Thursday, 1 February 2018 By: Naemah

LITTLE DIAMOND KINDERGARTEN: SEBULAN BERLALU

Alhamdulillah sempurna sudah sebulan-Januari 2018. Bermakna sudah sebulan Anas dan Mussaab menjadi pelajar tadika Little Diamond :)

Sedikit catatan perjalanan Anas dan Mussaab di Little Diamond Kindergarten sepanjang sebulan ini;

Untuk 4 minggu pertama, sempurna kehadiran Anas dan Mussaab ke sekolah. Minggu ke-5, juga penutup bulan Januari, Anas dan Mussaab tak dapat hadir ke sekolah seperti biasa kerana balik ke kampung menziarahi Mek dan nenek yang sudah uzur. Sebolehnya, mahu cuba untuk kerap balik menziarahi keduanya. Peluang yang ada ialah ketika abi balik dari laut. Maka, sesekali Anas dan Mussaab pasti akan terpaksa ‘bercuti’ dari sekolah. Januari - dah 2 hari tak hadir ke sekolah :)

Minggu pertama persekolahan merupakan minggu orientasi. Anas dan Mussaab bersemangat setiap hari untuk ke sekolah. Katanya best! Apa taknya, setiap hari penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik. Ibubapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak di sekolah melalui group whatsapp dan laman Facebook sekolah. Alhamdulillah :)

Minggu berikutnya anak-anak sudah mula belajar (sambil bermain). Anas dan Mussaab masih kelihatan seronok dan bersemangat untuk ke sekolah. Terutamanya Anas, ummi suka melihat dia sangat seronok untuk ke sekolah setiap hari. Mussaab pula, adakalanya mengatakan tak nak ke sekolah, tapi bila dipujuk senang saja dia bersiap :)

Alhamdulillah untuk sebulan yang sudah berlalu. Segalanya dipermudahkan. Part mencabar, ialah ketika nak mengejutkan anak-anak di pagi hari. Tidaklah terlalu sukar, especially Mussaab sekali dua kejutkan dah bangun :) Anas pula kena ‘usaha lebih’ sikit untuk kejutkan dia :D

Lepas tu bila di bilik air, susah pula nak keluar. Berkali panggil, barulah keluar. Berpakaian, bersarapan, bersiap ke sekolah, adalah sedikit part mencabar. Tapi Alhamdulillah masih dalam kemampuan untuk menguruskan anak-anak :)

Oh ya. Anas dan Mussaab juga berdaftar untuk kelas piano yang diadakan seminggu sekali (setiap isnin) di sekolah. Sudah 3 minggu mengikuti kelas piano :) ada juga kelas taekwando setiap jumaat, tapi kerana jumaat itu sering menjadi hari untuk balik ke kampung, maka ‘tangguhkan’ dulu untuk Anas dan Mussaab. Insya Allah tahun yang akan datang masih ada peluang untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri pula.

Itu sahaja sedikit update tentang persekolahan Anas dan Mussaab untuk bulan yang pertama ini. Harapan ummi, semoga Anas dan Mussaab akan sentiasa bersemangat ke sekolah dan sukakan sekolah. Semoga setiap hari seronok menimba ilmu yang pelbagai di sekolah. Insya Allah. 



Hari pertama persekolahan- 02/01/18


Hari pertama/bulan ke-2- 01/02/18

0 comments:

Post a Comment