Sunday 26 April 2020 0 comments By: Naemah

RAMADAN 1441H: PUASA PERTAMA MUSSAAB

Tahun lepas ummi dah catat 


Tahun ni catatan untuk Mussaab pula. Hari ni dah masuk hari ke-3 ummat islam berpuasa. Juga sudah hari ke-3 Mussaab (6 tahun) berpuasa. Puasa bersama ummi, abi dan Anas (8 tahun). Alhamdulillah :)


Hari pertama agak mencabar, seperti kebanyakan orang yang lain. Apatah lagi yang baru nak mencuba. Ummi pun lemah semacam, dengan adik Suri yang tak berapa sihat, sangat-sangat mencabar. 


Hari pertama, satu family bangun bersahur sama-sama. Semua nak kena layan ‘:) Alhamdulillah abi ada. Setakat ni setiap hari sahur dan berbuka abi yang masak. Kebetulan Suri tak sihat, selalu mahu dipangku. 


Hari pertama, Anas dan Mussaab agak kurang berselera untuk makan sahur. Hanya jamah sedikit. Lepas tu, pukul 8-9 pagi dah mengadu lapar. Ummi pun dah bersedia nak hadap ‘drama’ hari pertama dan mungkin hari seterusnya. Dipujuk-dipujuk, bagi semangat dan harapan semua, Alhamdulillah sempurna juga puasa di hari pertama. 


Hari kedua, Mussaab lebih berselera makannya ketika sahur. Dah kurang mengadu lapar, dan dapat berpuasa penuh juga. Hari ketiga pun berjaya juga (walaupun masih selalu mengadu lapar). Alhamdulillah. Untuk hari esok dan seterusnya moga Anas dan Mussaab tetap mampu bertahan. Walaupun sebenarnya agak menguji juga, tengok Miqdad makan, duduk rumah pula seharian tak kemana-mana. Tapi time tak sekolah macam nilah sesuai nak latih Mussaab berpuasa sebab kalau sekolah, kan tak jadi puasa pula tengok kawan-kawan makan. Inil pun antara hikmah PKP juga kan :D


Tapi niat ummi sebenarnya nak Mussaab mencuba sekadar mampu saja. 6 tahun masih awal nak ‘paksa’. Anas dulu pun ummi tak suruh puasa masa umurnya 6 tahun. Tambahan pula anak sulung, tak ada teman nak puasa sama-sama kecuali ummi dan abi. Untuk Mussaab, sedikit berbeza sebab ada abang yang puasa sama-sama. 


Apapun untuk 3 hari pertama ini, ummi ucapkan syabas pada Mussaab kerana dah berjaya bangun sahur, berpuasa dan berbuka dengan sangat berselera sekali. Detik paling bahagia, saat melihat Anas dan Mussaab tersenyum ceria di depan hidangan berbuka. 3 hari ni, just ikut menu yang diminta Anas dan Mussaab saja untuk berbuka. Apa yang diminta, itulah yang abi masak. 


Masih jauh perjalanan Ramadan ni. Berbaki 27 hari. Semoga semakin berlalu hari, semakin Mussaab dapat membiasakan diri dengan berpuasa. Lapar dahaga bukan lagi masalah besar, dan akan mampu untuk terus bertahan sehingg ke penghujung Ramadan ini.


Di samping puasa, Mussaab juga dilatih untuk cukupkan solat 5 waktu, sejak sebelum ramadan lagi. Alhamdulillah, walaupun solat masih banyak yang perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya solat Mussaab dah cukup 5 waktu sehari. Mesti jaga solat ya Mussaab!


Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas segalanya. Tahun ini Mussaab belajar berpuasa penuh dan sudah berjaya untuk 3 hari pertama. Ummi harap ummi tak expect yang lebih-lebih dari Mussaab. Mussaab baru 6 tahun. Tapi ummi percaya Mussaab anak ummi yang hebat, insya Allah.


Akhir kata, tahniah dan syabas Mussaab! Mussaab dah berjaya berpuasa macam Anas, ummi dan abi. Insya Allah hari raya Mussaab akan lebih bermakna :)




Sahur pertama dengan semua adik-beradik



Antara aktiviti nak lupakan rasa lapar :D

Friday 24 April 2020 0 comments By: Naemah

RAMADAN KALI INI




24/4/2020

1 Ramadan 1441H


Ramadan menjelang lagi. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan usia untuk bertemu Ramadan kali ini. Sekali lagi.


Yang pasti Ramadan kali ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Lain sangat. Kadang rasa, ya Allah.. hambar sangat. Masjid-masjid dah lama sepi, tak macam biasa. Bazar ramadan apatah lagi (walaupun jarang mengunjungi bazar Ramadan), tak ada lagi kemeriahan peniaga berjualan dan pengunjung yang ghairah membeli. 


Menyambut puasa di musim covid-19 yang masih belum reda ini, seluruh dunia merasakan kesannya.


Ampunkan hamba ya Allah, tanpa sedar dan terlupa bahawa ujian yang Kau beri ini pasti berhikmah.


Puasa kali ini, semua duduk di rumah. Tak boleh kemana-mana tanpa tujuan penting. Spend masa dengan keluarga, buat aktiviti yang sepatutnya. Solat terawih di rumah, berimamkan ayah atau anak lelaki, atau mungkin sendiri-sendiri. Berbuka dengan juadah air tangan sendiri pada kebanyakan masa, atau memesan online sekali sekala. Semua ini seronok dan baik sebenarnya, tapi tetap ada cabaran tersendiri :)


Apapun kita perlu mengajar hati untuk sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah. Tak ada setiap sesuatu dariNYA sia-sia. Takkan sesekali.


Alhamdulillah sudah hari ke-2 berpuasa. Hari pertama agak mencabar bagiku (atau pada kebanyakan orang). Alhamdulillah suami ada di rumah, macam biasa stand by di rumah, bukan bercuti terus. Anas dan Mussaab juga dah berjaya sempurnakan puasa di hari pertama. Puasa pertama Mussaab, Alhamdulillah. Di usia 6 tahun Mussaab berjaya berpuasa penuh untuk pertama kalinya. Ummi bangga dengan Mussaab! Semoga hari-hari seterusnya Mussaab akan lebih bersemangat. Insya Allah.


Syukur pada Allah ditemukan lagi dengan Ramadan tahun ini, masih dikurniakan kudrat dan kesihatan, meskipun agak ‘penat’ dengan urusan bersama anak-anak yang 24 jam bersama. 


Masih 28 hari untuk meneruskan Ramadan ini. Doa yang baik-baik, moga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dapat meningkatkan amal dan menjadi hamba Allah yang lebih baik. Moga berakhirlah episod covid-19 dan PKP ini. Semoga dapat meneruskan kehidupan normal yang lebih baik, dan dijauhi dari segala bentuk musibah. 


Ramadan kali ini.. tetaplah ia hadir bersama sinar dan harapan. Banyakkan amal, banyakkan doa, tetaplah jadi hamba Allah yang bersyukur. Kehidupan hari ini tetap baik, meskipun dugaan ada, dalam pelbagai bentuk. 


Baik-baik saja semuanya, insya Allah.




Malam 1 Ramadan




Sahur 1 Ramadan. Semua bangun bersahur





Ini pula cerita sebelum masuknya Ramadan. Permintaan dari anak-anak nak makan sate, kebetulan hari hujan tak boleh bakar sate kat halaman. Di depan rumah pun boleh lah :)




















Wednesday 22 April 2020 0 comments By: Naemah

MUSSAAB: SELESAI PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN MENGISI PERMOHONAN SRAI




Mussaab nak sekolah dengan Anas ke tak? Entah berapa kali dah ummi ajukan soalan ni pada Mussaab. Time semangat nak belajar, Mussaab jawab NAK! Time tak ada semangat Mussaab cakap TAK NAK! 


Kenapa ummi bertanya? Sebab ummi kalau boleh nak Mussaab sekolah sekali dengan Anas juga. Sebab utama, ummi rasa sekolah tu dah cukup baik untuk anak-anak (tapi ummi tak cakap sekolah lain tak baik ye). Lagipun senang, bila Anas dan Mussaab sekolah sama, sekali harung je nak hantar dan ambil dari sekolah tahun depan :)


Tapi itulah, nak masuk ke sekolah Anas-SRAI- hakikatnya bukan mudah. Perlu ‘pandai’, perlu bersaing, perlu menjalani ujian yang telah disyaratkan, dan dapat markah tinggi. 


Ummi tahu tahun ni (dalam tempoh yang tak berapa bulan je lagi ni) ummi kena ‘siapkan’ Mussaab untuk berdepan dengan ujian kelayakan SRAI


Update: Mussaab sudah berdaftar di sekolah Kebangsaan Kg Rinching pada MAC 2020, dan permohonan untuk memasuki SRAI juga sudah dibuat pada 17/4/2020. 


Tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum kerana (dalam tempoh PKP ini) permohonan dibuat secara online. Ibubapa perlu mengisi segala butiran maklumat yang yang diminta secara online, perlu juga mengisi borang manual (yang diprint) dan perlu diserahkan pada hari ujian kelayakan SRAI nanti- belum ditentukan tarikh ujian. Permohonan dibuka pada 16/4/2020 sehingga 15/5/2020 (masih dibuka kepada yang berminat).


Alhamdulillah dah mengisi borang semua, just tunggu tarikh untuk ujian sahaja. Masa untuk Mussaab belajar dan berusaha untuk siapkan diri menghadapi ujian tersebut. Tak pastilah kali ini berapa ramai yang memohon, mungkin permintaan meningkat, mungkin saingan sengit. Tapi apapun kita serah pada Allah semuanya. Rezeki sudah tertulis. Yang Allah tentukan, itulah hakikatnya yang terbaik, insya Allah. Tapi, tetap kita berusaha juga ya!




Untuk permohonan SRAI boleh refer di sini:

(Tapi ini khusus untuk SRAI Beranang sahaja)

 


*PERMOHONAN KEMASUKAN & UJIAN  KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) TAHUN 1 SRAI NEGERI SELANGOR TAHUN 2021*


DIBUKA PADA 16 APRIL 2020 HINGGA 15 MEI 2020 secara online dan borang (manual)


💻 *1. Pemohon hendaklah mengisi borang online;*

untuk permohonan SRAI Pekan Beranang sahaja.

pautan:

https://www.shorturl.at/dBJY5


🖨 *2. Cetak borang (manual) permohonan UKS SRAI Negeri Selangor di laman sesawang JAIS atau pada pautan dibawah:*

https://drive.google.com/file/d/1B2uFwhF2L0mPcj3w_lbh6nkpl9mRG6Pz/view?usp=sharing


📩 *3. Hantar borang (manual) yang lengkap beserta salinan dokumen di bawah selepas tamat PKP*

(tarikh akan dimaklumkan di Facebook sekolah);

2 Salinan sijil kelahiran calon

1 Salinan KP ibu

1 Salinan KP bapa/penjaga

1 Salinan dokumen pendaftaran SK

1 Salinan Bil Utiliti

Borang pengesahan pemastautinan (jika ada)


4. Pemohon hendaklah menghantar permohonan online dan borang (manual). Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak dan terbatal.

  

Sebarang pertanyaan boleh e-mel sekolah sraipberanang@gmail.com

atau di Facebook SRAI Pekan Beranang


Sekian, terima kasih


Daripada,

SRAI Pekan Beranang

16 April 2020

Friday 17 April 2020 0 comments By: Naemah

PKP: BELAJAR DI ATAS TALIAN

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk fasa ke-3. sudah berlalu fasa pertama (18/3/20-31/3/20) dan fasa kedua (1/4/20-14/4/20). Alhamdulillah melalui hari dengan sangat baik, meskipun ada ujian 'stay at home' yang tersendiri.

Antara yang tergendala ialah bab pelajaran anak-anak. Dah sebulan 'bercuti'. Di rumah pun belajar juga, tapi yang paling banyak mainlah :)

Apapun supaya anak-anak tak terlalu banyak main sampai lupa status mereka sebagai seorang 'pelajar', mereka perlu didisiplinkan dengan masa belajar dan membuat kerja sekolah. 

Penghargaan buat guru-guru sekolah anak-anak yang begitu komited 'mengajar' hampir setiap hari melalui medium atas talian. Terima kasih buat guru-guru Little Diamond Kindergarten dan guru-guru kelas 2 Bestari SRAI Pekan Beranang yang tak melupakan pelajar mereka dengan menyediakan material dan latihan untuk anak-anak praktikkan di rumah. 

Little Diamond Kindergarten: sejak minggu pertama selepas PKP diumumkan lagi anak-anak sudah mula belajar melalui Google Classroom. Setiap hari dan setiap minggu (Isnin-Khamis) guru kelas 'mengajar' secara online di samping menyediakan latihan untuk dijawab oleh students dan dihantar secara online juga. Sudah 4 minggu Mussaab belajar secara online, dan Alhamdulilah tak tertinggal satu sessi pun, dan menjawab semua latihan dan tugasan yang diberikan. Tahniah Mussaab :)

SRAI Pekan Beranang: Pada awalnya dikongsikan laman Selangor Tutor di telegram sekolah untuk anak-anak belajar dan membuat latihan. Bermula seminggu yang lepas, sudah diwujudkan group whatsapp mengikut kelas masing-masing. Guru-guru bagi setiap subjek memberikan tugasan untuk anak-anak selesaikan bersama ibubapa. Sama juga, setiap tugasan ada due date. Alhamdulillah, Anas juga dapat belajar setiap hari dan dapat 'refresh' apa yang dah dia belajar di sekolah sebelum ni dengan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Latihan dan pembelajaran di Selangor Tutor juga masih diteruskan setiap hari, dan ia sangat recommended untuk semua ibubapa luangkan masa bersama anak-anak di musim PKP ini mahupun di masa akan datang. 

Pembelajaran secara online ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Padaku, sudah pastinya belajar secara kaedah terdahulu jauh lebih baik (ke sekolah, berdepan dengan guru). Pun begitu, dalam keterbatasan masa dan situasi yang tidak mengizinkan, teknologi hari ini juga merupakan rahmat buat semua dalam memastikan proses pembelajaran tetap berjalan dan anak-anak khususnya terus mendapat ilmu. 

Secara peribadi, menjadi suri rumah dan guru dalam masa yang sama (tanpa kehadiran suami yang perlu bekerja), kadang-kadang agak memenatkan juga. Bukan sahaja perlu fokus pada pembelajaran anak-anak, dalam masa yang sama  kena juga fokus pada anak yang berusia 3 tahun setengah dan baby 8 bulan. Kadang-kadang tak menang tangan dan menguji emosi ':)

Tapi syukur Alhamdulillah sehingga hari ini, semua dapat ditempuh dan dilalui dengan baik. Anas dan Mussaab tak ketinggalan dalam pelajaran dan selesai tugasan sekolah yang diberikan, Miqdad dan Suri pun, seronok sebab 'meriah' saja rumah saban waktu :D

Belum pasti sampai bila, dan bilakah anak-anak akan kembali bersekolah seperti biasa. Dan sehingga itu, beginilah cara belajar anak-anak di rumah setiap hari. Di samping belajar online dengan guru masing-masing, ummi dan abi turut 'mengajar' dengan cara tersendiri mengikut kelapangan yang ada. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah :)

Apapun sekali lagi terima kasih guru, yang memberikan sepenuh komitmen dan berusaha memberikan yang terbaik untuk anak didik mereka. Aku percaya, dari pihak guru juga, pastinya mengajar dan memberikan latihan secara online ini lebih mencabar dari kaedah pembelajaran yang biasa. Mengambil status 'bekerja dari rumah', sudah tentu ada cabaran tersendiri yang guru hadapi. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil kan :)

Ibubapa dan guru, sama-sama berganding bahu dan bekerjasama untuk menjamin pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Saling memahami, saling bertolak ansur, insya Allah akan dinikmati hikmahnya di sebalik ujian PKP ini. 

Terima kasih guru. 



Antara tugasan dan momen belajar sepanjang musim PKP ini:















Sunday 12 April 2020 0 comments By: Naemah

COVID 19: RUTIN DI SEPANJANG PKP




Perintah Kawalan Pergerakan sudah masuk hari ke-26. Covid-19 masih lagi menjadi masalah utama seluruh dunia, dengan catatan kes yang semakin meningkat dan membimbangkan saban hari. Malaysia tak terkecuali, namun Alhamdulillah situasi di Malaysia jauh lebih baik dan lebih terkawal berbanding negara lain terutama negara-negara besar Eropah seperti Itali dan Amerika Syarikat.
(catatan untuk kita semua ingat dan memang kita takkan lupa kan?)

Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri juga sudah 26 hari 'berkampung' di rumah. dalam tempoh ini memang langsung tak ke mana-mana, patuh pada saranan kerajaan untuk "stay at home' sehingga tamat tempoh PKP ini. Maknanya sehingga Covid-19 tidak lagi menghantui kita semua. Bila? Allah sahaja yang tahu.


Anas, Mussaab, Miqdad dan Suri jalani hidup bersama-sama sepanjang tempoh PKP ini. Tak pernah berpisah, tak pernah jauh. Teman saban hari, tiap masa, tiap ketika. Tiada yang lain.


Pun begitu, abi tak dapat memenuhi tuntutan PKP untuk ‘stay at home’ kerana perlu bertugas seperti biasa. Bahkan tempoh di tempat kerja lebih lama berbanding yang sebelum ini. Bayangkan, sepanjang 25 hari ini, tak sampai seminggu pun abi ada di rumah. Kerja, balik sekejap, kerja lagi dan seterusnya.

Apa aktiviti Anas dan adik-adik sepanjang PKP ini?
Banyak sangat aktivitinya.

Rutin bangun pagi, mandi, solat subuh dan turun breakfast. Semua bangun hampir serentak, Alhamdulillah. Kira sekali harung la settlekan semua.

Lepas breakfast ‘masuk kelas’ sekejap. Anas masuk ‘Selangor Tutor’ dan Mussaab masuk ‘Google classroom’. Anas dah seminggu belajar online, Mussaab pula dah 3 minggu, tanpa sedar. Dan Anas sekarang pun dah ada group whatsaap sekolah yang baru 2 hari di'create' oleh guru kelas. Tugasan diberikan untuk pelajar buat di rumah bersama ibubapa. Ya, secara tak langsung dalam tempoh PKP ini ummi bukan sahaja suri rumah, tapi juga 'cikgu' yang perlu memantau setiap tugasan yang guru sekolah berikan. 

Selesai yang wajib, aktiviti bebas pula. Macam-macam game dah main. Macam-macam aktiviti dah buat. Berpakat 3 beradik main sama-sama. Menonton video dan main game dalam ipad juga antara aktiviti bersama. Menulis dan melukis, craft, lego dan games ciptaan sendiri, dan berbagai lagi.



Antara tugasan rutin pula ialah melipat pakaian (2 kali seminggu), sesekali masuk dapur 'membantu' apa yang patut sambil membiasakan diri dengan kerja dapur. Mengemas ruang tamu-wajib sebelum naik mandi dan solat maghrib. Malam pula seperti biasa membaca al-Quran selepas solat maghrib. Sementara tunggu isyak, buat aktiviti sendiri masing-masing. Baca buku, melukis, lego, dan lain-lain. ikut suka. Lepas isyak semua dah ready untuk tidur. Jam 9.30 biasanya dah sunyi sepi rumah. Alhamdulillah :)

Begitulah lebih kurang serba ringkasnya aktiviti Anas, Mussaab dan Miqdad di sepanjang tempoh PKP ini. Boleh dikatakan rumah ni 'meriah' setiap masa. Meskipun abi tak ada, meskipun abi tak dapat stay at home lama-lama, kita redha saja. Insya Allah ada hikmahnya. Doa kita sentiasa, moga semua ini akan berakhir. Semoga virus covid-19 akan lenyap dari bumi ini, dan semua orang akan kembali 'bebas' melakukan aktiviti yang sebelum ini banyak tergendala. 

Di sebalik ujian dan musibah, moga kita akan terus sentiasa bersangka baik kepada Allah. Senyumlah walau pahit. insya Allah, akan hadir penawar pada setiap kesakitan. Akan dinikmati kemanisan selepas kepahitan. insya Allah :)




kita baik-baik saja
Alhamdulillah