Pada 7/7/18 Anas menduduki ujian kelayakan di SRAI Pekan Beranang. Permohonan untuk memasuki sekolah ini telah dibuat pada bulan April yang lepas, selepas mendaftar di sekolah kementerian secara online.
Beberapa hari sebelum tarikh ujian, pihak sekolah telah menghantar surat untuk memaklumkan tarikh ujian tersebut.
Maka pada 7/7/18 adalah merupakan harinya. Dan ini juga merupakan exam pertama buat Anas memandangkan Anas belum pernah berhadapan dengan exam seumpama ini di sekolahnya yang sebelum ini (Genius Aulad) dan yang sekarang (Little Diamond Kindergarten).
Beberapa hari sebelum tarikh peperiksaan Anas sudah membuat latihan menggunakan buku soalan contoh yang dibeli di sekolah. Alhamdulillah, Anas dapat menjawab soalan dengan baik. Cuma yang perlu lebih ditekankan ialah dalam bab jawi dan sirah nabi. Dalam kesempatan yang masih ada, ummi cuba ajar Anas membaca jawi dan bercerita serba ringkas tentang sirah nabi, dan nampaknya Anas dapat memahami dengan baik.
Sehari sebelum exam, Anas diberi masa selama 1 jam untuk menjawab soalan di dalam buku. 1 jam untuk set pertama dan satu jam untuk set kedua. Anas dapat siapkan lebih cepat berbanding masa yang diberikan. Anas berjaya mendapat 96% untuk set pertama, dan 98% untuk set kedua. Ummi sangat berpuas hati dan yakin pada kemampuan Anas untuk berhadapan dengan exam pada esok harinya.
Tiba harinya, Anas berhadapan dengan ujian dengan penuh confidence. Masuknya ceria, keluarnya juga dengan ceria. Exam bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11 pagi. Exam pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu bertulis dan lisan. Kata Anas, soalannya tak sama dengan soalan yang di dalam buku, tapi senang saja katanya :)
Ummi percaya Anas sudah menjawab yang terbaik sesudah berusaha dan bersedia sebaik mungkin. Ummi juga tak lupa mendoakan agar segalanya mudah untuk Anas. Dan seterusnya, kita berserah saja pada Allah yang pasti telah mentakdirkan yang terbaik untuk Anas. Jika sekolah ini yang terbaik untuk Anas, Insya Allah akan ada tempatnya nanti untuk Anas.
Keputusan ujian akan diumumkan pada 26/7/18. Yang berdebar bukan Anas, tapi ummi dan abi :D tinggi juga harapan ummi dan abi agar Anas diberi tempat untuk belajar di sekolah ini. Namun ummi juga sedar saingan untuk memasuki sekolah ini juga sangat ramai, dan mereka juga pasti bukan calang-calang. Maklumlah, bak kata orang budak-budak sekarang ni bijak-bijak :)
Tak mengapa. Ummi cuba tenang saja :) segalanya sudah tertulis. Ada rezeki, adalah kan? Insya Allah.
Mengimbas kembali di hari ujian kemasukan SRAI Pekan Beranang, kebetulan abi masih di Bintulu. Maka terpaksalah ummi drive sendiri ke sekolah, membawa bersama Mussaab dan Miqdad. Jam 7.30 sudah bertolak, bimbang jalan jem dan tiada ruang untuk parking nanti. Alhamdulillah, perjalanan lancar walaupun jalan sudah penuh dengan kereta. Kita antara yang terawal sampai di sekolah.
Di sepanjang tempoh menunggu pula, berpeluh ummi mengawal Mussaab dan Miqdad yang melasak tak kira masa. Masa yang sepatutnya ummi berada di dalam dewan dan mendengar taklimat, terpaksa dihabiskan di luar dewan sahaja. Tak dapat ummi nak mendengar taklimat yang disampaikan. Mussaab dan Miqdad perlu dikawal dan diperhatikan selalu.
Tiba masanya balik ke rumah, sekali lagi menempuh perjalanan dalam kesesakan jalan raya. Alhamdulillah, akhirnya selamat pergi dan selamat balik. Satu kejayaan buat ummi secara peribadi :D berjaya juga ummi drive ‘sejauh’ itu bersama anak-anak. Alhamdulillah:)
Harapan dan doa ummi, semoga Allah takdirkan yang terbaik buat Anas.
Ya Allah, jadikan Anas yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Aameen.
Di dalam dewan sebelum pendaftaran dibuat. Dewan masih lengang kerana masih terlalu awal.
Dapat ‘diamkan’ Miqdad seketika dengan buku
Beratur untuk dibawa ke bilik exam
Mussaab dan Miqdad yang aktif, ceria dan tersangat bahagia :)
Selesai sudah exam. Sedang menunggu eiman (sepupu) dan Aqil (kawan di LD)
Sempat jumpa dan bergambar dengan Aqil. Lepas tu balik, tak dapat jumpa Eiman yang masih belum selesai ujian lisan.
Selesai
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment