Wednesday, 21 February 2018 By: Naemah

MANFAATKAN TV UNTUK PENDIDIKAN



Hari ni nak sentuh bab tv; antara benda penting dan yang wajib ada bagi sesetengah orang, dan ada pula yang langsung memilih untuk tidak memiliki tv atas sebab-sebab tertentu. Antaranya ialah untuk kebaikan anak-anak, agar mereka tak terpengaruh dengan unsur negatif yang mereka tonton di tv, dan apatah lagi jika tv itu membuat mereka ketagih, lagi bertambah tidak baik untuk perkembangan dan pembesaran anak-anak.

Kami pula bagaimana? 

Buat masa ini kami memilih untuk mempunyai tv di rumah. Ya, tak dinafikan tv ini banyak mudaratnya sebagaimana yang dinyatakan tadi. Tapi tak dinafikan juga, jika digunakan untuk kebaikan, maka kebaikan juga yang kita dapat. Tapi awas, tetap perlu bersederhana dan sentiasa dalam pemantauan.

Kami tak langgan Astro, tapi melanggan pakej Unify/Hypp tv. Bermakna, masih boleh menonton channel tv yang aneka pilihan juga :) tapi atas faktor ‘anak-anak’ juga, maka jarang-jarang sekali kami menonton tv, kecuali ada rancangan yang sesuai untuk seisi keluarga. Maka tak tahu sangatlah apa drama terkini, atau gossip terkini. Kalau tahu jugak tu, bukan dari tv, tapi dari internet di hujung jari ;)

Sebenarnya setiap hari tv di rumah terpasang untuk anak-anak. Yang selalu menjadi pilihan ialah video education di YouTube. Anas dengan video pilhannya, dan Mussaab dan Miqdad juga ada video kegemaran masing-masing. Tak kena masa, berebut juga :) akan lebih harmoni bila mereka faham yang mereka perlu bergilir menonton video masing-masing.

Anas kini tengah obses dengan video countries of the world, country balls, emoji, piano, magic tricks, dan yang lain. Miqdad lebih kepada video basic a ba ta, phonics songs dan kids songs. Mussaab pula selalu jadi yang terpaksa redha dan pasrah. Menonton apa saja pilihan abang dan adik. Sesekali meminta apa yang dia teringin nak tonton. Thank you Mussaab. Selalu jadi yang tenang dan menyenangkan :)

Tv itu juga gunanya untuk dipasangkan video bacaan surah-surah al-Quran. Untuk mudahkan hafazan, insya Allah dan untuk biasakan anak-anak dengan al-Quran. 

Tapi masih perlu sentiasa beringat. Bila terlalu lama anak di depan tv, akan timbul juga rasa risau. Biarpun apa yang ditonton itu baik, mungkin tak baik juga bila mereka diam saja tak bergerak. Tapi selalunya mereka jenis yang tak duduk diam juga bila menonton. Ke sana sini, skip menonton sekejap dan buat hal lain. Bergantung pada keadaan.

Kesimpulannya, tv masih wujud di rumah kami untuk tujuan pendidikan (itu niat kami). Bukan kerana kami nak melayan drama, bola, atau seumpamanya. Ye, sesekali boleh la kan :) selalunya bila anak-anak dah tidur masa tulah kalau sempat nak layan movie ke apa. Sesekali :D 

Untuk masa depan, masih belum pasti bagaimana. Lihat pada keadaan, apakah tv masih diperlukan, atau lebih baik tiada tv di rumah. Masa dan keadaan yang menentukan. Sekali lagi, tv atau apa saja teknologi terkini, jika betul caranya boleh menjadi yang bermanfaat, dan perlu sentiasa peka, pantau dan tahu had penggunaannya. Kadangkala kami juga dah ‘terlebih’, semoga akan dapat diperbaiki dan betul-betul memanfaatkan apa yang ada. Insya Allah :)



0 comments:

Post a Comment