Saturday, 20 January 2018 By: Naemah

DIARI ANAKKU: 210118





Hari ini hari ke-2 abi di Bintulu. Anas dan Mussaab pula bercuti hari ini. Miqdad bangun lebih awal seperti kebiasaan. Temankan ummi kemas kain di atas, dan mandi. Kemudian turun ke bawah. Ummi tinggalkan Miqdad depan tv, dan ummi masak mi goreng. Mussaab bangun dari tidur dan sertai Miqdad. Anas juga turun selepas ummi selesai memasak. Makan breakfast sama-sama. Abi sudah berada di laut dan bersiap untuk ke kapal. Semoga Allah permudahkan urusan abi.

Lepas breakfast, Anas buka video kegemarannya. Mussaab dan Miqdad hanya membuat hal sendiri, tak tertarik dengan video. Sempat ummi basuh pinggan mangkuk dan clearkan sinki yang tadinya penuh. Kemudian temankan Anas dan Mussaab bermain piano, hadiah birthday dari abi. Anas mainan lagu Little Lamb dan Shark do do. Miqdad tak lepaskan peluang main sama. Bising dan gamat. Dengan suara, dengan piano lagi. 

Jam 9.30, ummi cuba tidurkan Miqdad. Tak berjaya. Abang-abang masuk ke bilik dan ajak bermain. Ummi biarkan Anas, Mussaab dan Miqdad bermain. Ummi ke dapur untuk memasak. Anas dan Mussaab sambung main piano lagi. Mussaab buka pintu dan keluar dengan Miqdad. Anas belajar mandarin di hp ummi. 

Jam 10, cuba tidurkan Miqdad lagi. Tak berjaya lagi. Kenyang menyusu, Miqdad keluar mendapatkan abang-abang di luar. Ummi sambung kerja memasak lagi dan sapu sampah di lantai. Anas dan Mussaab buat air kopi dan minum bersama. Miqdad tumpahkan air di meja. Mussaab cari kain dan lap meja. Miqdad panjat meja makan dan kacau mi goreng, tumpah sebahagiannya. Ummi angkat Miqdad dan lepaskan di lantai. 

Mussaab naik ke atas mandi, Anas dan Miqdad menonton tv. Hampir jam 11, ummi susukan Miqdad lagi. Miqdad lena juga akhirnya. Ummi selesaikan kerja memasak dan buat roti bakar untuk Mussaab. Anas menonton YouTube. Hampir selesai memasak Miqdad bangun dan menangis. Ummi salin pampers Miqdad dan hidangkan makan tengahari. Ummi suap Miqdad yang makan berselera. Anas tak nak makan, kenyang lagi. Mussaab makan nasi sendiri, tapi tak banyak juga makannya. Selesai makan sambung menonton tv. Anas buat quiz mandarin di hp ummi. Miqdad dan Mussaab memilih buku di rak hingga lantai bersepah dengan buku. 

Selesai mengemas ummi kemaskan buku bersama Mussaab. Anas menonton video, Miqdad juga ‘membantu’ ummi. 

Jam 1.30, naik ke atas semuanya. Anas dan Mussaab bawa sekali beg sekolah dan masukkan barang masing-masing. Lepas solat, uji Mussaab dengan huruf-huruf yang dia masih tertukar. Anas refresh hafazan surah anNaba’ ayat 1-13. Miqdad juga tumpang membaca buku iqra’. Lepas tu menangis. Ummi susukan Miqdad. Cuba nak tidurkan Miqdad lagi. Tapi bila abang-abang masuk ke bilik, dia kembali aktif bermain. Bilik bising dan gamat lagi dengan suara hero bertiga. Melompat dan bergurau. Tak terdaya nak melarang.

Ummi terlelap sekejap. Terjaga dari tidur Miqdad tiada di bilik. Rupanya Miqdad sedang bermain dengan Mussaab di bilik depan. Anas pula makan mi goreng di bawah. Anas naik ke atas dan ke bilik bersama Mussaab dan Miqdad. Lepas tu semuanya masuk bilik ummi. Ummi susukan Miqdad sekali lagi. Jam 3.30, barulah lena. Anas dan Mussaab turun ke bawah menonton upin ipin. Jam 4.30 ummi turun ke bawah. Buatkan kopi, makan dengan biskut. Anas juga makan bersama. Mussaab asyik menonton. 

Jam 5, ummi naik dan solat asar. Anas dan Mussaab turut naik. Lepas solat Miqdad bangun dan menangis. Anas dan Mussaab masuk mandi di bilik air. Miqdad tak tertarik untuk mandi bersama. Terus menangis hingga ummi dukung Miqdad. Bawa Miqdad ke bilik air dan mandikan Miqdad. Miqdad menangis dan tak mahu lama di bilik air. Ummi bawa Miqdad keluar dan pakaikan baju Miqdad. Anas dan Mussaab juga selesai  mandi dan berpakaian. 

Jam 6, turun ke bawah dan keluar bermain di halaman. Anas bacakan hafazan surah anNaba’. Alhamdulillah Anas mudah diajak untuk membaca al Quran, menghafaz, membuat homework, worksheet dan yang berkaitan pelajaran. Mussaab berlari bersama Miqdad, kemudian berbasikal. Anas tolong buangkan najis Olly, beri makan dan isi air minuman Olly. Thank you Anas. Mussaab bermain kereta mainan dengan Miqdad. Lepas tu berpakat panjat pagar, termasuk Miqdad sekali ‘:) ummi ajak masuk, masih nak main kat luar.

Jam 6.30, ummi suapkan Miqdad makan. Anas dan Mussaab tak nak makan nasi. Anas minta roti cheese, Mussaab juga makan roti. Hampir masuk waktu maghrib, naik ke atas. Ummi solat, Anas buat quiz mandarin lagi, Mussaab belek buku dan kemas beg sekolahnya, Miqdad berjalan sana sini. Lepas solat seperti biasa ajarkan Anas baca Quran, dan sambung hafazan, ajar Mussaab iqra, dan terpaksa bagi Miqdad tonton video a ba ta sebab Miqdad asyik nak merebut al Quran dan buku iqra yang dibaca Anas dan Mussaab. 

Dapat whatsapp abi yang berada di kapal. Alhamdulillah dapat internet kat sana. Sekadar bertanya khabar dan pastikan keadaan baik-baik saja.

Selepas solat isyak ummi tidurkan Miqdad. Kemudian temankan Anas dan Mussaab tidur. Jam 9.30 dah lena semuanya. Alhamdulillah. Ummi turun ke bawah, siapkan kerja yang masih banyak di bawah. 

Semoga lena anak-anak ummi semuanya. Mimpi yang indah ya. Semoga esok akan lebih baik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad. Tak lupa doakan abi yang jauh di lautan. Moga abi dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa. 

Semoga bahagia family kita selamanya. Bahagia hingga syurga. Insya Allah.

0 comments:

Post a Comment