NOVEMBER: AL-QURAN, IQRA’ DAN HAFAZAN


Sudah berada di bulan November 2018. Sudah agak lama juga tak update tentang bacaan al-Quran Anas, bacaan Iqra’ Mussaab dan juga hafazan surah mereka. 


Last update: 


Alhamdulillah bacaan al-Quran, Iqra’ dan hafazan sudah menjadi rutin dan ianya berjalan setiap hari (ya, kecuali bila travel atau balik kampung, ‘bercuti’ sekejap) Berbanding update lepas, kini sudah ada banyak peningkatan pada keduanya, dan insya Allah akan lebih baik lagi untuk masa yang akan datang. Dan ini adalah update sehingga penghujung Oktober 2018



Anas: Al-Quran


Bacaan al-Quran Anas semakin baik, masih dalam usaha untuk melancarkan lagi bacaan, dan perlu lebih berhati-hati dalam bacaannya agar tidak sering tertukar huruf dan baris. Setiap malam Anas membaca separuh page, dan kini sudah membaca sehingga surah al-I’mran ayat 157. Alhamdulillah. Masih jauh lagi untuk khatam, namun akan teruskan sehingga benar-benar baik bacaannya. Bila dah lancar, insya Allah akan lebih cepat untuk khatam al-Quran kali yang pertama :) Insya Allah 




Page terkini



Hafazan


Hafazan juga tetap berjalan seiring. Tahun ini Anas sudah berjaya menghafaz 3 surah panjang daripada juzuk Amma iaitu surah an-Naba’, surah an-Nazia’t dan surah A’basa. Alhamdulillah. Kini sedang meneruskan hafazan surah berikutnya iaitu surah at-Takwiir. Sudah berjaya hafaz sebanyak 13 ayat daripada 29 ayat semuanya. Tapi agak mencabar sedikit untuk surah ini walaupun jumlah ayatnya lebih sedikit berbanding 3 surah sebelum ini. Targetnya sehingga ke penghujung tahun ini hanya akan fokus sehingga surah ini sahaja, di samping setiap malam juga akan tasmik surah-surah yang sudah berjaya dihafaz dengan harapan ia akan tetap kekal dalam ingatan. Insya Allah. 




Mussaab: Iqra’


Mussaab masih meneruskan bacaan dengan menggunakan buku membaca al-Quran kaedah al-Barqy. Alhamdulillah ia sangat membantu. Mussaab dah melangkah dengan banyak sekali. Kini sudah di page 48 sudah melepasi bacaan huruf bersambung, tanwin dan mad asli (fokus pada bacaan panjang dan pendek). Mussaab hanya membaca 1 row sahaja setiap malam (dalam 5 perkataan). Mussaab sudah semakin mengenal huruf, baris dan boleh sesuaikan sebutan dengan baik. Alhamdulillah. Insya Allah akan teruskan sehingga Mussaab juga nanti akan boleh membaca al-Quran pertamanya. Perlahan melangkah tak mengapa, yang penting usaha dan tetap istiqomah. Insya Allah.




Page terkini Mussaab 



Hafazan


Ummi tidak terlalu menekankan bab hafazan pada Mussaab, dan kini masih mengulangbaca surah-surah lazim dari al-Fatihah, an-Naas, al-Falaq, al-Ikhlas dan al-Masad setiap malam.



Tafsir 


Baru-baru ini sudah mula membacakan tafsir al-Quran untuk Anas. Sudah habiskan tafsir untuk surah At-Takwir dan An-Naba’, kini sedang meneruskan tafsir surah an-Naziaa’t pula. Hanya mentafsir beberapa ayat sahaja sehari, sambung lagi next day, and next day, sampai habis satu surah. Alhamdulillah Anas menekuninya dengan baik di samping menimbulkan persoalan demi persoalan. 




Al-Quran untuk hafazan dan juga tafsir 

Al-Quran pertama Anas, dibeli sekitar tahun 2013, sudah uzur benar, tapi al-Quran ni sangat best! 


Kini dah tak pakai tracker lagi untuk menarik Anas dan Mussaab membaca al-Quran setiap malam. Bila ia dah menjadi rutin, bila masing-masing dah tahu apa yang perlu mereka buat setiap malam lepas solat maghrib, maka tracker dah tak perlu lagi :) masing-masing dah ready setiap malam, walau kadang-kadang ‘liat’ juga. Mussaab pula kalau dulu punyalah susah nak ajak duduk baca iqra’ tapi sekarang dia pula yang selalu offer nak baca dulu. Bacaan pun banyak improve. Masya Allah, ummi happy sangat! Alhamdulillah :)


Oklah, sampai di sini saja update sehingga akhir Oktober ini. Insya Allah akan diteruskan, dan akan memperbaiki setiap kekurangan, akan lebih faham dan lebih dekat dengan al-Quran. Insya Allah.





Cinta hati. Permata hati.

Semoga Anas, Mussaab dan Miqdad menjadi hamba yang dekat hatinya dengan al-Quran 

آمين

0 comments:

Post a Comment