Malam ini berkesempatan untuk bercerita tentang aktiviti Anas. Hari-hari yang penuh dengan kesibukan membuat diri tak punya masa untuk mengupdate blog yang baru setahun jagung ni. Alhamdulillah Anas menghampiri usia 3tahun 2bulan. Tahun ini berazam untuk memulakan hafazan untuk Anas. Baru bermula bulan Mac ini. mungkin agak terlambat, berbanding mereka yang telah berjaya menjadikan anak mereka hafiz dan hafizah di usia yang muda.. tak mengapa, biar lambat asal jangan tak cuba langsung kan. malah aku terinspirasi dengan ibubapa hebat di luar sana. mudah mudahan aku juga diberi kekuatan, kerajinan, ilham dan petunjuk untuk mendidik anak2ku mengenal Al Quran, menghafaz serta mengamalkan isinya.. mudah2an..insyaAllah..
Maka tahun ini berazam untuk sempurnakan hafazan juzuk amma/juzuk 30. sehinnga hari ini, masuk minggu kedua Mac, Anas sudah sampai ke surah Annasr. Alhamdulillah, ingatannya baik, cuma sebutan masih belum sempurna mengikut pelatnya. insyaAllah akan cuba diperbaiki.
My Quran tracker workbook yang di ambil dr blog: A Muslim Homeschool
http://www.amuslimhomeschool.com/
Tasmi' surah Al Masad. masih belum sempurna bacaan, tapi insyaAllah boleh diperbaiki.
Antara aktiviti lain ialah menguji memori Anas pada segala words yang telah dihafalnya. Sungguh diakui, Anas sangat berminat dengan bahasa arab, dan suka untuk menghafal perkataan2 arab bersama maknanya. biasanya ulangkaji tak bertulis, just tanya2 perkataan bersama maksudnya, tapi baru2 ni terasa nak buat yang berbeza, biar dia excited sikit. ya, memang dia sukakan aktiviti ini. Alhamdulillah, dapat baca perkataan dengan baik walaupun tulisan ummi tak cantik, dan dapat suaikan ke gambar yang betul, meskipun cara sambungnya ikut suka dia je :) :) :)
atas: kategori campur2
bawah: kategori buah/fruits/fakihah
WELL DONE ANAS!!
0 comments:
Post a Comment