Sunday, 14 January 2018 By: Naemah

4 HARI YANG LESU

11/1/18 - 14/1/18
4 hari yang tanpa suami 
4 hari yang mencabar dan teruji.

Hari pertama suamiku meninggalkan rumah, aku dalam keadaan batuk dan selesema. Kepala terasa berat untuk bangkit di pagi hari. Keadaan yang batuk dan selesema amat memberi rasa kurang selesa. Anak-anak perlu dikejutkan ke sekolah, dalam susah payah kejutkan mereka. Mandikan dan sediakan breakfast. Kemudian hantar ke sekolah berjalan kaki. Dengan badan kurang sihat, dengan badan tak bermaya, terasa amat mencabar sekali. Hari ini jalani hidup dengan kelesuan. 

Hari kedua suami di Bintulu. Masih dalam keadaan yang sama, dan masih perlu kejutkan dan siapkan anak-anak ke sekolah. Yang kecil ni pun perlu di jaga dan diperhatikan setiap masa. Walau badan lemah, lesu dan mata pun mengantuk, masih perlu lakukan apa yang perlu, sebagaimana rutin harian. Cuma bab kekemasan rumah saja tak berapa nak peduli. Anak nak buat apa pun, silakanlah anak. Nak melarang pun ummi tak ada daya. Hari ini melalui hari dengan penuh kelesuan lagi. Hari ini juga birthday Anas. Sekadar beli  keropok lekor atas permintaan dia, dan masak lasagna yang sangat-sangat simple :)

Hari ketiga suamiku di Bintulu. Keadaan batuk dan selesema semakin baik. Rasa lebih selesa. Cuma kepala adakalanya masih terasa berat, terutama ketika baring dan ketika menyusukan anakku. Hari ini juga anak-anak bercuti. Keadaan rumah dari pagi hari lagi sudah kacau bilau dek hero-hero yang pantang duduk diam, nak explore saja kerjanya. Cuba lakukan aktiviti dengan anak-anak, walau masih dalam keadaan berat dan lesu badan. Kemas juga rumah walau sikit, agar tak nampak ‘teruk’ sangat :D Masak ala kadar, paginya beli breakfast di luar.

Hari terakhir suamiku di sana. Hari ini juga penerbangan baliknya. Batuk selesema dah recover sepenuhnya. Tapi diuji pula dengan sakit perut dan sakit badan. Adui, lesu tak bermaya lagi hari ni. Masak nasi ayam untuk anak-anak dan suami yang balik hari ni. Malamnya suami tolong urutkan badan, terasa lega sangat-sangat. Urat tersimpul dah kendur balik :) badan lebih ringan. Alhamdulillah. Terima kasih suami tercinta.

Hari seterusnya keadaan kesihatan lebih baik. Suami pun dah ada di rumah, banyak kerja yang dia bantu walaupun dia dalam keadaan sakit kaki. Temujanji Miqdad di klinik desa dapat dipenuhi. Segala urusan berjalan lancar. Alhamdulillah.

Sesekali Allah menguji dengan kesakitan dan tidak sihat badan. Banyak perkara yang boleh direnung dan dijadikan iktibar buat diri. 

Terasa diri dah semakin berusia. Lemah badan dan sakit sana sini. Terlupa nikmat sihat yang jarang-jarang sekali disyukuri. Inilah masanya untuk Tuhan ingatkan, betapa ia sebuah nikmat yang sangat besar. Tengoklah sakit sikit saja Allah bagi, terus lemah satu badan. Terus tak mampu nak berbuat apa. 

Ya. Ini hanya sakit yang sedikit. Bukan sakit teruk seperti hamba lain sedang harungi. Sikit saja. Malunya, jika itupun tak mampu nak tanggung dan tak terasa ia juga sebuah nikmat untuk ubat hati yang leka. 

Aku redha atas apa yang telah aku lalui. Aku mohon agar kesihatanku dikembalikan, kekuatanku dikembalikan. Moga aku akan menjadi hamba yang lebih bersyukur. 

Sihatkan juga suami, anak-anak, ibu kami, dan keluarga tercinta kami ya Allah. 

Aameen


Anak-anak yang aktif dan pantang duduk saja





Cuaca sejuk, mendung dan bergerimis juga membuatkan diri rasa ‘malas’ nak bergerak, rasa nak baring dan tidur saja :b

0 comments:

Post a Comment