HAFAZAN: MEMBETULKAN BACAAN


Bacaan al Quran tak lengkap dan tak sempurna tanpa sebutan dan tajwid yang betul. Bacaan tersebut boleh jadi cacat dan mengubah maknanya..

Dalam melatih Anas menghafaz Al Quran,  aku cuba sedaya upaya untuk betulkan bacaannya. Bukan sekadar hafaz ayat awal hingga akhir, tapi bacaannya juga perlu jelas dan sedap didengar.

Awal awal dulu, memang tak perhatikan sangat bacaannya, asal ingat dari satu ayat ke satu ayat yang lain dah kira sempurna hafazan. Bukan tak nak betulkan, cuma ambil sikap nanti dulu, bila dia dah ingat, sebutannya boleh diperbetulkan kemudian. Tambahan anak baca laju, biarkan saja dia habiskan bacaannya tanpa stopkan di tempat yang salah bacaan.

Hakikatnya itu langkah yang silap. Bila dia sudah biasa dengan bacaan begitu, maka selepas itu bacaannya begitu jugalah. Insya Allah boleh betulkan, tapi agak mengambil masa.

Atas kesedaran ini juga aku mengambil langkah untuk membetulkan terus bacaannya serentak dengan hafazannya.  Dari awal lagi perlu pastikan sebutan hurufnya jelas bersama tajwidnya. Tak mengapa pada awalnya hafazannya sering tersekat dek ummi yang terpaksa stopkan bacaannya demi untuk membetulkan sebutannya.  Alhamdulillah untuk surah surah seterusnya aku dapati bacaan Anas lebih jelas dan nyata, berbeza dengan surah surah yang awal dulu.

Tapi iyalah, di usianya 3 tahun 4 bulan ini, masih ada lagi pelat dalam sebutannya. Maka, ada jugalah bacaannya yang masih kurang sempurna didengar. Tapi tak mengapalah, insya Allah suatu hari nanti Allah bantu untuk menjadi kan bacaan itu lebih baik dan sedap didengar. Ummi takkan jemu mengajar dan membetulkan bacaan Anas. Insya Allah.

Kesimpulannya,  bacaan al Quran perlu jelas dan sempurna dari segi sebutan huruf,  makhraj dan tajwidnya. Jika baik semuanya, kita dapat rasakan begitu asyik dan indahnya alunan al Quran tersebut, meski tanpa dilagukan..

Untuk mengajar anak anak juga, amat perlu ditekan semua itu agar bacaan anak baik dan kerana dengan bacaan yang begitu jugalah yang akan dibawanya di masa masa yang akan datang. Anak anak cepat ingat dan cepat tangkap, apa yang dia dapat hari ini, akan kekal dalam kotak memorinya di masa yang akan datang. Oleh itu, biarkan mereka mendapat yang terbaik pada hari ini, insya Allah.

0 comments:

Post a Comment