APRIL 2016 UPDATE

Sudah berada di bulan April 2016. Bermakna sudah terlalu lama tidak menulis tentang homeschooling anak anakku. Update tentang pencapaian Anas dan Mussaab juga hingga sudah beberapa bulan tidak dicatat. Begitu juga tentang hafazan Anas.

Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, banyak perkara tentang perjalanan pembelajaran anak anak tidak dapat dicatat. Bermula dengan internet yang dah dipotong, kemudian sibuk dengan urusan pindah rumah, kemudian dilanda morning sickness di awal kehamilanku. segalanya membuatkan catatanku tentang homeschooling anak anak tergendala. Homeschooling pun sepertinya tak lancar berjalan seperti sebelumnya.

Insya Allah akan meneruskan untuk tahun 2016 pula. Homeschooling hanya dalam bentuk santai sahaja. Tiada jadual ketat buat anak anakku yang masih kecil. Cuma sesekali ambil peluang tika ada kesempatan dan bergantung juga pada mood mereka. 

Hafazan Anas juga sebenarnya sudah lama tertangguh dan tidak diperdengarkan semula. Surah terakhir yang dihafaz adalah surah Al Ghasyiah, dan perlu ditasmik semula surah surah yang sebelumnya kerana dah banyak yang dia ingat ingat lupa dan tertukar. Insya Allah, perlu susun strategi semula agar dia bersemangat seperti dulu.

Semoga dipermudahkan urusan pembelajaran anak anakku...Aameen

0 comments:

Post a Comment