Update terkini Anas dan Mussaab sehingga 31 Ogos 2015
last update:
Anas Zaydan b. Mohd Suzainizam
(3 tahun 7 bulan)
Minat pada alam dan pada kenderaan permainannya membawa Anas pada pelajaran baru dalam kamus hidupnya. Kini belajar tentang '4 seasons', 'water cycle', 'trees&plants', 'wind&clouds', juga 'road signs'. Rujuk ANAS's NEW LESSONS
Persoalan 'kenapa' sering membawa kepada pelajaran dan ilmu baru buat Anas (ummi dan abi juga kena tekun study untuk menjawab persoalan Anas)
Arabic: masih fokus pada penambahan words/vocabs bahasa arab. Belum follow mana mana silibus untuk subjek bahasa arab. Ada pertambahan vocab especially yang berkaitan dengan subjek yang dipelajarinya. Namun banyak juga istilah yang ummi tak dapat nak terjemahkan dalam bahasa arab. Takpelah... Slowly
English: vocab english juga bertambah dengan jayanya since all the subjects learned are in english. Istilah istilah sciences juga ada yang dapat dihafal dan difaham dengan baik. Di samping itu menggunakan simple ayat dalam perbualan seharian.
Reading: perlahan lahan belajar reading, namun tak ditekankan sangat. Ada sedikit peningkatan dan dapat menangkap perkataan yang simple, dan yang sering dilihat. Perlu lebih latihan untuk biasakan dengan words.
Iqra': masih di iqra' 4. Dah lama tak buka buku iqra' dek kerana kurang berminat. Mungkin kena cari jalan lain untuk mahirkan dia membaca ayat al Quran. Bacaan setakat ini baik, namun masih belum lancar.
Writing/coloring/drawing: boleh mewarna, tapi belum dapat menulis dengan baik. Tahap conteng conteng lagi :) start minat untuk melukis. Lukisan pertama: angin, awan, hujan dan pokok. Not bad. Ummi bangga :)
Hafazan: 26 surah berjaya dihafaz (al fatihah- al balad)
-alhamdulillah, surah yang lebih panjang dapat dihafal dengan jayanya. Namun perlu lebih masa untuk tasmik semua surah, dan memastikan hafazan tak tertukar dan terlupa. Insya Allah akan diusahakan. Di samping meneruskan hafazan surah surah yang baru.
Abdullah Mussaab b. Mohd Suzainizam
(1 tahun 7 bulan)
Untuk Mussaab, masih fokuskan pada pengenalan objek, huruf dan nombor.
Mengenal lebih banyak benda di sekitarnya. Dan sudah punya lebih banyak english vocab, dan beberapa arabic vocab.
Mengenal hampir kesemua huruf hijaiyyah dengan sebutan yang betul. Abc dan 123 juga (ada juga yang tertukar)
Sudah pandai menekan ipad, dan banyak belajar dari aplikasi di dalam ipad juga
Mengenal shapes and colors (sebahagian)
Mulut ringan menyebut dan mengulang perkataan yang didengar. Juga confident menjawab bila ditanya (tak kira jawapan betul atau salah) :)
suka Ikut rentak nyanyian dan aksi di dalam video
sering juga mengikut bacaan al Quran yang sering dipasang untuk hafazan Anas
0 comments:
Post a Comment