Wednesday, 10 January 2018 By: Naemah

SINCERO PRESSURE COOKER-II

Dalam sebulan dua ni tiba-tiba entri; 
sincero pressure cooker jadi carian yang popular di blog ummu Anas ni. Nampak sangatlah ummu Anas ni antara yang terawal membeli sincero pressure cooker dan update di blog kan :D

Aku agak, yang mencari tentang sincero pressure cooker ni mesti nak cari resepi untuk memasak menggunakan periuk tu kan? Sebab aku masa mula-mula beli dulu pun tergaru kepala jugak nak memasak guna periuk ni. Katanya periuk serba guna kan? Nak masak tak tahu guna ,:)

Bila google resepi, yang keluar kebanyakannya untuk pengguna periuk noxxa dan Philips. Betul tak?

Actually kita boleh je gunakan resepi yang dikongsikan pengguna periuk jenama lain tu. Mungkin ada berbeza,  tapi pandai-pandailah adjust kan. Trial and error orang kata :D

Anda dah masak apa pakai periuk sincero ni? Share lah resepi dan cara sikit ;) 

Setakat ni periuk ni digunakan setiap hari untuk masak nasi. Kebetulan rice cooker rosak, pressure cooker nilah yang berjasa masakkan nasi setiap hari sejak tu. Yang biasa masak juga ialah lauk seperti sup, aneka nasi seperti nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak, nasi lemak, nasi dagang, nasi arab, dll. Pernah juga masak dan kukus pulut, dan kukus isi ayam untuk buat nugget. Itulah kot dulu yang ingat. 

Yang pasti ia digunakan setiap hari, especially untuk masak nasi. Nak cuba juga explore dan mencuba menu masakan yang lain. Insya Allah next time :)

Ok. Maaflah update tak membantu orang yang tengah mencari resepi :b tapi seperti yang aku katakan tadi, pakai je resepi apapun, sesuaikan dengan penggunaan periuk kita. Insya Allah jadi jugak masakan kita :)





Dua objek kesayangan- pressure cooker dan air fryer yang membantu memudahkan urusan memasak setiap hari :)


4 comments:

Unknown said...

Salam kak saya ila....boleh saya tanye cam ner nak bakar kek guna pressure cooker sincero nie

Naemah said...

salam. sis, just buat adunan kek mcm biasa, masukkan dlm pressure cooker dn tekan mode "cake". tp dia x mcm kek yg dibakar la, lebih kurang mcm kukus saja :)

takbacataktanyataktahu said...

Hari ni baru first time guna periuk ni. Masak nasi... Tekan rice.. Tp mcm berkerak kat bawah. Mungkin kurang air sbb pakai beras basmathi. Sis ada tips nk masak bagi elok sikit?

Naemah said...

mungkin jg air kurang sis. kalau air ok semua elok je masak nasi tu :)

Post a Comment