Pertama kali membeli ikan kerapu. Tak pernah memasaknya, dan tak tahu masakan apa yg sesuai. Setelah di Google, resepi yang jumpa ialah kerapu masak stim. Teringin nak cuba, tapi bahan pula tak cukup. Fikir punya fikir, akhirnya terhasillah masakan ini, mengikut bahan yg ada ketika itu.
Bahan2:
2 ekor ikan kerapu
Air
Air asam jawa
Serai
Tomato
Cili merah
Cili padi
Daun limau purut
Bawang merah-hiris
Bawang putih-ketuk
Bawang besar-hiris
Gula
Garam
Asam boi
Sos tiram
Sos ikan/sotong
Cara2:
Masukkan semua bahan kedalam kuali atau periuk, agak2 sukatan kuah yang dimahukan. Pandai2 perasakan agar seimbang rasa manis, masih dan masam. Pasti sangat sedap... Renehkan dengan air perlahan sehingga ikan masak..
*** sebenarnya masakan yg dibawah ini dah terlebih manis, menyebabkan rasanya tak seimbang.. Harapannya, siapa yang ingin mencuba boleh menghasilkan hidangan yg Lazat dan sedap :):):)
Ini hanya sekadar idea utk memasak. Sesungguhnya aku bukan pro dalam dunia masakan ni. Masih ingin mencuba pelbagai jenis resepi lagi :):):):)
0 comments:
Post a Comment