Friday 24 April 2020 By: Naemah

RAMADAN KALI INI




24/4/2020

1 Ramadan 1441H


Ramadan menjelang lagi. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan usia untuk bertemu Ramadan kali ini. Sekali lagi.


Yang pasti Ramadan kali ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Lain sangat. Kadang rasa, ya Allah.. hambar sangat. Masjid-masjid dah lama sepi, tak macam biasa. Bazar ramadan apatah lagi (walaupun jarang mengunjungi bazar Ramadan), tak ada lagi kemeriahan peniaga berjualan dan pengunjung yang ghairah membeli. 


Menyambut puasa di musim covid-19 yang masih belum reda ini, seluruh dunia merasakan kesannya.


Ampunkan hamba ya Allah, tanpa sedar dan terlupa bahawa ujian yang Kau beri ini pasti berhikmah.


Puasa kali ini, semua duduk di rumah. Tak boleh kemana-mana tanpa tujuan penting. Spend masa dengan keluarga, buat aktiviti yang sepatutnya. Solat terawih di rumah, berimamkan ayah atau anak lelaki, atau mungkin sendiri-sendiri. Berbuka dengan juadah air tangan sendiri pada kebanyakan masa, atau memesan online sekali sekala. Semua ini seronok dan baik sebenarnya, tapi tetap ada cabaran tersendiri :)


Apapun kita perlu mengajar hati untuk sentiasa positif dan bersangka baik dengan Allah. Tak ada setiap sesuatu dariNYA sia-sia. Takkan sesekali.


Alhamdulillah sudah hari ke-2 berpuasa. Hari pertama agak mencabar bagiku (atau pada kebanyakan orang). Alhamdulillah suami ada di rumah, macam biasa stand by di rumah, bukan bercuti terus. Anas dan Mussaab juga dah berjaya sempurnakan puasa di hari pertama. Puasa pertama Mussaab, Alhamdulillah. Di usia 6 tahun Mussaab berjaya berpuasa penuh untuk pertama kalinya. Ummi bangga dengan Mussaab! Semoga hari-hari seterusnya Mussaab akan lebih bersemangat. Insya Allah.


Syukur pada Allah ditemukan lagi dengan Ramadan tahun ini, masih dikurniakan kudrat dan kesihatan, meskipun agak ‘penat’ dengan urusan bersama anak-anak yang 24 jam bersama. 


Masih 28 hari untuk meneruskan Ramadan ini. Doa yang baik-baik, moga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dapat meningkatkan amal dan menjadi hamba Allah yang lebih baik. Moga berakhirlah episod covid-19 dan PKP ini. Semoga dapat meneruskan kehidupan normal yang lebih baik, dan dijauhi dari segala bentuk musibah. 


Ramadan kali ini.. tetaplah ia hadir bersama sinar dan harapan. Banyakkan amal, banyakkan doa, tetaplah jadi hamba Allah yang bersyukur. Kehidupan hari ini tetap baik, meskipun dugaan ada, dalam pelbagai bentuk. 


Baik-baik saja semuanya, insya Allah.




Malam 1 Ramadan




Sahur 1 Ramadan. Semua bangun bersahur





Ini pula cerita sebelum masuknya Ramadan. Permintaan dari anak-anak nak makan sate, kebetulan hari hujan tak boleh bakar sate kat halaman. Di depan rumah pun boleh lah :)




















0 comments:

Post a Comment