ANAS's NEW LESSONS: AUGUST 2015

Berkesempatan untuk update tentang pelajaran terbaru Anas sepanjang Ogos 2015. Kini berusia 3 tahun 7 bulan. Alhamdulillah sihat dan cerdas. Belajar tentang banyak perkara juga :)

jika dulu yang sering dipersoalkan ialah apa/what? kini bentuk soalan berubah kepada kenapa/why? adakalanya bagaimana/how? dan soalan soalan lain yang lebih mencabar dan menguji ummi dan abi. 

kerana banyak persoalan, maka banyak jawapan dan pelajaran yang dapat dikutipnya. alhamdulillah :)


pelajaran sekitar Ogos 2015:


4 seasons/weather/wind and cloud

Minat memerhati alam, melihat perubahan cuaca dan dan musim, tertanya tanya bagaimana berlakunya kejadian itu. berbagai persoalan timbul di fikirannya. 

Mengambil peluang di atas rasa ingin tahunya itu kepada pelajaran yang bermanfaat, insya Allah. Banyak video yang dimuat turun dari youtube yang berkaitan dengan tajuk yang diminatinya itu di samping gambar gambar yang diprint untuk dia tatap dan faham. 

yes, ia berhasil, dan dia sangat excited. dia hafal tentang perubahan musim dan bagaimana ciri ciri musim tersebut. Tapi sayang, tak dapat merasainya di Malaysia :)

malah khusyuk belajardan memerhati tentang cuaca yang berubah ubah, tentang angin, tentang awan, dan yang sewaktu dengannya. Banyak juga istilah yang berjaya dihafal, dan disebut dengan baik :)



water cycle



Antara perkara yang menarik minatnya ialah tentang proses kejadian hujan. Water cycle diperjelaskan padanya, bersama video dan gambaran yang lebih jelas. nyata, dia berminat dan suka mempelajarinya. dia akan bertanya sehingga jelas mengikut pemahamannya. malah akan mengulang sendiri berdasarkan apa yang dia faham. sekarang dah tahu tentang water vapour, condensation, heavy rain, storm, dan banyak lagi. pencapaian yang membanggakan ummi dan abi :)



Trees



Pokok antara subjek yang diminatinya sejak dulu. Dia sukakan kehijauan pokok dan perasan pada perbezaan pokok dan daunannya. Jika pokok tak berdaun pun ditanyakan kenapa dan mengapa. 

Banyak gambar pokok yang diprint untuknya. Replika pokok juga dibuat sebagai aktiviti yang membuatkan dia seronok. Parts of trees juga berjaya diingat dengan baik :)



Road signs

Antara yang sering dipersoalkan ialah tanda tanda di jalan (road signs) yang  bermacam macam tu. (ummi pun banyak yang tak tahu). Dia punya perhati tu macam nak ambik ujian lesen kereta je :) 

ini juga peluang untuk dia 'belajar', maka tak boleh abaikan pertanyaannya, atau matikan minatnya. Jelaskan dan bantu untuk dia lebih faham.

Kini banyak juga yang dia tahu dan faham tentang tanda/simbol di jalan seperti no entry, bumper, speed limit, parking, railway, arrow dll. 



Itu antara pelajaran terbaru Anas sepanjang bulan lepas. Syukur dan gembira di atas minatnya dan pencapaiannya. 

Kami sebagai ibu dan bapa cuba sedaya mungkin memerhati dan memahami minat si anak. Daripada minat itu kami cuba mendorong dan mencambahkan minatnya untuk belajar agar dia dapat lebih lagi. 

Dinding rumah ni memang dah macam rumah pameran dah. tampal sana sini. semua tentang apa yang dia belajar. Tak mengapalah rumah 'semak' sedikit. Yang penting seronok tengok anak belajar dengan cara tersendiri :)

Kuncinya, ikut rentak dan minatnya. Mungkin kita rasa level tu terlalu tinggi untuk anak faham. Tapi percayalah, dia faham :) 

entri sebelum ini: MELAYANI MINAT SI KECIL




0 comments:

Post a Comment