HOMESCHOOLING: CABARAN DI SEBALIK TABIR

Aku pernah bercita-cita untuk homeschool anak-anak sepenuhnya. Kalau boleh, tak nak hantar anak-anak ke  sekolah. Kerana banyak hal yang negatif aku dengar tentang sekolah zaman sekarang. Kalau boleh, semua nak ajar sendiri, atau carikan guru untuk ajar mereka di  rumah untuk subjek-subjek tertentu. Konon-kononlah kan.

Tetapi, itu sekadar impian masa lalu. Atas rasa sedar tahap kemampuan diri, hari ini anak-anak dihantar ke sekolah seperti anak-anak orang lain. 

Namun tak bermakna niat untuk mengajar anak-anak di rumah dilupakan terus. Dengan masa dan kemampuan terbatas, hari ini aku teruskan juga niat untuk homeschool anak-anak, walaupun bukan sepenuh masa.

Seperti yang di dalam catatan lepas, tahun 2018 fokus homeschooling ialah dalam pelajaran al-Quran, Iqra’, hafazan dan mental arithmetic. Di samping subjek sampingan yang lain, yang kadang-kadang diajar secara spontan :)

Di sini sekadar ingin menulis tentang cabaran homeschooling padaku yang mempunyai 3 anak, 6 tahun, 4 tahun, dan hampir 2 tahun. 

Hakikatnya pada aku, homeschooling tak semudah yang disangka. Jika anak-anak sudah besar barangkali tak mencabar sangat. Tapi jika bersama anak-anak yang masih kecil dan belum memahami kondisi kita, amatlah mencabar. 

Antara cabaran;

Pertama, jadual mengajar dan kehendak si kecil yang selalu datang serentak. Contoh, waktu mengajar al-Quran biasanya dah tetapkan selepas waktu maghrib. Masa ni memang perlu betul-betul berikan tumpuan pada memperbetulkan bacaan al-Quran Anas, Iqra Mussaab dan juga hafazan mereka. Kalau tak buat malam ni, tertangguh sehingga malam esoklah jawabnya.

Tetapi dalam sela masa ini juga, jika datang kehendak yang kecil nak menyusu, nak minta dilayan dia membaca buku dan sebagainya, maka sangatlah mencabar saat ini. Tak dilayan, menangislah dia. Ada ketika juga dia sengaja akan mengganggu abang-abangnya dengan menarik buku dan al-Quran yang sedang dibaca. Meleret masa di situ. Kadang-kadang menyusu sambil mengajar. Kadang-kadang perlu tangguh dulu untuk beri perhatian hanya pada dia :)

Kedua, mood anak-anak yang tak menentu. Ada ketikanya senang diajak untuk belajar. Ada ketikanya juga, berkali-kali seru nama dan memanggil baru nak bergerak. Walaupun mereka dah faham bila masanya mereka perlu belajar dan bila boleh bermain atau membuat aktiviti lain, tapi masih ada ketikanya mereka ber’excuse’ nak lepaskan diri. Bab ni memang kena tegas, no excuse kecuali kalau tak sihat.

Ketiga, bila balik kampung atau bercuti. Kalau bercuti, kebiasaannya memang bercuti betul :) ummi lupa, anak-anak apatah lagi. Begitu juga bila balik kampung, anak-anak banyak habiskan masa dengan bermain. Bila di kampung, memang out of control. Apatah lagi kalau bersama sepupu mereka, jarang-jarang sekali dapat duduk dekat dengan mereka. Main tak henti. Ada jugalah sesekali dapat ‘tangkap’ mereka untuk duduk mengaji atau siapkan worksheet. 

Itulah antara cabaran homeschooling buatku yang beranak 3 ini. Tidak mudah, tapi perlukan tekad dan usaha. Allah saja yang mengerti apa rasaku bila berhadapan dengan saat sukar untuk memberi perhatian pada pelajaran anak-anak. 

Namun aku tetap pegang pada prinsip, anak-anak aku perlu dididik oleh tanganku sendiri. Mungkin aku tak mampu untuk berikan semua, tetapi setakat mana yang aku mampu, akan aku cuba meskipun adakala berhadapan dengan cabaran tertentu.

Alhamdulillah, perlahan-lahan berjalan, anak-anak ada pencapaian sendiri di rumah. Tak perlu bandingkan dengan sesiapa, anak-anak kita takkan sama dengan anak orang. Percayalah, dengan usaha segalanya tak mustahil. 

Insya Allah, akan aku cuba dan berusaha untuk tetap mendidik anak-anak dari rumah, sekadar ilmu dan kemampuan yang aku ada. Semoga Allah akan sentiasa mempermudahkan untukku dan anak-anak.


‘Masa belajar’








0 comments:

Post a Comment