Tuesday, 1 September 2026 By: Naemah

CUTI MAULIDURRASUL DI RIVER & GLAMP



River & Glamp

24-25 Ogos 2026


Pada cuti sempena Maulidur Rasul hari tu berkesempatan bercuti di River & Glamp (lokasi: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sg Tua, Batu Caves). Dah kali kedua kami datang ke sini. Kali pertama datang pada tahun 2021-5 tahun yang lalu. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari rumah, kami bertolak pada pukul 2.30 petang dan sampai sana pukul 4.30 petang. 


Berbeza dengan 5 tahun lepas, khemah semakin banyak didirikan, di samping chalet  yang juga menjadi pilihan di sini. Masuk saja kawasan ni, terdengar deruan air sungai yang mengalir dan suara hidupan hutan yang mengiringi. Pendek kata, lokasi ini sangat dekat dengan alam semulajadi. Namun, ia juga berdekatan dengan highway dan kawasan pembinaan ECRL yang sedang berjalan. Jadi, agak ‘bising’ juga la dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang di jalan dan bunyi kerja yang sedang berjalan.


Lepas check in dan rehat sekejap, suami dan anak-anak turun bermain di sungai. Ummi ambil kesempatan untuk masak nasi goreng sekejap. Lepas tu ikut ke sungai. Mandi sungai sepuasnya. Best sangat, lama tak jumpa sungai. Sibuk dengan sekolah je. Hampir jam 5.30, meninggalkan kawasan sungai. Masing-masing dah kesejukan. Kemudian ke padang, main bola. Suri dan Nuha main di playground yang berdekatan. 


Next hidangan, ummi goreng popia, bakar ayam dan goreng nugget. Agak mengambil masa juga nak siapkan makan malam sebab dapur ada satu je. Alhamdulillah pukul 7 malam dah boleh makan semua. 


Lepas makan malam, mandi dan solat berjemaah di surau. Alhamdulillah, surau kat sebelah khemah je. Surau selesa, tempat makan selesa, tandas pun bersih. Sangat ‘menikmati’ suasana tenang di sini. Tidur malam juga sangat lena. 


Next day, solat subuh dan masak bihun goreng pula. Goreng nugget, sosej dan segala yang ada. Sarapan, main bola kat padang, dan mandi sungai lagi sebelum bersiap untuk check out. Balik dari sungai, habiskan makanan yang masih ada. Sempat juga masak megi, masing-masing kelaparan lepas bermain di sungai. Alhamdulillah bekalan yang dibawa hampir habis dinikmati di sini. 


Lepas makan, mandi dan bersiap dan sedia untuk check out. Hampir jam 12pm, selesai urusan check out dan meninggalkan River & Glamp dengan kenangan yang manis. 


Alhamdulillah, walau sekejap, dapatlah juga menikmati alam dan ketenangan yang ada di sini. Sebelum kemudiannya kembali semula kepada kesibukan di rumah. 


Info tambahan: booking penginapan masa promosi matta fair 2026, dengan harga RM259/tent (open date). Alhamdulillah dapat grab harga lebih murah dari harga asal. Dapat pula open date, bila-bila masa boleh book tent (bergantung pada kekosongan). 


Terima kasih River & Glamp. Harap ada promosi seperti ini lagi di masa akan datang, sebab tempat ni antara tempat rasa nak repeat datang lagi sebab kena dengan ‘jiwa’. 






















*terlupa nak bergambar sekeluarga*


RIVER & GLAMP-5 TAHUN LEPAS




0 comments:

Post a Comment