ANAKKU PINTAR ANAKKU BIJAK



Anak-anak kita..tak kira jantina, tak kira lahir di mana, lahir bagaimana, hatta waktu bila sekalipun, anak kita tetap istimewa. Anugerah dari Allah untuk membahagiakan hati ibu dan ayah, juga amanah dari Allah agar dapat diberi didikan dengan sebaiknya. Ibu dan ayah sekalian, sematkan di dalam hati, bahawa setiap anak itu sangat istimewa meski mereka berbeza dari anak anak yang lain. Anak kita pintar, anak kita cerdik, anak kita mampu belajar dengan baik, jika betul cara dia dididik.



Sering anak anak yang cepat mengenal ABC, 123 ,cepat membaca mengira itu dipuji dan dianggap pandai, jika sebaliknya, dianggap lembap dan terkebelakang. Orang melihat pandai hanya pada anak itu tahu membaca, menulis dan mengira. Itu sahaja... Padaku, itu pandangan yang silap. Tak mengapalah anak kita lambat sikit, bukan bererti dia tidak pandai. Barangkali belum masanya lagi. Boleh jadi dalam bab lain, anak kita lebih menonjol, siapa sangka. Kalau di usia kecilnya sudah pandai menendang bola tinggi, sudah pandai membuka mainan dan cuba untuk memasang kembali, atau sudah petah bicaranya sampai tak larat nak layan...bukankah itu juga satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat ibu Dan ayah sekalian? Ia menunjukkan anak kita ada pencapaiannya terse ndiri, ada kebolehan dan minatnya yang tersendiri, yang boleh diasah dan digilap agar sinarnya lebih gemerlap. Mengapa tidak.. Tak perlulah ibu ibu nak merungut,anak kuat main, pegang buku 5 saat pun tak nak. Ataupun anak saya ni asyik sangat dengan kereta mainan, apa nak jadi lah budak ni..Dan semacam lagi rungutan dan bebelan. Hentikanlah ibu ibu..namanya pun budak budak, anak anak kecil... Dia Ada minat yang tak perlu disekat, tapi perlu dikembangkan...

Jangan disempitkan dengan 'anak yang bijak itu adalah yang cepat mengenal huruf dan membaca'  dan seumpamanya..bijak dan pintar merangkumi segala sudut. Perhatikan anak anak kita, apa minatnya, apa pencapaian yang boleh kita banggakan di usianya ketika itu.. Hargai dia, sokong minatnya, kembangkan potensinya..hanya kita sebagai ibubapa yang lebih tahu dn Kenal anak anak kita. Usah buat tak peduli, nanti bakat atau potensi yang ada terus tenggelam. Tak ke rugi..

Kalau pun ibu bapa mahu anak pandai ABC, pandai mengira, atau pandai alif ba ta, Kena pandai jugalah menarik anak untuk belajar. Ajarlah dengan cara yang dia minat.. Kalau minatnya bermain bola, sambil bermain ajarlah anak mengira,atau minatnya pada kereta mainan, Cuba-cubalah ajar dia mengeja sesuatu yang berkaitan dengan mainannya, mungkin dia akan tertarik. Contohnya KERETA, TAYAR, LAMPU, dan sebagainya,atau boleh tanyakan soalan seperti 'kereta Ada berapa biji tayar, warna apa dan macam-macam lagi. Kuncinya, brkomunikasilah melalui minatnya, insya Allah anak akan lebih berminat dn cepat tangkap.sebagai ibu bapa..pandai pandailah..kata nak anak pandai kn ;)

Akhir kata, usah bandingkan anak kita dengan sesiapa, Dan yakin lah anak kita tetap istimewa dan bijak meskipun berbeza...

Begitulah juga yang aku sematkan di hati buat anak anak ku...aku tahu antara mereka pasti wujud perbezaan dari segi minat dan cara belajar. Aku sebagai ibu akan cuba yang terbaik untuk menjadikan mereka manusia yang cemerlang mengikut minat dan kecenderungan mereka. Ya, sebagai ibu aku perlu memberi pilihan seluasnya untuk anak anak memilih apa yang mereka suka, bukan apa yang aku mahu  mereka jadi...insya Allah.

0 comments:

Post a Comment