TIME TABLE: PERLU KE??



Jadual belajar merupakan antara perkara terpenting bagi seorang pelajar agar proses pembelajaran lebih tersusun dan tidak tercicir. dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah sehingga universiti pun kita belajar dengan berjadual. 




Namun bagaimana pula dengan pengajian untuk anak anak di rumah? perlu ke jadual semua tu? anak pun masih kecil, takkan nak paksa ikut jadual belajar setiap hari. terpulanglah.... kalau rasa perlu, buatlah jadual untuk anak anak. kalau tak perlu, pun tak mengapa...ya, anak anak pun masih kecil tak faham erti jadual semua tu...

tapi seperti yang dinyatakan di atas, jadual membantu proses pembelajaran lebih tersusun dan tiada yang keciciran. aku sendiri menyediakan jadual belajar untuk Anas yang berusia 3 tahun. Dibuat sebagai rujukan, walau pun adakalanya tak patuh juga dengan jadual tersebut. yalah, ajar anak2 kecil tak sama dengan budak yang dah besar. perlu ikut mood dan rentaknya. jika dia mahu bermain, biarkan dia puas bermain.jangan dipaksa dia memegang buku, kertas atau pensil jika dia tidak mahu. sudah lumrahnya kanak kanak, bermain menjadi keutamaannya. tapi sebagai ibubapa yang mahu anak bijak dan pandai, bantulah dia untuk belajar meskipun dalam asyiknya bermain. jangan biar dia terus sendiri tenggelam dalam dunia permainannya. anak kecil banyak imginasinya, banyak persoalan di benak fikirannya. bantulah dengan mewujudkan persoalan demi persoalan agar dia sendiri beroleh jawapan.

kembali kepada jadual, aku hanya membuat jadual simple saja. cukup untuk ingatkan, harini apa yang perlu ditekankan pada Anas. contoh, hari isnin nak dia mengenal gambar dan mengingat nama namanya. selasa nak dia menulis, rabu mewarna, dan seterusnya.. tapi tetap juga bergantung pada kehendak anak itu juga. kalau kita minta dia tulis, tapi dia mahu baca, turutkan saja. yang penting pastikan setiap hari dia belajar sesuatu. 

begitu juga dari segi tempoh masa belajar. tiada masa yang spesifik yang aku tetapkan buat Anas. kalau 5 minit dia boleh fokus, itu sudah memadai. makin lama dia menunjuk minat, lagi bertambah syukur. apa yang penting, dia ada kemahuan untuk belajar. 

kesimpulannya, berjadual atau tidak, anak anak kita tetap belajar `sesuatu` dalam setiap hari yang dilaluinya, antara kita sedar atau tidak. sesuatu yang dia dapat dari sekelilingnya, boleh jadi positif ataupun sebaliknya. 

kanak kanak tetaplah seorang kanak kanak. kalau dia mahu bermain, biarkan dia bermain. jangan disekat keinginannya, jangan didera mentalnya dengan paksaan untuk mengikut jadual belajar. bimbang nanti, langsung dia hilang minat untuk belajar. kanak kanak hanya mahu yang seronok saja. nak dia belajar pun, biarlah dengan cara yang seronok- seronok juga :):):)

Jadual Anas yang serba ringkas




0 comments:

Post a Comment