Kerana kamu sudah mencuba yg terbaik. 

Sudah yg terbaik!

Friday 2 February 2018 0 comments By: Naemah

SEANDAINYA PERLU

Andai dunia perlu mengenali kalian.


Biarlah sebagai penyelamat agama.

Biarlah sbg model Muslim sejati.


Bukan krn nilai duniawi yg kamu ada.


Ketahuilah Islam sedang dahsyat terfitnah

Ketahuilah banyaknya Muslim hanya pd nama


Berat!


Sbg ibubapa d mana harus kita mulakan?

Ya! Di rumah kita.

Siapkan anak2 dengan ilmu 

Ilmu sebanyaknya 


Duniawi. Ukhrawi.

Seimbang keduanya.


Ajarkan. Pesankan. Doakan.


Agar yg diumpamakan Baginda SAW spt ‘buih di lautan’ itu, bukanlah mereka!


BUKANLAH KITA DAN MEREKA!



Pantai Cahaya Bulan

Ketika menunggu nenek selesai urusan di klinik kesihatan Badang









For the first time- Anas dan Mussaab mudah diajak bergunting rambut di kedai :)