Daging Goreng Blackpepper

Sesekali dapat makan daging best jugakkan :)

 ini antara menu yang menjadi pilihan kami untuk masakan daging, iaitu daging Goreng Blackpepper. Jom lihat resepinya.senang je..



Bahan:
Daging -hiris ikut suka
Lada hitam-tumbuk kasar
Sos tiram
Sedikit madu
Sedikit Bijian habbatus sauda 
(perap daging bersama bahan bahan di atas)
Bawang merah -mayang halus 
Bawang putih -mayang halus 
Sedikit Minyak
Sos tiram 
Sos lada hitam
Capsicum
Gula
Garam

Cara:
Masukkan daging yang diperap tadi ke dalam kuali. Masak hingga air daging kering. 
Kemudian masukkan sedikit Minyak, kacau daging sebentar.
Masukkan bawang merah dan bawang putih. Biarkan bawang kelayuan. 
Masukkan sos tiram dan sos lada hitam.kacau hingga daging masak.
Akhir sekali masukkan capsicum yang telah dihiris. Kacau sebentar, dan tutup api.

0 comments:

Post a Comment