Tuesday 31 January 2017 0 comments By: Naemah

DIARI ANAKKU: 310117




For the first time, untuk tahun 2017 ummi update aktivit harian anak-anak ummi. Nampak tak betapa sibuk dan tak sempatnya ummi nak blogging :)

Hari ini tanpa abi lagi. Hari kedua abi di Bintulu. Semoga dipermudahkan urusan abi. Dan semalam juga nenek, dan saudara mara yang datang berkunjung dah kembali ke rumah. Hari ini hanya tinggal ummi dan anak-anak ummi yang tercinta.

Miqdad seperti biasa jadi yang pertama bangun pagi berbanding abang-abang. Kemudian Mussaab dan diikuti Anas. Bangun pagi, menonton 'Dora the Explorer'. Kemudian breakfast. Miqdad juga sangat baik di waktu pagi. Ummi buat kerja apa yang patut, sambil Miqdad melihat gelagat abang-abang yang tak duduk diam. 

Ummi masak nasi ayam untuk lunch. Bergiliran memasak dan menyusu Miqdad yang dah mula menangis tak boleh ditinggal lama. Tidur sekejap, bangun menangis lagi. Anas dan Miqdad menonton cerita Barney, bermain dan melukis. Rumah semakin bersepah.

Ada drama antara Anas dan ummi. Drama air mata, namun apa pun tetap ummi yang salah dan berdosa :,( maafkan ummi sayang. Semoga Anas semakin mengerti dan belajar untuk bertingkah lebih baik. Ummi love u very much. Akhir drama ini, Anas dan ummi bersalaman, dan berpelukan. Penuh kasih sayang :,)

 Jam 11.30, Anas lunch bersama Mussaab. Ummi memangku Miqdad yang tak mahu diletakkan. Lepas Miqdad dah ok, ummi juga makan. Tak sempat nak kemas meja makan dan menyapu segala yang tertumpah, perlu melayan Miqdad lagi yang sudah menangis. Anas dan Mussaab mandi di bilik air. Bermain air dan sabun, basah hingga ke ruang dapur. Sabar jelah.

12.30, bersiap untuk hantar Anas ke sekolah. Sampai di sekolah jam 12.50. Masih terlalu awal. Sempat bergambar dan menasihati Anas apa yang patut. Jam 1, ummi dan adik-adik hantar Anas ke kelas. 

Di rumah, Mussaab, Miqdad dan ummi lena di bilik. Jam 3.30 baru terjaga dari tidur. Miqdad juga bangun menangis. 4.15, ke sekolah mengambil Anas. Mussaab masih melayan lena walaupun ummi dah angkut naik kereta. Anas balik dengan senyuman seperti biasa, dan mengadu lapar. Ummi belikan keropok lekor dan pisang goreng. Mussaab juga bangun makan bersama Anas. Miqdad ceria dengan senyuman di dalam car seatnya :)

Balik rumah, makan dan main. Kemudian menonton movie cars. Ummi masak nasi goreng dan nuget, makan lagi. Miqdad sesekali merengek dan lena seketika. 

Maghrib, naik ke atas dan melayan buku dan mainan pula. Miqdad di pangkuan ummi mendengar ummi membaca al Quran dan melihat gelagat abang-abang yang happy bermain dan membaca. Jam 8.30, ummi tidurkan Miqdad. Selepas solat isyak, turun ke bawah semula. Ummi basuh pinggan mangkuk dan mengemas rumah. Sesekali terdengar Miqdad menangis, naik semula ke atas dan susukan Miqdad. Anas dan Mussaab buat hal sendiri. 

Ummi buka video cars sekali lagi. Ummi kemaskan rumah dan biarkan Anas dan Mussaab diam menonton di sofa. Jam 11, selesai kerja ummi. Anas dan Mussaab seperti biasa menunggu untuk tidur bersama ummi. Naik ke atas, dan bersiap untuk tidur. Jam 11.30, semua dah lena. Agak lewat, esok pun 'mungkin ' lewat juga bangunnya ':)

Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Semoga lena anak-anak ummi. Ummi redha pada Anas, Mussaab dan Miqdad seluruhnya. Ummi sayangkan anak-anak ummi. Semoga hari esok menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kalian. InsyaAllah.

KUNJUNGAN FAMILY IN LAW

 

Pada 27/01-30/01/17, menerima kunjungan keluarga mertua ke teratak kami yang baru 2 minggu didiami. Rumah masih belum berkemas sempurna, tapi kami sentiasa bersedia menerima kedatangan tetamu, especially keluarga tercinta dari kampung. Tambahan pula dah lama tak balik kampung, kunjungan mereka pasti dapat mengubat rindu kami sekeluarga.

Rumah kami agak meriah dengan kehadiran mereka (mak mertua, kakak ipar, adik ipar, dan anak-anak saudara) yang berjumlah 12 orang semuanya. Sangat meriah, kerana ramai kanak-kanak di rumah kami. Bersempena cuti tahun baru cina, masing-masing turun kl (semenyih exactly). Berfikir panjang juga kami, mana nak bawa budak-budak ni. Mana tempat yang sesuai untuk kanak-kanak :)

Pada 28/01, kami sepakat ke Putrajaya. Bergambar di sekitar masjid Putrajaya, dan kemudian menaiki cruise jam 12pm. Pengalaman pertama buat kami semua menaiki cruise di Putrajaya. Masing-masing teruja, terutamanya anak-anak kecil. Kami berada di atas cruise selama 30 minit, menyusuri  tasik Putrajaya (man-made lake).

Pada hari tersebut juga kami ke Banting menziarahi kawan ayah mertua. 

Keesokan harinya, kakak ipar dan anak-anaknya ke kl dan seterusnya balik ke Gerik. Mak dan adik ipar masih di rumah, hanya ke Nilai membeli sedikit barang. Suamiku juga ke kl menghantar anak saudara di rumah atuk mereka pula. 

Pada 30/01, rumah kembali sunyi. Mak, adik ipar dan anak saudara yang lain balik ke kelantan. Suamiku juga kembali bekerja, penerbangan ke Bintulu jam 8.30 pagi. Tinggal Anas, Mussaab dan Miqdad bersama ummi di rumah. Sama seperti sediakala. Agak terasa 'sunyinya'. Tapi beginilah kehidupan kita :)

Rindu juga pada suasana riuh rendah mereka. Semoga berjumpa lagi. Miss u all :)
Friday 20 January 2017 0 comments By: Naemah

ABDULLAH MUSSAAB: THIS JANUARY




Update Mussaab juga dah lama ummi tak catat, sama seperti Anas. Atas alasan yang sama, sibuk dan kekangan masa. 

Januari ini, genap sudah usia Mussaab 3 tahun. Alhamdulillah. Anas dah mula bersekolah, Mussaab pula stay 24 hours berkepit dengan ummi di rumah. Ulang alik teman ummi hantar dan ambil Anas dari sekolah. Sampai Mussaab pun teringin sangat nak school macam along :)

Mussaab, di samping pencapaian lalu, ada banyak lagi perkembangan yang Mussaab capai. Berminat pada buku. Sering meminta ummi bacakan buku, dan sesekali terdengar Mussaab 'membaca' sendiri buku yang menjadi kegemaran. Teringin agaknya nak pandai membaca macam along :)

Jika Anas suka melukis, Mussaab pula pantang ada pen atau marker, pasti nak menconteng di dinding. Kat rumah baru ni dah berapa kali ummi padamkan hasil seni Mussaab di dinding. 

Mussaab suka menonton movie, just like along. Favourite movie sekarang ialah Finding Dory, the planes, Zootopia dan jungle book di samping video education yang sedia ada. 

Bab basic seperti huruf hijaiyyah, abc, dan numbers, agak sukar untuk diukur setakat mana pengenalan Mussaab pada benda basic tersebut. Bila ditanya dia sering  memberi jawapan 'sesuka hati''. Tetapi ada masa dan ketika, dia akan menjawab dengan baik. Namun yang pasti, lambat atau cepat, Mussaab juga akan menguasainya juga.

Mussaab dan Anas, cara belajar mereka berbeza, cara main juga berbeza. Mussaab banyak nak meniru cara dan tingkah alongnya. Namun Mussaab tetap unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Ummi tak ingin membandingkan, kerana ummi pasti Anas dan Mussaab keduanya cerdik, dan keduanya ada kelebihan tersendiri.

SELAMAT HARI LAHIR MUSSAAB


19/01/17: genap usia Mussaab 3 tahun. Alhamdulillah. Syukur anak ummi sihat dan membesar dengan sangat cerdas. Mussaab semakin hari semakin bijak dan comel, of course :) just like along, meski antara keduanya ada perbezaan. 

Di hari lahir Mussaab, seperti juga tahun lepas, abi tiada bersama. Abi di laut menjalankan tugasnya seperti biasa. Dan hari ini juga Mussaab menjalani hidup seperti biasa. Bangun pagi, breakfast, main, hantar dan ambil along school, dan macam-macam lagi. 

Kini keluarga kita sudah berpindah di rumah sendiri di bandar rinching. Baru seminggu di sini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. 

Semoga Mussaab membesar menjadi anak soleh, taat kepada Allah dan rasul, taat pada ummi dan abi, kasih pada orang tua, beramal soleh, mencintai ilmu, menyayangi along, adik dan semua orang. Semoga Allah sentiasa jaga anak ummi dan semoga ditunjukkan jalan yang benar. 


Mussaab hari ini;






Monday 16 January 2017 0 comments By: Naemah

ANAS ZAYDAN: THIS JANUARY



Sudah terlalu lama ummi tak catatkan pencapaian anak-anak ummi di sini. Terlalu lama, dek terlalu sibuk. Kini dah masuk tahun baru, Anas dan Mussaab masing-masing dah berusia 5 tahun dan 3 tahun. Dan ada adik juga, Ilham Miqdad yang sudah berusia 3 bulan. 

Menjaga 3 orang anak ummi, agak mencabar juga, namun insya Allah ummi mampu. 

Anas sudah bersekolah tahun ini. Baru seminggu memulakan persekolahan. Alhamdulillah, nampaknya Anas suka ke sekolah walaupun seperti kata Anas, di sekolah tak ada kawan boy. Semua girl je. Hmm... berkawan dengan girl je la anak ummi :)

Setakat ini, banyak yang Anas dah belajar sebenarnya. Apa yang basic yang Anas akan belajar di sekolah, mungkin kebanyakannya Anas dah tahu. Tapi insya Allah ada perkara baru juga yang akan Anas belajar di sekolah. Belajar berkawan, belajar bersama kawan, berkongsi, bergaul dengan orang lain selain family, doa dan adab, dan banyak lagi, insya Allah. 

Mussaab juga teringin nak ke sekolah macam alongnya. Tapi belum masanya untuk Mussaab. Mungkin tahun depan. 

Di waktu petang hanya tinggal Mussaab dan Miqdad sahaja di rumah temankan ummi. Tapi Anas di sekolah pun tak lama. 3 jam sahaja (1.30-4.30). Lepas tu balik rumah, buat aktivit sendiri di rumah pula. Main mainan car, atau melukis. Hobi selepas waktu sekolah :)

Anas suka melukis, tema lukisan masih alam sekitar, jalan raya dan vehicles. Sekarang juga cuba-cuba melukis orang dan memek muka. 

Anas sudah boleh membaca (english dan malay) sejak umurnya 3tahun lebih. Tapi ia masih perlu rajin dipraktiskan untuk lebih lancar. Di sekolah Anas nanti, teacher juga akan fokus mengajar students membaca. Semoga reading anas lebih baik.

Anas juga minat memasak. Boleh kata setiap hari teman ummi di dapur. Dapat kacau masakan dalam kuali pun dah puas hati :) asal dapat ambil bahagian dalam kerja memasak. Dan ada hati nak jadi chef ;)

Ini sajalah serba sedikit tentang Anas Zaydan. Banyak yang tak tercatat sebenarnya. Insya Allah lain kali ummi sambung lagi. Semoga Anas akn belajar lebih banyak lagi. Dan semoga segala ilmu yang Anas dapat akan bermanfaat untuk Anas dan orang lain. Insya Allah.




Friday 13 January 2017 0 comments By: Naemah

SELAMAT HARI LAHIR ANAS




Setahun lagi usia Anas menginjak. Alhamdulillah, dah 5 tahun umur Anas. Terasa Anas masih anak kecil ummi.

Tahun ini ada sedikit berbeza, kerana Anas dah masuk sekolah. Jika sebelum ini hanya belajar di rumah, tahun ini Anas belajar di rumah dan di sekolah.

Walaupun first time masuk sekolah, Alhamdulillah tiada masalah tinggalkan Anas di sekolah di hari pertama :)

Birthday tahun ni, for the first time Anas request nak kek. Entah dari mana belajar birthday = kek :)
Semoga satu hari Anas faham, birthday bukan maknanya kita perlu terlalu meraikannya. Walaupun hakikatnya ummi yang paling tak boleh lupa setiap kali birthday anak-anak :)

Semoga satu hari Anas faham, hari ini hari ummi berjuang melahirkan Anas ke dunia. Syukur atas nikmat kehidupan yang diberikan. Hargai seorang ibu yang sakit melahirkan, manfaatkan usia yang semakin hari meningkat, dan sentiasa ingat bahawa mati itu pasti mendatang.

Semoga Anas menjadi anak yang soleh, menjadi hamba Allah yang taat. Semoga Anas tergolong dalam hamba yang sentiasa berjuang meninggikan agama. Aameen.

Selamat hari lahir ke-5 Anas. Ummi love u very much.


               Share birthday cake dengan Mussaab


Monday 9 January 2017 0 comments By: Naemah

DAGING GORENG LEEK

Muat turun resepi lagi hari ni :) 

Resepi daging pulak. Dah lama rasanya tak makan daging. Last sekali masa raya qurban hari tu. Kebetulan suami beli daging. Inilah masakan daging yang terhasil :)

NASI AIR GAYA MAK MERTUA

Hari tu teringin sangat nak makan nasi air versi mak mertua ni. Nak buat sendiri tak tahu resepinya. Nak call semata-mata nak bertanyakan resepi, macam malu pulak. Hehe..

Allah Maha Baik, balik kampung hari tu kebetulan mak masak nasi air ni. Apa lagi, teruslah berguru dengan mak mertua sekejap.

Hasilnya, tadaa...Alhamdulillah dapat merasa air tangan sendiri pulak. Tapi of course la tak boleh lawan mak mertua punya :D

Simple je bahannya. Tapi rasanya sangat sedap. 

Terima kasih mak

 



Sunday 8 January 2017 0 comments By: Naemah

CEMBURU

Kata orang, lumrah lelaki suka tengok perempuan cantik dan seksi. Sudah perangai lelaki suka menggatal, tak cukup dengan satu. Baik macam mana pun, lelaki semua sama je. Kata mereka..

Benarkah semua lelaki sama? Aku sukar untuk percaya, jika ia adalah suamiku, atau kelak anak-anakku. Tak cukup dengan satu? Mata keranjang, pantang melihat wanita cantik dan seksi? Menyimpan angan-angan untuk punya lebih dari satu isteri?

Ye, aku cemburu. Cemburu sejak mula mencintainya. Namun sepanjang hidup berdampingan dengannya, aku tak melihat ciri itu ada padanya. Hati aku lapang menyedari hakikat itu.

Mungkin benar, mungkin salah tanggapan itu. Namun aku percaya, selagi ada iman di hati, lelaki akan kuat mempertahan nafsu dan keinginan. Begitu juga aku meletakkan sepenuh kepercayaan kepada seorang suami. Aku takkan mampu menjaga dan mengawalnya. Apalagi mahu cemburu buta. Aku hanya serahkan pada imannya untuk melindunginya.

Cemburu itu pasti ada. Namun cukup hanya disimpan di hati. Selagi tak jelas terlihat, selagi dia ikhlas mencintai bersama tanggungjawab, aku percaya dia insan yang sedang bertarung menjaga iman dan cinta suci dari tercemar oleh keinginan nafsu.

Kesimpulan dariku; ya, lelaki sukakan wanita dan kecantikan. Yang membezakan adalah tahap iman yang menjaga lelaki itu, dari menurut keinginan nafsu atau tunduk menahan diri dari yang mengundang dosa.

Suamiku, padamu aku tak pernah sangsi, kerana percaya imanmu akan sentiasa menjagamu :)


SEMOGA ALLAH MENGASIHIMU

Aku melihat garis kerutan di dahimu. Aku perhatikan  saat kamu mengelamun dan termenung panjang. Aku akur, saat kamu hanya mahu ada dalam duniamu sendiri. 

Namun, apa yang sedang kamu fikirkan sayang? Apa yang sedang kamu risaukan sayang? Aku kasihan andai beban hidup ini membunuh ketenangan hatimu. 

Sayang, maafkan aku andai aku adalah sebahagian dari bebanan itu. Aku mohon Allah tunjukkan jalan buatmu dalam menempuh segala kekusutan. 

Aku tahu, bukan semua perkara yang sudi dikongsikan bersama. Mungkin padamu, biar kamu telan semuanya sendiri. Biar Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hatimu.

Aku juga tahu, aku tidak boleh memaksamu untuk ceritakan segala. Aku hiba memikirkan barangkali kamu sedang sendirian menempuh kesukaran. Maafkan aku tak mampu membantu apa-apa.

Sayang, aku doakan dirimu sentiasa diberi kekuatan dan ketenangan olehNya. Jaga dirimu baik-baik sayang. Kamu perlu 'sihat' untuk keluarga kita. Sayanglah pemimpin, sayanglah pelindung. Sayang tempat pergantungan, selepas Allah.

Semoga Allah sentiasa kasih padamu sayang. I love u very much.



Friday 6 January 2017 0 comments By: Naemah

SEMOGA MAMPU BERIKAN YANG LEBIH BAIK

Aku seorang suri rumahtangga. Gelanggangku setiap hari adalah di rumah. 

Sebolehnya aku ingin menjadi seorang yang cekap di dapur, tangkas di luar, kemas dan teliti menyusun atur dan mengemas rumah, superb menguruskan anak-anak, first class melayan suami. 

Tapi sehingga hari ini itu semua masih sebagai impian. Aku masih tak termampu. Aku sedar dan akui aku bukan sehebat itu. Meski duniaku hanyalah rumahtangga ini.

Aku bermula dengan tidak tahu apa-apa. Memasak, mengemas, mengurus budak-budak, memahami seorang yang bernama lelaki, dan sebagainya. Aku bermula dengan tidak pandai. 

Hari ini, selepas 6 tahun sebagai isteri, aku bersyukur aku bukan kekal dengan tidak pandai. Masa mengubah segalanya. Dari yang tak tahu apa-apa, menjadi lebih baik, meskipun tak sempurna. 

Namun syukurku hanya pada Dia, Tuhan yang satu. Terima kasihku juga buat dia yang bernama suami. 6 tahun aku hidup bersamanya. Dia yang melihat kekurangan demi kekuranganku. Dia yang bersabar atas kekurangan dan ketidakmampuan aku dalam menguruskan hal rumahtangga, hal dirinya dan anak-anak. Dia mampu bersabar, dia berusaha memberi tunjuk ajar, dan dia tak pernah rasa fed up!!! Walau aku tak pernah sempurna. Walau hari ini aku masih tak mampu.

Aku menyimpan azam untuk memberi yang lebih baik untuk rumahtanggaku. Aku tahu ia bukan mudah seperti yang disangka. Berjuang di alam rumahtangga ini juga sesuatu yang perlu sentiasa diusahakan dan istiqomah. Ada saja ujiannya, ada saja cabarannya.

Ya Allah, semoga aku mampu :')

GENIUS AULAD:SEKOLAH PERTAMA ANAS



Alhamdulillah. Akhirnya Anas memulakan persekolahan pada tahun ini. Kami memilih Genius Aulad sebagai sekolah pertama Anas setelah mempertimbangkan dengan sebaiknya, Insya Allah.

02/01 mendaftar di Genius Aulad, dan 05/01 bermula persekolahan Anas. 

Hari pertama menghantar Anas, hati agak was-was juga. Anak sulung, tak pernah berpisah dengan ummi pula. Dan tak biasa dengan orang lain. Risau kalau-kalau dia menangis dan tak bagi ummi balik. 

Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kerana hari-hari sebelumnya pun dah cerita yang best-best pasal school, pujuk dan terus pujuk, siap bawa berjalan ke Melaka dan sebagainya, nampaknya dia nampak school tu ok sebenarnya :)

Di hari pertama, bawa ke kelas yang dijaga teacher Ika. Teacher pun baik dan comel je :) Alhamdulillah dia lepaskan ummi balik, walau pada mulanya teragak-agak juga nak lepaskan ummi. Bila teacher Ika ambil kotak berisi lego dan ajak main, terus dia rasa excited. Salam dan sayang ummi, lepas tu ummi balik dengan abi dan adik-adik yang menanti di bawah.

Balik sekolah pun ok, walau tak cerita sangat apa yang dia buat kat school, tapi ummi dapat rasa Anas suka. 

Hari kedua lebih mudah. Cepat bersiap dan muka lebih happy ke sekolah. 

07/01, hari Sabtu dan sekolah cuti. Know what, dia masih nak ke sekolah. Nak pergi juga walau cakap sekolah cuti hari ni. Tak nak mandi katanya, sebab ummi tak bagi pergi school :'D aduhai anak ummi.

Syukur, segalanya dipermudahkan. Walau pada asalnya nak homeschool je anak-anak, tapi memikirkan aku juga kurang mampu, maka mungkin sekolah lebih baik untuk Anas. Di sekolah juga boleh belajar berkawan dan belajar dengan cara yang berbeza.

Insya Allah, ummi juga tak akan lepas tangan. Kat rumah kena belajar juga dengan ummi. Lagipun di sekolah 3 jam saja. Banyak masa di rumah. Walaupun ummi tak mampu nak fokus sepenuhnya, Insya Allah ummi cuba beri yang terbaik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad.

Anas dah 5 years old, dah besar, dah school :')
Monday 2 January 2017 0 comments By: Naemah

020117: GENIUS AULAD-BAYOU LAGOON PARK RESORT



Alhamdulillah, sudah berada di tahun baru 2017. Januari ini, genap usia Anas 5 tahun dan genap usia Mussaab 3 tahun. Sebagaimana yang dirancang, hari ini kami satu family ke Genius Aulad yang berdekatan dengan rumah untuk daftar sekolah Anas. First time nak hantar anak sekolah, segala macam rasa ada. Hopefully, ini pilihan dan keputusan yang terbaik untuk Anas. 

Kami mendaftar Anas untuk sessi petang (half day), jam 1.30-4.30 kerana sessi pagi sudah penuh.

Persekolahan Anas akan bermula pada 5/1/17. 

Oleh kerana masih belum masuk sekolah dan abi juga masih bercuti panjang, hari ini abi bawa Anas, Mussaab dan Miqdad bercuti di Melaka. Bayou Lagoon Park Resort menjadi destinasi kami. Suatu masa dulu pernah hadiri majlis berbuka puasa anjuran ofis suamiku di sini (2014), dan pernah juga sekali menginap di sini (2015). Kini datang lagi untuk kali ketiga :)

Check in hotel jam 3 petang, mandi dalam bilik (jakuzi), kemudian jam 5 petang turun main di water park pula. Memang seronok main air keduanya :) Miqdad hanya lepak di bilik bersama ummi.

Jam 7 malam, makan di kedai makan yang berdekatan hotel. Mussaab tak sempat sampai kedai dah tertidur dalam kereta. Malam ni langsung tak makan. Malam ini tidur awal semuanya dek kepenatan travel dan main air. Esok dah nak balik Semenyih. Semoga dipermudahkan urusan. Alhamdulillah atas kehidupan dan urusan hari ini yang telah dipermudahkan.