Wednesday 22 April 2020 By: Naemah

MUSSAAB: SELESAI PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN MENGISI PERMOHONAN SRAI




Mussaab nak sekolah dengan Anas ke tak? Entah berapa kali dah ummi ajukan soalan ni pada Mussaab. Time semangat nak belajar, Mussaab jawab NAK! Time tak ada semangat Mussaab cakap TAK NAK! 


Kenapa ummi bertanya? Sebab ummi kalau boleh nak Mussaab sekolah sekali dengan Anas juga. Sebab utama, ummi rasa sekolah tu dah cukup baik untuk anak-anak (tapi ummi tak cakap sekolah lain tak baik ye). Lagipun senang, bila Anas dan Mussaab sekolah sama, sekali harung je nak hantar dan ambil dari sekolah tahun depan :)


Tapi itulah, nak masuk ke sekolah Anas-SRAI- hakikatnya bukan mudah. Perlu ‘pandai’, perlu bersaing, perlu menjalani ujian yang telah disyaratkan, dan dapat markah tinggi. 


Ummi tahu tahun ni (dalam tempoh yang tak berapa bulan je lagi ni) ummi kena ‘siapkan’ Mussaab untuk berdepan dengan ujian kelayakan SRAI


Update: Mussaab sudah berdaftar di sekolah Kebangsaan Kg Rinching pada MAC 2020, dan permohonan untuk memasuki SRAI juga sudah dibuat pada 17/4/2020. 


Tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum kerana (dalam tempoh PKP ini) permohonan dibuat secara online. Ibubapa perlu mengisi segala butiran maklumat yang yang diminta secara online, perlu juga mengisi borang manual (yang diprint) dan perlu diserahkan pada hari ujian kelayakan SRAI nanti- belum ditentukan tarikh ujian. Permohonan dibuka pada 16/4/2020 sehingga 15/5/2020 (masih dibuka kepada yang berminat).


Alhamdulillah dah mengisi borang semua, just tunggu tarikh untuk ujian sahaja. Masa untuk Mussaab belajar dan berusaha untuk siapkan diri menghadapi ujian tersebut. Tak pastilah kali ini berapa ramai yang memohon, mungkin permintaan meningkat, mungkin saingan sengit. Tapi apapun kita serah pada Allah semuanya. Rezeki sudah tertulis. Yang Allah tentukan, itulah hakikatnya yang terbaik, insya Allah. Tapi, tetap kita berusaha juga ya!




Untuk permohonan SRAI boleh refer di sini:

(Tapi ini khusus untuk SRAI Beranang sahaja)

 


*PERMOHONAN KEMASUKAN & UJIAN  KELAYAKAN SEKOLAH (UKS) TAHUN 1 SRAI NEGERI SELANGOR TAHUN 2021*


DIBUKA PADA 16 APRIL 2020 HINGGA 15 MEI 2020 secara online dan borang (manual)


💻 *1. Pemohon hendaklah mengisi borang online;*

untuk permohonan SRAI Pekan Beranang sahaja.

pautan:

https://www.shorturl.at/dBJY5


🖨 *2. Cetak borang (manual) permohonan UKS SRAI Negeri Selangor di laman sesawang JAIS atau pada pautan dibawah:*

https://drive.google.com/file/d/1B2uFwhF2L0mPcj3w_lbh6nkpl9mRG6Pz/view?usp=sharing


📩 *3. Hantar borang (manual) yang lengkap beserta salinan dokumen di bawah selepas tamat PKP*

(tarikh akan dimaklumkan di Facebook sekolah);

2 Salinan sijil kelahiran calon

1 Salinan KP ibu

1 Salinan KP bapa/penjaga

1 Salinan dokumen pendaftaran SK

1 Salinan Bil Utiliti

Borang pengesahan pemastautinan (jika ada)


4. Pemohon hendaklah menghantar permohonan online dan borang (manual). Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak dan terbatal.

  

Sebarang pertanyaan boleh e-mel sekolah sraipberanang@gmail.com

atau di Facebook SRAI Pekan Beranang


Sekian, terima kasih


Daripada,

SRAI Pekan Beranang

16 April 2020

0 comments:

Post a Comment