Friday, 6 January 2017 By: Naemah

GENIUS AULAD:SEKOLAH PERTAMA ANAS



Alhamdulillah. Akhirnya Anas memulakan persekolahan pada tahun ini. Kami memilih Genius Aulad sebagai sekolah pertama Anas setelah mempertimbangkan dengan sebaiknya, Insya Allah.

02/01 mendaftar di Genius Aulad, dan 05/01 bermula persekolahan Anas. 

Hari pertama menghantar Anas, hati agak was-was juga. Anak sulung, tak pernah berpisah dengan ummi pula. Dan tak biasa dengan orang lain. Risau kalau-kalau dia menangis dan tak bagi ummi balik. 

Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kerana hari-hari sebelumnya pun dah cerita yang best-best pasal school, pujuk dan terus pujuk, siap bawa berjalan ke Melaka dan sebagainya, nampaknya dia nampak school tu ok sebenarnya :)

Di hari pertama, bawa ke kelas yang dijaga teacher Ika. Teacher pun baik dan comel je :) Alhamdulillah dia lepaskan ummi balik, walau pada mulanya teragak-agak juga nak lepaskan ummi. Bila teacher Ika ambil kotak berisi lego dan ajak main, terus dia rasa excited. Salam dan sayang ummi, lepas tu ummi balik dengan abi dan adik-adik yang menanti di bawah.

Balik sekolah pun ok, walau tak cerita sangat apa yang dia buat kat school, tapi ummi dapat rasa Anas suka. 

Hari kedua lebih mudah. Cepat bersiap dan muka lebih happy ke sekolah. 

07/01, hari Sabtu dan sekolah cuti. Know what, dia masih nak ke sekolah. Nak pergi juga walau cakap sekolah cuti hari ni. Tak nak mandi katanya, sebab ummi tak bagi pergi school :'D aduhai anak ummi.

Syukur, segalanya dipermudahkan. Walau pada asalnya nak homeschool je anak-anak, tapi memikirkan aku juga kurang mampu, maka mungkin sekolah lebih baik untuk Anas. Di sekolah juga boleh belajar berkawan dan belajar dengan cara yang berbeza.

Insya Allah, ummi juga tak akan lepas tangan. Kat rumah kena belajar juga dengan ummi. Lagipun di sekolah 3 jam saja. Banyak masa di rumah. Walaupun ummi tak mampu nak fokus sepenuhnya, Insya Allah ummi cuba beri yang terbaik untuk Anas, Mussaab dan Miqdad.

Anas dah 5 years old, dah besar, dah school :')

0 comments:

Post a Comment