ANAS: UPDATE HAFAZAN-1

Assalamualaikum..

Hari ni nak update tentang hafazan Anas yang telah berlalu selama 2 bulan setengah. Hafazan Anas yang berusia 3++ tahun untuk juzuk amma. 

Alhamdulillah hafazan berjalan dengan baik dan pencapaiannya mengikut apa yang dijadualkan. Hari ini, 14/05/15 Anas dalam usaha menghafaz surah Al zalzalah, surah yang ke 17. 

Surah surah yang telah berjaya dihafaz; Al Fatihah, Annas, Al Falaq, Al Ikhlas, Al Masadd, An Nasr, Al Kafiroon, Al Kauthar, Al Mauun, Quraish, Al Fiil, Al Humazah, Al Asr, Al Takathur, Al Qariah, Al Adiyat.

Cara hafazan: Seperti yang telah dihuraikan dalam entri yang lepas KLIK SINI.
Ringkasnya, hafazan dimulakan dengan memperdengarkan Anas audio/MP3 ayat Al Quran atau surah yang ingin dihafal. Kalau boleh pasang setiap masa, sekadar untuk dia mendengar tanpa meminta dia membaca. Selepas 3 hari dah boleh minta dia baca perlahan lahan. Ajarkan bacaan, dan kemudian minta dia baca. Ulang ulang seberapa banyak yang boleh. Cari masa sesuai, saat dia senang  diajak membaca dan menghafal. Jangan dipaksa paksa, kerana paksaan membuatkan dia jadi tak berminat. Ajar dengan kelembutan, pujian dan pujukan..insya Allah mudah je :)

Setakat hari ini Alhamdulillah, cara hafazan yang digunakan untuk Anas berjaya membuatkan dia mencapai target yang telah ditetapkan. Tapi ya, lain budak lain caranya. Mungkin cara begini sesuai untuk Anas. Mussaab belum tahu lagi bagaimana. Dan untuk surah surah panjang yang berikutnya, tak pasti akan diteruskan dengan cara begini atau ada cara dan jalan lain yang lebih baik. tengok lah...Yang penting, cuba...ikut cara bagaimana yang anak senang nak ikut. 

Pemerhatian: Anas (Dan anak syurga yang lain) memang Allah kurniakan mereka hati yang terang, kerana mereka suci dari dosa. Tak seperti kita :,(
Memang masa nilah masa emas mereka. Masa ni jugalah nak install sebanyak mungkin nilai positif dalam diri mereka. Al Quran salah satunya. Dan memang mereka cepat ingat, cepat tangkap semua perkara. Masya Allah..

Kanak kanak seusia Anas juga sangat seronok kalau kita menjanjikan 'hadiah' untuk mereka sekiranya mereka dapat mencapai sesuatu target atau melakukan sesuatu kebaikan. Dalam bab hafazan, kami sering menjanjikan hadiah untuk Anas. Buat dia makin semangat nak menghafal. Anas's tree (rujuk gambar bawah) salah satu yang dia sangat suka dan excited. Bila satu surah berjaya dihafal, satu sticker fruit akan ditampal pada pokoknya sebagai reward. Dia seronok sangat, memilih fruit mana yang dia nak untuk surah tersebut :) selain itu, abi sering menjanjikan hadiah mainan kesukaannya, atau janji nak bawa jalan atau balik kampung. Lagi seronok dan bersemangatlah dia :D



Kesimpulannya, Al Quran itu penyuluh hidup mukmin. Tak mustahil untuk kita sebagai ibu untuk melahirkan para hafiz dan hafizah dengan pertolongan Allah. Yang penting kita sendiri perlu ada azam Dan usaha, serta terus istiqamah dalam mendidik Dan mengajar mereka. Dan paling penting lagi, kandungan al Quran itu sendiri yang perlu anak anak fahami amalkan. Bukan sekadar menghafal, ya...insya Allah. Aku juga sedang mencuba. Doakan semoga tetap istiqamah dan termasuk di kalangan yang berjaya...insya Allah.



Star reward. Sekarang dah berjaya kumpul 16 bintang. Alhamdulillah :)


Anas's tree. 16 fruits for 16 surah that was memorized successfully. Alhamdulillah :)



0 comments:

Post a Comment