Saturday 20 August 2022 0 comments By: Naemah

ILHAM MIQDAD: UJIAN KELAYAKAN SRAI





20/8/2022


Alhamdulillah selesai sudah Ujian Kelayakan Srai Miqdad yang bertempat di SRAI Pekan Beranang. 


Pada hari ujian Miqdad, abi tak ada bersama. Makanya ummi yang perlu uruskan segalanya untuk Miqdad hari ni. Bertolak meninggalkan rumah sekitar jam 7.30 pagi. Suri juga ikut sekali. Anas dan Mussaab pula tinggal di rumah.


Sebaik sampai, dah ramai calon yang dah mendaftar. Ummi bawa Miqdad masuk untuk pendaftaran, selepas itu Miqdad dan calon yang lain dibawa masuk ke bilik ujian masing-masing. Ummi hanya mampu memerhati langkah Miqdad, dan tak lupa mendoakan Miqdad agar dapat buat yang terbaik. Lepas tu ummi dan Suri balik dulu ke rumah sebab kalau nak tunggu pun agak lama (8.30-10.30 waktu ujian berjalan).


Dari segi persediaan, rasanya sekadarnya saja. Tak sempat nak fokus betul-betul, tapi tetap usaha yang terbaik pada kesempatan yang ada. Ummi print latihan dalam buku contoh (Miqdad berjaya lengkapkan semua). Then hampir masa exam, jawab sekali lagi dalam buku contoh yang dibeli. Berjaya juga buat semua, cuma agak mengambil masa untuk siapkan dan untuk ummi cek dan perbetulkan semua (ya, busy sangat dengan hal lain). 


Pada penilaian ummi, Miqdad tiada masalah untuk basic Bahasa Melayu, English, Sains dan Matematik. Cuma ummi kena fokus lebih pada bab jawi, pendidikan Islam, dan bahasa arab. Alhamdulillah Miqdad dapat juga ‘tangkap’ apa yang ummi sempat ajar. Boleh dah slow-slow baca jawi, tambah vocab arab, tambah pengetahuan agama islam, dan lain-lain. Alhamdulillah.


Selepas itu berserah pada Allah semata. Ummi yakin Miqdad dah buat yang terbaik. Miqdad keluar tepat waktu tamat ujian (ujian bertulis dan lisan). Ramai juga calon yang keluar awal. Ummi datang semula ke sekolah ambil Miqdad ditemani Anas, Mussaab dan Suri. Semua tak sabar menunggu Miqdad keluar.


Sebaik Miqdad keluar, terus bertubi soalan ditanya dari ummi dan abang-abang :D Kata Miqdad, ada soalan senang dan ada juga susah. Biasalah tu kan. Takpelah, kita tunggu saja keputusan nanti. Pasrah saja pada kehendak Allah. Pastinya yang terbaik saja dari Allah.


Imbas kembali; tahun 2018 ummi bawa Anas ambil ujian UKS. Alhamdulillah Anas berjaya mendapat tempat di SRAI Pekan Beranang. Kini dah berada di tahun 4. Tahun 2020, Mussaab pula ambil ujian UKS. Apa yang berbeza, Mussaab exam pada masa pandemik. Bergantung pada ujian bertulis semata (tiada ujian lisan). Dan Mussaab tak berjaya untuk masuk SRAI. Takpelah, tempat Mussaab bukan di sini. Mussaab masuk darjah 1 di SK Kampung Rinching dan bersekolah agama di SRI Permata Nusaybah. Bila tak dapat masuk SRAI, terpaksalah Mussaab masuk 2 sessi sekolah setiap hari. Pun tak mengapalah, sekolah Mussaab sekarang pun tak ada kurangnya. Semua guru berdedikasi dan tetap memberikan yang terbaik untuk pelajarnya. Yang tinggal hanya kita, mahu berusaha untuk berjaya atau sebaliknya. 


Tahun 2022, Miqdad pula jalani ujian UKS. Persaingan tetap banyak, sama macam time Anas dan Mussaab dulu juga. Daripada semua calon yang menduduki ujian, hanya separuh yang akan berjaya masuk. Jadi, tenang-tenang sajalah. Bergantung pada rezeki Allah. Miqdad pun dah cuba yang terbaik juga kan?


Tamat sudah cabaran pertama. Kini debaran menunggu keputusan ujian pula (keputusan ujian pada 12/9/2022). Tawakkal. Biar apapun keputusan nanti, kita terima saja. Insya Allah.




Pendaftaran 




Dibawa ke bilik ujian




Ujian berjalan (sumber:telegram sekolah)



Ujian selesai




Singgah makan nasi lemak sebelum balik



.

.

.

V


UJIAN KELAYAKAN SRAI ANAS ZAYDAN


UJIAN KELAYAKAN SRAI ABDULLAH MUSSAAB




Tuesday 16 August 2022 0 comments By: Naemah

MELENCONG KE TEMERLOH



Kita merancang, Allah jua merancang. Sudah tentulah perancangan Allah itu yang terbaik. Begitulah kesimpulannya pada catatanku kali ini.


Pada awalnya suamiku merancang untuk balik kampung dengan Miqdad dan Suri pada hari Jumaat lepas (12/8/2022). Tapi pada hari tersebut, tukar plan, suami ajak semua balik sekali. Aku setuju saja walaupun berat hati juga nak balik sebab Isnin depan Anas nak exam, kononnya weekend ni nak suruh dia fokus pada ulangkaji. Tapi setuju jugalah nak balik kampung, sebab nak lepaskan suami balik dengan anak-anak je pun, berat hati juga. 


Suami decide nak bawa kereta ODC yang dah lama tersadai kat rumah ni (dah lama tak berjalan jauh sejak kereta buat hal). Dalam sebulan ni kereta tu elok je bergerak sana sini (tapi sekitar Semenyih ni je). Jadi suami confident la nak bawa balik kampung, walaupun aku tak berapa setuju.


Kami bertolak selepas ambil Anas di sekolah jam 12 tengahari, hari Jumaat. Dari sekolah, terus bertolak balik kampung. Anas dan Miqdad masih dengan pakaian sekolah. 


Mulanya perjalanan agak lancar. Menempuh kesesakan di KL pun tiada masalah. Sampailah masuk highway LPT, kereta dah mula buat hal. Dipendekkan cerita, sebab rasa dah tak boleh teruskan perjalanan, kami terpaksa berhenti di tepi jalan (pilih tempat yang selamat). Lagi 5km nak sampai ke R&R Genting Sempah. Matikan dulu enjin, beberapa kali hidupkan balik enjin, namun masih bermasalah dan tak dapat nak teruskan perjalanan. 


Akhirnya suami call trak penunda, untuk minta bantuan. Aku pula call anak saudara yang tinggal di Karak untuk minta tolong ambil kami. Lepas tu hidupkan kereta, nak cuba bawa ke R&R yang dah tak berapa jauh tu. Alhamdulillah boleh gerak, tapi malangnya tak sempat sampai ke R&R, enjin mati lagi di tengah jalan (lagi 2 km je nak sampai R&R). Kali ni agak cemas, sebab mati di selekoh yang agak berbahaya. Dengan kenderaan yang banyak, termasuk kenderaan berat yang memenuhi jalan. Agak menakutkan, setiap kali lori besar melintasi. Sementara menunggu bantuan, suami terpaksa keluar untuk mengawal trafik. At least kenderaan lain tahulah ada kereta rosak di depan.


Dalam penantian lebih kurang 1 jam lamanya, anak-anak yang tadi tenang mula tak senang duduk dalam keadaan panas. Bermandi peluh semuanya. Basah kuyup baju masing-masing. Ada yang hilang sabar, dah mula merungut. Ada pula yang dah mula menangis. Dalam keadaan panas dan sukar ini, bermacam rasa hadir. Mencuba untuk bersabar, dan yakin akan hadir pertolongan dari Allah. 


Lebih kurang jam 3.30, kereta penunda sampai. Kami dibawa ke R&R Genting Sempah, di mana di sini anak saudara (Zaid) dah menunggu kami. Aku dan anak-anak ikut Zaid balik ke rumahnya di Karak. Alhamdulillah syukur dan berterima kasih atas pertolongan ini. Ada juga saudara yang terdekat yang boleh kami hubungi dalam situasi cemas seperti ini. Suamiku naik trak penunda tadi, ikut hantar kereta di bengkel (di Port Klang). Malam ni aku dan anak-anak bermalam di Karak, sementara suami balik semula ke rumah. Menempuh hari yang mencemaskan dan memenatkan. Kami terima ujian ini dengan redha. 


Pada esok harinya suami datang menjemput kami di Karak. Dah tak sempat nak balik kampung nampaknya. Suami bawa kami ke Temerloh. Katanya nak bawa makan patin tempoyak kesukaan Anas. Oleh sebab masih awal pagi, kami bersantai dulu di tepian sungai di Esplanade Temerloh. Tiba waktu makan tengahari, kami menuju ke Restoren Go’Bang Maju untuk menikmati hidangan patin tempoyak. Restoren ni agak famous juga. Kami pernah datang sekali (sebelum dia tukar ke lokasi yang sekarang). Di samping patin tempoyak, banyak lagi lauk pauk yang lain yang disediakan seperti asam pedas, masak lemak salai, mi udang, dll. Kami menikmati hidangan tengahari di sini dengan berselera sekali. Alhamdulillah atas nikmat ini. 


Lepas makan ingatkan suami nak terus balik, tapi rupanya dia dah book hotel di Bandar Temerloh ni. Alang-alang sampai sini, berehat dululah semalaman kan? Sebelum check in hotel, suami bawa anak-anak main air di Kubang Gajah Waterpark. Main redah je pakai Google, mana tempat menarik yang boleh dituju di sini. Maklumlah, tak pernah sampai sini sebelum ni. Anak-anak seronok dapat main air di waterpark. Kami berada di sini selama lebih kurang 3 jam. Anak-anak dilepaskan bermain sepuasnya. Agak berbaloi juga dengan bayaran rm 10 (kanak-kanak) dan rm 12 (dewasa) untuk berada di sini tanpa had masa. Walaupun dalam cuaca agak panas, anak-anak tetap enjoy main air di sini.


Jam 3 petang, check in hotel, berehat sekejap, kemudian keluar makan malam di kedai makan berdekatan. Malam suami keluar lagi bawa anak-anak ke car boot sale. Lepas tu balik tidur dan berehat secukupnya. Siapa sangka, dari plan asal nak balik kampung, akhirnya melencong ke Temerloh. 


Pada esok harinya, bersiap nak balik semula ke Semenyih. Breakfast di kedai makan yang berdekatan, lepas tu ke pasar pagi di Esplanade (tempat lepak semalam). Besar pasarnya, dan macam-macam orang jual kat sini. Kat sini kami beli ikan patin, kuih muih, petai, kacang rebus dan pakaian juga. Selesai membeli terus bertolak untuk balik. 


Perjalanan kami santai-santai saja. Ikut jalan lama, tak masuk highway. Masuk kampung, felda semua la. Betul-betul menikmati pemandangan hijau di sepanjang perjalanan. Alhamdulillah lancar saja perjalanan, dan tak terlalu mengejar masa. 


Akhirnya tiba di rumah pada jam 3 petang. Alhamdulillah dah ‘kembali ke sarang’. Dalam sukar tetap ada senangnya. Meski Allah menguji, bersamanya juga ada pertolongan. Dan segalanya dalam kemampuan kita semua untuk menghadapinya. Akhirnya yang berat menjadi ringan, dan kita mampu bernafas lega dan jangan lupa untuk ingatkan hati agar sentiasa bersyukur. Syukur dengan ujian dan syukur atas pertolonganNya jua dapat kita tempuh semua. 


Alhamdulillah. Perancangan Allah lah yang terbaik. 



Saat bertolak 

Semuanya girang gembira sebab nak balik kampung






Call towing untuk dapatkan bantuan. Dah tak dapat nak teruskan perjalanan.







Cuba untuk berhenti di R&R. Tapi tak sempat sampai.



Bermandi peluh





Trak penunda sampai akhirnya 

Turun di R&R dan dibawa ke rumah anak saudara di Karak. Bermalam di Karak.



Esok harinya menuju ke Temerloh











Lunch di Go’Bang Maju Patin Tempoyak



Kubang Gajah Waterpark 





Dinner 



Bermalam di OYO Hotel


Dalam perjalanan balik. Santai seadanya. 










Monday 15 August 2022 0 comments By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR SURI LILYANA



(15/8/2019-15/8/2022)


Alhamdulillah genap usia Suri Lilyana 3 tahun. Syukur tak terhingga, pada Allah yang telah menghadirkan Suri dalam hidup ummi dan abi. Suri yang masih satu-satunya puteri dan yang paling kecil di dalam keluarga ini.


Alhamdulillah Suri membesar dengan sihat, sangat cerdik dan cepat belajar. Pada usia sekarang, sudah tentu Suri juga ada ‘perangai’ yang tersendiri. Selalunya baik saja, tapi ada ketikanya bikin pening ummi dan abi juga :) tapi tak mengapalah, Suri masih kecil. Masih dalam proses untuk belajar dan memahami apa yang di sekeliling Suri. 


Pada hari lahir Suri, kita jalani kehidupan yang sama macam kebiasaan juga. Suri bangun awal hari ni. Breakfast sama-sama, then duduk rumah saja tak kemana-mana. Buat aktiviti macam biasa juga, tengok video dan main basikal (hadiah birthday Suri). Hari ni Suri bertemankan angah (yang tak ke sekolah kerana kurang sihat), sementara along dan acik ke sekolah macam biasa. Pagi-pagi dah nyanyi lagu birthday untuk Suri walaupun Suri tak faham sangat lagi makna birthday tu :) dan sempat juga la ummi snap gambar Suri untuk kenang-kenangan di hari lahir Suri. 


Dan sehari pun berlalu. Mungkin tak ada yang special sangat, tapi ketahuilah ummi dan abi tak lupa akan tarikh istimewa ini. Tarikh keramat menyambut kelahiran Suri, satu-satunya puteri ummi dan abi. Seluruh kesyukuran ini hanya pada Allah, yang menganugerahkan Suri buat ummi dan abi. Suri menjadi amanah buat ummi dan abi untuk dijaga, dididik dan disayangi dengan sesungguhnya. Moga ummi dan abi mampu menjaga amanah Allah ini dengan sebaiknya.


Selamat hari lahir Suri. Doa ummi sentiasa untuk Suri. Semoga membesar menjadi mukminah solehah, yang menjaga maruahnya, yang terpelihara malunya, yang tinggi harga diri dan budi pekerti, yang sentiasa di dalam dakapan cinta Allah dan insan yang ikhlas menyayangi dan mencintai. 


Allah jaga Suri sentiasa.

Ummi dan abi sayang Suri selamanya.

Along, angah dan acik juga sayang Suri dan akan sama menjaga dan menemani Suri.

Moga hidup Suri akan dipenuhi dengan cintaNya dan cinta insan-insan sekelilingmu. Insya Allah.







Hadiah birthday Suri (awal seminggu sebelum tarikh birthday Suri). TQ abi.

Tuesday 9 August 2022 0 comments By: Naemah

MENGHARGAI SEBELUM KEHILANGAN


Pada 14/6/2022 aku dikejarkan ke bahagian kecemasan (KPJ Kajang) kerana mengalami sakit perut yang tak tertahan. Antara hidup dan mati, aku menanggung sakit sendiri. Moga Allah gugurkan dosa bersama kesakitan itu. Suami juga menanggung rasanya sendiri (yang aku tak menduga bagaimana rasanya dia). Risaukan aku, dan dalam masa yang sama perlu bersama anak-anak juga (tak boleh sepenuhnya tumpu pada aku yang sakit). Aku dimasukkan ke icu, kemudian ke wad biasa, kemudian ke HUKM pula jalani pembedahan. Dan selepas menempuh 2 minggu tempoh yang sukar itu, aku kembali ke rumah dalam keadaan diri yang semakin beransur sihat. Alhamdulillah.


Pada 14/7/2022, suamiku (dengan 2 anak) terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menghantar anak-anak ke sekolah. Tersentak aku mendapat panggilan dari suami yang sempat memaklumkan kejadian dalam keadaan dia menahan sakit. Syukur Allah lindungi anak-anak dari kecederaan, dan hanya suami yang menanggung sakitnya akibat kemalangan tersebut. Di bahagian kecemasan (KK Beranang), suami menerima rawatan dan dapat aku lihat riak wajah menahan sakitnya. Dan hanya Allah mengerti rasa hatiku ini. Mengharapkan sakit itu mampu ditanggungnya sendiri. Kemudian suami, aku bawa ke KPJ Kajang untuk x-ray kaki yang sakit, Alhamdulillah tiada keretakan. Kini dah 3 minggu berlalu, sakit makin sembuh biar belum sepenuhnya sembuh. Alhamdulillah.


Selang sebulan saja. Allah menguji aku dengan kesakitan. Kemudian suami pula. Keduanya situasi yang mencemaskan dan sangat menduga hati dan jiwa. 


Bukan nak cerita pasal kesakitan sendiri. Tapi bagaimana rasa saat melihat pasangan sedang menanggung sakit. Apa yang dia rasa ketika melihat aku terlantar sakit, mungkin sama seperti apa yang aku rasa saat melihat dia yang sedang menahan kesakitan. Bercampur baur perasaan yang sukar diterjemahkan. Mendung dan kelabu kelihatannya dunia ini. 


Ketika itu, mengharapkan kesakitan itu mampu ditanggung olehnya. Ketika itu, mengharapkan dia kuat melawan rasa sakitnya. Ketika itu, mengharapkan hatinya sepenuhnya menerima ujian dan berserah pada Allah. Ketika itu, mengharapkan Allah berbelas kasihan padanya dan mengangkat kesakitan yang sedang ditanggungnya. Ketika itu, masih tetap bersama harapan yang dia akan kembali sihat dan dapat terus menjalani kehidupan bahagia bersama.


Dan masa terus berjalan. Saat sukar itu telah ditinggalkan menjauh. Apakah itu kemuncak ujiannya buat kami? Atau mungkin akan hadir ujian yang lebih berat lagi? Ya Allah, biarlah pada tiap ujianMu itu Kau siapkan kami dengan kekuatan untuk menghadapinya. 


Ketika merasa peritnya diuji sedemikian, aku tahu pada masa yang sama ada suami/isteri yang diuji dengan kehilangan pasangan, ada yang sedang menjaga pasangan yang sakit terlantar sejak sekian lama, dan berbagai ujian yang lebih dahsyat lagi. Bersyukurlah, ujian ini tidaklah berat mana, hari ini aku dan dia masih bisa hidup bersama dalam keadaan kesihatan yang semakin baik, insya Allah. Dan ujian itu, mungkin untuk ingatkan kami agar memperbaiki lagi hubungan ini.


Bila Allah menguji diri dengan kesakitan, itu satu bab yang lain. Dan bila berdepan dengan pasangan yang diuji dengan kesakitan, itu pula satu bab yang lain. Keduanya sukar. Namun sudah tentu, Allah tak menguji lebih dari kemampuan hambaNya.


Ujian yang seperti ini menyedarkan diri bahawa pasangan adalah pinjaman dari Allah buat kita. Sedalam mana cinta dan sayang, tetap dia milikNya. Bukan kuasa kita untuk ‘pegang’ dia, untuk selamanya bersama kita. Suatu saat Allah ambil, jika bukan dia, mungkin kita yang pergi dulu. Mengingatkan tentang itu, hati masih berat untuk menerima. Ampunkan hamba ya Allah, hati masih kuat rasa ‘memiliki’, sedang kenyataannya semua adalah pinjaman, termasuk suami dan anak-anak yang sangat aku cintai ini. 


Tak tahu masih berbaki berapa lama. Moga dapat dimanfaatkan masa yang ada bersama ini dengan sebaiknya. Cukuplah ujian itu membuka hati, agar lebih menghargai pasangan. Biar tiap detik bersama menjadi detik berharga dan menjadi kenangan yang manis, dan bukan yang sebaliknya.


Ya Allah, pimpinlah hamba.





Moga Allah masih memberi izinNya untuk meneruskan kehidupan ini bersama yang tercinta.