MUSSAAB: SMART BOY LIKE ALONG

Hari ni ummi nak update tentang Mussaab yang dah berusia 1 tahun 4 bulan. Asyik cerita pencapaian along je kan...adik pun ada pencapaian juga dari hari ke hari. Alhamdulillah :):):)

Mussaab dah kenal banyakkkk huruf hijaiyyah.  Walaupun ummi jarang ajar Mussaab guna flashcards, tapi Mussaab tetap dapat tangkap juga. Oleh kerana tak sempat/terlupa nak main flash card hari hari dengan Mussaab,  ummi tampal je huruf huruf tersebut di dinding. Senang nampak, senang ajar dan tanya Mussaab. Alhamdulillah... Dah banyak yang Mussaab dapat. Selain tu, video juga banyak membantu. Tak lupa, along juga banyak ajar adik :):):)


Selain itu, Mussaab dah banyak juga mengumpul perkataan baru dalam kepalanya. Sebutannya pula ada yang jelas, dan ada juga yang bunyinya di hujung hujung saja. Tapi oklah, Mussaab kecil lagi :) Kerana banyak menonton video English and Arabic, vocab Mussaab pun bertambah untuk kedua bahasa itu. Insya Allah sama macam along. Lagipun Mussaab sangat suka buka buku. Buka, tenung dan tanya. Itu juga antara cara Mussaab belajar. Good job adik!! Ummi tak terkejut nanti Mussaab dah kenal shapes, colors, animals, numbers,alphabets, fruits, etc...sebab sekarang pun dah banyak yang Mussaab berjaya sebut tanpa disangka sangka. Lagi sekali, Mussaab banyak belajar dari along :):):)


Hampir setiap masa juga Mussaab diperdengarkan dengan alunan bacaan ayat Al Quran. Di samping kejayaan along menghafal, ummi harapkan Ayat ayat tersebut juga dah ada dalam ingatan Mussaab. Mudah mudahan bila dah start hafazan untuk Mussaab, ianya akan menjadi lebih mudah. Insya Allah. 

Mussaab dan along mungkin ada sedikit berbeza, tapi tak bermakna along lebih baik dari Mussaab,  atau Mussaab lebih baik dari along. Ummi percaya, keduanya special. Dan keduanya bijak dan pandai. Tugas ummi dan abi mendidik keduanya dengan cara yang paling bijaksana, agar anak anak mendapat dan mencapai yang terbaik dalam kehidupan ini. Insya Allah... 




0 comments:

Post a Comment